Monday, August 25, 2008

Kan bagus kalau ada Olimpik untuk hari-hari?



Ok , aku tak layan sangat Olimpik kali ini, mungkin sebab aku dah tahu yang memang tuan rumah akan jadi juara.

Paling tidak pun, acara "air" wanita kat Watercube tak ada yang boleh blah kecuali Stephanie Rice. Memang comel!. Hi hi hi.

Yang nyata, bagaimana ironiknya pertemuan Russia dan Georgia untuk acara bola tampar pantai wanitanya juga menjadi salah satu berita yang panas.

Banyak kisah-kisah yang menarik serta mampu membuatkan hati kau berkata, kan bagus kalau aku dapat pergi tengok Olimpik secara "live"?.

Antara kisah yang menarik bagi aku ialah yang ini.

Suddenly, the half-empty stadium realized there was still a runner on the track, still pushing to get across the finish line almost eight seconds behind the seven women who had already completed the race. In the last 50 meters, much of the stadium rose to its feet, flooding the track below with cheers of encouragement. A few competitors who had left Samia behind turned and watched it unfold.

Bagus bukan?.

Kalau benar sukan itu mampu melumpuhkan segala sistem pertahanan negara atau pun permusuhan kaum, biarlah Olimpik ini boleh di adakan hari-hari.

Kalau benar sukan itu mampu menolak ideologi-ideologi yang berbeza demi sebuah keamanan, biarlah Olimpik ini boleh di adakan hari-hari.

Kalau benar sukan itu mampu menyemai rasa kasih sayang tanpa mengira warna kulit, biarlah Olimpik ini boleh di adakan hari-hari.

Aku kira Olimpik adalah syurga untuk penduduk dunia walaupun untuk sekejap sahaja. Semoga sukan, tak kira apa jenis sukan akan mampu membuatkan dunia ini lebih aman.

Oh ya, tabik untuk Lim Chong Wei dan Misbun Sidek, dengan ucapan dari aku, Hafiz Hashim, kau menyesal tak sekarang ni?.

No comments: