Tuesday, August 26, 2008

Tunggulah nanti!

Yelah, mentang-mentang perjalanan aku nak salam dengan Canselor jauh lagi.

Eksyen lah korang!.

Akan tetapi, gambar ini akan terus membakar semangat aku.

Tunggu aku untuk MASTER nanti weh!.


Tahniah untuk Raihan, Wati, Nana, Acid dan Nett atas hari graduasi kalian minggu lepas.

Tahniah khas untuk Acid atas Anugerah Medal Diraja (kot?). Acid jadi pelajar terbaik untuk kursus SCK.

Mereka ini yang membantu aku semasa kelas dan sebaliknya, berkongsi gelak ketawa, kongsi belanja makan minum, nak-nak Raihan yang asyik mengenakan aku aje dan minta belanja aje (walhal yang bujangnya dia!), Wati yang asyik naik angin kalau tak jumpa parking. Nana yang "cute", Acid yang memang "terer giler babs tahap gred A leven ten" buat program.


Dan

Tak lupa minah senget si Nett ni, tak sangka pulak aku sekelas dengan salah seorang geng terhebat pink platun . (eh, aku dah bayar belum buku tu eh nett?).

Aku ingat lagi Raihan datang rumah aku pada hari raya ke 4 rasanya untuk "buat" esemen Matematik Diskrit!. Ha ha ha ha!. Lepas tu Ida (dia konvo tahun depan) tunggu kat RnR Ayer Keroh untuk "buat" esemen dengan Raihan pulak!. Ha ha ha ha ha!.

Aku ingat lagi, aku dengan Nett terkial-kial nak buat programming untuk OBH. Subjek OBH ni memang macam gampang, aku dengan nett kena repeat tu!. (Errr, betulkan nett?). Nasib baik ada Acid "the man" datang menyelamatkan kami berdua!. Terima kasih banyak Acid!.

Mereka ini semuanya rakan-rakan seperjuangan dalam program separuh masa "angkasa lepas" tapi kami tak sampai ke bulan lah!.

Yang pasti, lepas ni tinggal aku, yan, mira, azim dengan azizi ajelah.

Kami akan merindui anda semua. Ewah, cakpong!,cakpong!.

Ingat, tunggu aku untuk MASTER ok?.

Nota : Gambar di atas sekadar hiasan sahaja. Antara Nett dan Raihan tidak ada apa-apa yang serius, sekadar kawan menyakat sahaja tapi manalahhhhhhhhhhhh tahu kan?. Hik hik hik. (Mampus aku).

7 comments:

Pnut said...

ehem-ehem..nett...
tak di sangka..ehem..ehem...
dendiam rupanya nett ada skandal..

ayobkelubi said...

kak pnut : ahahaha, habis lah saya!. hahaha

Feeyona said...

ouchhh!!! apa ni...

ayobbbbbbbbbbbbbbbbb!!!!

ko telah mempitenah aku tauuu

ayobkelubi said...

kayu : hueheuheuehue...mana ada..takkan nak kena bersumpah kot?.

. said...

gambar kau ke bang?kau yang baju merah ke yang baju putih?hehe.

:D said...

tq alip...ko pon banyak gak menolong aku sepanjang kita sama2 kelas dulu. Walaupun pengalaman kat space tu amat mengerikan tp ada jugaklah kenangan yg best....bila aku kenangkan boleh tergelak sendiri...especially waktu sama2 ngan korang. Apa-apa pun aku bahagia sgt sekarang ni coz dah tak payah lagi terjebak dalam aktiviti mencari parking yang memang menyakitkan jiwa aku...Pesanan aku utk ko, kuatkan semangat dan pulun sampai ke titisan terakhir...hehehe

Pert said...

alip....jgn ler sedih sbb tak abis lagi, aku dgr citer ko mmg lama lagi kt space kan... sabau jelah alip ekk, mmg byk benau kenangan aku kt space ni...time exam kena marah ler, dtg lambat exam ler..demam time exam ler..mcm2 ler, ngn korang sumer ler tempat aku mengadu...dtg kelas bukan nak blaja pun kn....oklh alip...selamat belaja n meneruskan perjuangan ko kt utm tu....nett...lawa gambo kite kan....anto ler kt aku nett...bye