Monday, January 12, 2009

Benarkah kita?

Apa guna kau membakar bendera mereka
Jika minyak itu kau beli di stesen Amerika
Apa guna kau menjerit hilang suara
Jika tekak mu di basah air Coca-cola?.

Apa guna kau protes berjalan kaki
Tamat protes, kau balik naik Camry
Apa guna kau menderma sejuta
Derma mu dicanang seluruh dunia?.

Bukankah doa ikhlas itu lagi mustajab?
Agar saudara kita dilindungi dari azab
Bukankah doa ikhlas itu lagi mudah?
Agar yang kejam itu terus diludah.

Jangan jadikan kisah ini sebagai agenda "tersembunyi" kamu
Kerana kita seharusnya bersatu
Agar mereka tidak lagi membelenggu
Agama kita yang sememangnya satu!.

3 comments:

Unknown said...

moga aman utk palestin..
:(

Jorji said...

aku tak faham rakyat malaysia ni yg tiba2 pakai selubung haji utnuk menyatakan sokongan kepada palestin

ayobkelubi said...

lan : amin

ji : salahkan budak2 indie nie.