Wednesday, October 31, 2007

terima kasih.

Aku jatuh cinta betul dengan lagu ni sekarang.

Terima kasih kepada Ilah sebab tolong terjemahkan. Kot ada siapa-siapa yang boleh menambahbaikkan, dipersila tinggalkan terjemahan anda di ruangan komen. Bang rudy?, Bang Naga?,rudy kurekure?.

Terima kasih

Kepada orang yang selalu menyokong
rhapsody yang mengandungi kenangan
sampaikan perasaan terima kasih
terima kasih selalu , sesungguhnya terima kasih
jika dimanapun kamu berada
sesungguhnya terima kasih

Semasa bandar yang diwarnai senja merah
sambil-sambil berjalan di jalan
di waktu petang dimana kumpulan manusia yang datang dan pergi
dimana cuba untuk berhenti
terbuka hati kecil
seperti tenggelam bunyi vibrator hendphone
kamu bukan seorang diri, lihatlah
saling bantu membantu

Satu hari nanti
takut masa hadapan
saya yang berasa ragu
tanpa ketakutan , secara lembut
kamu ada menghulurkan tangan
kesedihan telah menjadi separuh
kegembiraan menjadi berganda
jika keadaan terbalik
saya berjanji akan sentiasa berada di sisi

Jauh, jauh sekali
walaupun berada jauh
dalam masa yang berlalu
memori bersama hari dilewati
tidak akan hilang
jangan menangis, keluarga dan kekasih
dan semua yang mengenali
terima kasih, kerana anda semua
akan saya keluarkan tenaga yang lebih lagi

Manusia, sesiapapun tidak boleh hidup berseorangan
sentiasa saling mengambil berat
masa tidak bersefahaman, bawa berbincang
ingin ketawa seperti perut hampir pecah
tetapi mengapa masa begini bergaduh
bukan musuh yang perlu dilukai
amat menyukai kamu seperti orang bodoh
memalukan tetapi benar

Tanpa disangka semua malu
bersemuka berhadapan
tiada terkata dari mulut
tetapi sebenarnya ingin berkata
terganggu oleh apapun, semua bertenaga
ada masanya mari luahkan
perkataan mempunyai tenaga ajaib
perkara yang mudah
mulakan dengan diri sendiri
pasti boleh

Aku ada berada di sana
untuk selamanya
seperti kamu yang sentiasa
ada

Ini lirik asal dia. Oleh kumpulan hip hop jepun, HOME MADE KAZOUKU dari runut bunyi animasi BLEACH, tajuk lagu dia THANK YOU.

Itsumo sasaete kureru hitotachi ni
Higorono omoi wo kometa rhapsody...
Appreciation no kimochi wo todoke
Itsumo arigato, honto arigato
Tatoe doko ni tatte kimi no sonzai ni
Kansha shiteru yo

Tasogare no machi ga akaku somaru koro
Nanigenaku michi wo aruiteita
Ikikau hitono mure ga masu gogo,
Nantonaku tachidomatte mita
Potsuri to aita kokoro no sukima
Umeruyou ni ugoita keitai no manner
Kimi wa hitori ja nai, hora mina
Tagai ni sasae atteku no sa...

One day now
Mirai ga kowakute
Nayandeita boku ni mukatte
Nanimo yuwazu ni sotto
Te wo sashinobete kureru kimi ga ita
Kanashimi ga hanbun ni natta
Yorokobi wa nibai ni fukuranda
Gyaku no tachiba ni nattara
Sugusama soba made ni kaketsukeru to chikatta

Far away, far away tooku hanarete itemo
Nagareru toki no nakade
Tomo ni sugoshita hibi no kioku wa
Kesshite kieru koto wa naino sa
Nakanai ya, kazoku ya koibito
Soshite deatta subete no hitobito
Arigato...mina no okage de
Mata chikarazuyoku fumidaseru

