Wednesday, February 18, 2009
Akibat terlalu bodoh (III)
Aku jumpa keratan ini lewat tengah malam tadi. Bila selesai aku membaca ceritanya, aku jadi sebak. Apa dosa anak kecil ini?. Kenapa tergamak sekali ibu bapanya meninggalkan dia seorang diri pada tengah malam hari?.
Oh, kalau betul kata tukang tilik anak itu pembawa "sial", takkan sampai begitu sekali kamu meninggalkan dia?.
Oi mangkuk ayun!,kau ingat anak kau yang berumur tiga tahun dah pandai naik bas sendiri?. Dah pandai tahan teksi?. Memang celaka betul kamu menjadi mak dan ayahnya!.
Kalau benar hidup kamu susah, takkan tergamak kamu buang si comel yang tak tahu apa-apa ni?. Memang kamu sebenarnya yang pembawa "sial" bukan anak kecil ini.Membaca cerita ini, aku boleh simpulkan bahawa anak kecil ini memang seorang yang berani dan "indepedent" tapi fahamlah anak kecil berumur 3 tahun, masih perlu kan ibu dan bapa untuk mendapat kasih sayang dan perhatian. Asshole betul mak bapa dia ni!.
Kepada Tan Eng Eng, nama anak kecil ini katanya, pakcik doakan kamu agar terus kuat dan semakin kuat. Buktikan kepada mereka bahawa kamu ini adalah seorang manusia yang sungguh bertuah. Buktikan pada mereka bahawa kamu ini sebenarnya adalah anak yang terbaik pernah mak bapa kamu ada.
Kasihan Tan Eng Eng, dia akan dihantar ke Jabatan Kebajikan Masyarakat. Semoga masa depan dia terjamin dan tidak disia-siakan.
Kepada ibu bapa Tan Eng Eng. Sampai hati kamu!.
Ini adalah ceritanya versi digital.
Apa masalah negara kita sekarang ini?. Cerita buang anak kembali mewarnai kehidupan kita. Adakah disebabkan hukuman yang dikenakan tidak begitu berat?. Ataupun sudah hilangkah peri kemanusiaan kerana sibuk mengejar dunia?. Sekurang-kurangnya bawalah mereka-mereka yang tak berdosa ini dalam perlumbaan kamu mengejar dunia, agar dia boleh belajar yang mana baik, yang mana buruk.
Ada tak mana-mana NGO yang membela nasib anak-anak yang dibuang ini?. Maksud aku mereka yang betul-betul fokus kepada anak-anak malang ini?.
Memang aku semakin sensitif dengan isu sebegini. Yelah, dengan kisah bangsa aku yang memang cukup gemar dengan acara buang anak ni, tambah lagi dengan kisah sebegini. Memang benar, naluri kemanusiaan mereka semakin menghilang, eh bukan, memang tiada naluri langsung!.
Come on lah, kalau kau rasa hidup kau susah, hidup cukup-cukup makan tapi dah berkeluarga, pakai kondom lah bai!. Takpun pancut luarlah!. Takkan benda-benda tu semua nak kena ajar?.
Ya, "salakan" aku ini mungkin tidak membawa kesan perubahan untuk mereka yang tidak berhati perut ini. Aku sendiri tidak harap akan berlaku perubahan ini cuma aku akan terus "menyalak" dan aku akan terus berdoa semoga anak-anak malang ini akan menjadi insan yang paling berguna dalam hidup mereka. Aku terus berdoa agar mereka yang pernah buang anak-anak yang tak berdosa ini akan sentiasa menyesal bila melihat anak yang dibuang mereka ini berjaya dalam hidup mereka nanti. Amin.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
Teruk perangai manusia skrg ni. Mcm org yg tak bertamadun.
haiiihhh. kisah pembawak sial nih berlaku pada seme bangsa rupanya. ape laaa 'sial'nye pd budak ni yekk??? comel jek aku tgk
amyz : perkataan TERUK tu dah tak sesuai. TAKDE OTAK lagi sesuai.Aku siap boleh termenung lepas baca cerita ni,apa jadi dgn Tan Eng Eng yg comel ini?.
fara : tu lah yang aku marahkan sgt..percaya sgt ker benda nie semua lagi?. :(
ah. itu jenis main je pandai. elok dikasi saja. ha ha.
.
Post a Comment