Album yang sedang tengah kemaruk dengar.
Aku tengah layan album Wish oleh The Cure, bagi aku album ini adalah hasil karya The Cure yang paling "brilliant". Semuanya adalah amat mesra telinga untuk di layan bersama kepala yang penuh. Ha ha ha.
Album kegemaran sepanjang masa.
Kalau di beri calon tanpa limitasi, banyak nak aku senaraikan tapi aku had kan kepada 5 sahajalah, boleh?.
a. Ten (Pearl Jam)
Kata orang, penampilan pertama menceritakan segala-galanya, dan mereka berjaya membuktikan penampilan pertama mereka dengan penuh bergaya untuk menjadi salah satu ikon dalam dunia rock n roll.
b. Aenima (Tool)
Mereka ini lepasan sekolah macam MTD kat sini. Album kedua yang menyebabkan mereka berjaya menaikkan jenis musik yang mereka juangkan.
c. Unplugged in New York (Nirvana)
Apa lagi yang perlu aku katakan tentang album klasik yang hebat ini?.
d. The Colour and The Shape (Foo Fighters)
Kalau bukan kerana album kedua ini, aku rasa orang akan sentiasa kenang Dave Grohl sebagai drummer untuk Nirvana selama-lamanya.
e. Legend (Bob Marley and The Wailers)
Album ini, kalau tengah "balut". Pergghhh, layan!. Ha ha ha.
Album pertama yang di beli
Bleach (Nirvana), aku beli dekat kedai kaset sebelah Batu Road Supermarket masa balik sekolah, balik-balik sekolah aku terus pasang dekat radio depan ruang tamu. Tak sampai 9.69 saat (rekod oleh Usain Bolt) mak aku datang belakang aku lepas tu dia buat smack down dekat aku. Dia cakap aku bawak balik lagu setan apa tah. Ha ha ha.
Akibat terpengaruh dengan musik-musik yang selalu didengari, aku mahu jadi seperti siapa?
Kalau ikut kategori, untuk vokal, aku suka nak jadi Eddie Vedder. Suara dia memang mantap and berkelas "gred A level Ten".
Kalau dari petikan gitar, Eric Clapton ataupun M.Nasir pun kira cun dah tu!. Mantap beb skil diorang ni!.
Lagu malam minggu yang paling sedap dilayan.
Tonight, tonight dari Smashing Pumpkins, Thank You dari Home Made Kazoku atau apa-apa lagu dari album Orak Arek oleh Zainal Abidin.
Lagu pagi hari minggu yang paling "cool" untuk dilayan.
Rooster dari Alice in Chains atau apa-apa lagu dari album Srikandi Cinta oleh M.Nasir.
Lapan lagu yang aku selalu dengar.
1. One Headlight oleh The Wallflowers.
Hey, come on try a little
Nothing is forever
There's got to be something better than
In the middle
But me & Cinderella
We put it all together
We can drive it home
With one headlight
Lirik yang dibuat oleh Jacob Dylan sama "gaya" dengan bapanya.
2. Jiwa Kelajuan oleh Hujan
Definasi ku tetap sama dengan kelajuan
Tidak ku gentar kerana bagi ku ini masa depan
Tiada penghalang bagi ku
Dan matlamat ku hanya satu
Sentiasa bersedia.
Kalau aku rasa kerja-kerja kat opis macam tak best aje, aku layan lagu ni se"round" pastu konpom semangat kerja datang balik. Percayalah!. Satu lagi, aku tak faham kenapa ramai yang benci band yang begitu bagus ini.
3. From the edge of the deep green sea oleh The Cure.
I wish i could just stop
I know another moment will break my heart
Too many tears
Too many times
Too many years i've cried over you
How much more can we use it up?
Drink it dry?
Take this drug?
Looking for something forever gone
But something
We will always want?
Aku boleh bagi tahu dengan satu perkataan sahaja untuk lagu ini. "Berhantu". Sekian.
