Wednesday, October 08, 2008

Sangat-sangat

Jam 3.30 petang
Ruang bacaan pusat sumber ulu banat

Aktiviti Kelab Kebudayaan

Cikgu Y : Ok, dalam ramai-ramai ni, berapa orang yang tahu tentang permainan tradisional negara kita?.

Hanya 7 orang sahaja yang angkat tangan dari 35 orang. Aku geleng kepala.

Cikgu Y : Ok, yang 7 orang tu, apa permainan tradisional yang awak tahu?

Murid yang ke 5 : Errrr, Layang-layang cik?.

Aku geleng kepala.

Generasi "myspace" sekarang ini. Sedih bukan?.

Jangan nanti konda-kondi dikatakan sebagai kayu tepi jalan saja.
Jangan nanti congkak dikatakan tempat simpan syiling.
Jangan nanti gasing dikatakan alat bunuh lipas.
Jangan nanti batu serembang dikatakan alat simpan biji kacang hijau.

Sedih bukan?.

Harap-harap khazanah ini dapat dikekalkan untuk tatapan generasi tahun 2099 nanti.

Sedih bukan?.

2 comments:

Jorji said...

main teng teng pun bebudak ulu banat tak tau? ulu banat ni kat mana? bangsar kah? Damansara kah?

Teng teng gulai batu,bunyi loceng pukul 1,mak-mak bukak pintu...err..tak ingat dah.

ayobkelubi said...

ji : kek rombau yo!. sedih bukan?