4. Just the two of us oleh Will Smith
Just the two of us we can make it if we try
Just the two of us just the two of us
Just the two of us building castles in the sky
Just the two of us you and i
Sejak-sejak aku ada Ain. Aku memang suka lagu ni. Tambah-tambahan bila aku pasang lagu ni, si comel aku tu pun join sama angguk kepala. Manis bukan?.
5. Mistikus Cinta oleh Dewa 19
Ketika jiwamu
Merasuk ke dalam
Aliran darahku dan meracuniku
Ketika jiwamu, memeluk hatiku
Dan biarkan jiwaku cumbui jiwamu
6. Ain't no sunshine (when she's gone) oleh Bill Withers.
Ain't no sunshine when she's gone.
It's not warm when she's away.
Ain't no sunshine when she's gone
And she's always gone too long anytime she goes away.
Dan cuba kau bayangkan kau berada di tempat Hugh Grant meratapi pemergian Julia Roberts?,bila kau tahu cinta kau terhalang?. Aduh, macam belati menusuk jantung eh?.
7. Thank You oleh Home Made Kazoku
Itsumo sasaete kureru hito-tachi ni
Higoro no omoi wo kometa rhapsody
Appreciation no kimochi yo todoke
Itsumo arigatou hontou arigatou
Tatoe doko ni itatte kimi no sonzai ni kansha shiteru yo.
Bukan, ini bukan semata-mata kerana Ichigo Kurosaki dan rakan-rakannya. Ini adalah kerana liriknya yang betul-betul menyeru bagaimana kita harus menghargai apa yang ada pada kita.
8a. Black oleh Pearl Jam
I know someday you’ll have a beautiful life,
I know you’ll be a star in somebody else’s sky, but why
Why, why can’t it be, why can’t it be mine.
Apa lagi yang boleh dikatakan?. Dua perkataan untuk lagu ini. "Memang berhantu". Sekian.
8b. Fix You oleh Coldplay
And the tears come streaming down your face
When you lose something you can't replace
When you love someone but it goes to waste
could it be worse?
Lights will guide you home
and ignite your bones
And I will try to fix you
Satu lagi band yang bagus dari United of Kingdom selepas Radiohead dan Blur. Masalahnya ialah orang-orang Amerika terlalu sinikal dengan mengatakan mana-mana lelaki yang suka layan band ini konpom gay. Macam gampang!.
+++
Aku rasa cukup takat ini. Bagi aku, musik untuk diri aku sendiri adalah universal, walaupun aku lebih terarah ke rock n roll tapi sekali-sekala layan lagu mendayu-dayu, tak salah mana bukan?. Yang penting, cara bagaimana kau menilai sesuatu lagu itu. Tak perlu handal bermain gitar, tak perlu suara sesedap mana pun. Penghargaan itu yang penting.
Oh lupa, ada sesiapa yang berminat?. Dipersilakan untuk buat.
4 comments:
salam,
aku teringat kata-kata kurt kobain "untuk menikmati muzik grunge, seseorang tu perlu bermain gitar!"
aku pun beli la gitar tong guna duit biasiswa. layan juga. heheh
beb,
akhirnya!
owh, aku terlupa sungguh janji kau nak buat meme ni.
yang bestnya, aku tengah dengar the cure skrang. memang menusuk jiwa dan dada. tertarik2 setiap urat hati..
aku masih dengan 4 note gitar yang aku leh main dalam tidur. ntah bila nak belajar note ke 5 pon tatau lah.
yob, lagu2 tu semua bawa kenangan kan. sangats!
Aku suka gile lagu One Headlight by The Wallflowers.
Orak Arek pun aku layan.
Selalunya aku tak dengar satu album. Aku minat by lagu. Aku tak minat nak beli satu album lagu.
Kecuali album Anuar Zain aku, sebab dapat free. Tak aci la kan? ;-)
rahimin : yup,masa nirvana attack malaya,semua anak muda zaman itu mahu jadi sepertinya!
caza : mmg kenangan 100%!.
amyz : yeah,most likely macam tu lah, lain kalau aku dah suka sgt,mmg aku akan beli album terus,di ulang beli ok?. hehehe
Post a Comment