Hito wa daremo hitoridewa ikite ikeyashinai
Tagai ga tagai wo itsumo care shiai
Rikai dekinai toki wa hanashiai
Hara kakaeru gurai warai ai tai
Nanoni naze kou toki ni kenashiai
Kizu tsukiau no teki ga shinai
Baka baka shii hodo kimi ga sukida
Terekusai kedo chotto honki da

Kitto mina igai to shy de
Men to mukatte naka naka
Kuchi ni dashite inaku te
Dakedo hontou wa iitai kuse ni
Nanika ga jamashite mina tsuyogatte
Tokini wa sarake dashite tsutaeyou
Kotoba niwa fushigi na chikara ga yadoruyo
Kantan na kotosa, jubun kara mazu hajimeyou
Kitto dekiru yo

I will be there
Just forever
Kimi ga itekureta youni

Bergembiralah!. Kalian nak mp3 dia?. Email kat aku akulerdon pada yahoo dot com. Aku tak boleh nak bagi kat sini, nanti melanggar undang-undang perkongsian melalui capaian internet. he he he.

Terima kasih!.

Tuesday, October 30, 2007

semua orang berubah

Kau kata, kau sendiri akan laluinya
Tapi bila aku fikirkan kembali
Aku rasa kau tidak mampu

Kau menyakitkan,kau menyeksakan
Dan aku melihat kesakitan itu di mata kau
Semacam semua orang berubah
Dan aku tidak tahu kenapa.

Terlalu sedikit masa
Cubalah untuk memahami
Aku sedang berusaha untuk terus kekal
Aku cuba untuk ada untuk terus ada
Tapi semacam semua orang berubah
Dan aku tidak rasa yang sama lagi

Kau telah hilang dari sini
Dan terus hilang
Kabur dalam cahaya yang indah
Dan aku rasa semuanya salah

Semacam semua orang berubah
Dan aku tidak rasa yang sama lagi...

Asal dari band Keane : Everybody's Changing

Monday, October 29, 2007

cuba cara lain sikit tengok?

Gua rasa nak lari saja dari dunia lapan sampai lima ni. Nafas gua hari-hari kurang 0.000000078 mili liter. Boleh mati cepat wooo!.


+++

Kepada mamat blogger yang mengaku iklan burung murai petronas tu hasil karya dia. Beb, lu memang tongong!. Satu dunia dah tahu itu cerita dongeng. Datang lu, sedap-sedap kari ayam dara kampung jek nak ngaku lu punya hasil!. Apa cerita ni beb?. Gua sekali tengok dah tahu iklan tu datang dari cerita dongeng tu sama juga macam iklan raya CEKODOK MONSTER ADIBAH NOOR tu.

Buat malu persatuan blogger-blogger semalaysia saja. Pffrrtt!. Unta padang pasir pun tak bengap sangat macam lu. Agak-agaklah kalau lu nak tuntut hak, silap-silap lu yang makan pasir nanti. Kalau lu baca blog gua, gua boleh cakap satu saja.

"Feel sorry for your ass first dude!". Sekian

+++

Teka-teki untuk hari ini ialah : Semakin hari,semakin kurang. Apa dia adik-adik?. Pandai-pandailah fikir. Sekian.

Wednesday, October 24, 2007

tradisi yang makin hilang

Kiranya masing-masing dalam "mood" raya lagi. Kalau minggu lepas kau datang kerja , topik-topik tipikal yang akan kau dengar tak lain tak bukan ialah mengenai harga barang yang tinggi, kemalangan yang kaw-kaw paling tidak pun cerita "collection" duit raya anak-anak, hahaha!.

Aku bukan nak sentuh pasal cerita-cerita ini, aku pun masih sembang-sembang benda ini dengan kawan-kawan aku yang lain. Aku nak cerita benda lain.

Raya tahun ini aku rasa kehilangan. Kehilangan tradisi berhari raya yang sebenar.

Aku risau jika tradisi ini tidak diteruskan, lambat laun ianya akan hilang. Generasi zaman sekarang perlu disedarkan. Adik-adik aku memang kaw-kaw kena marah dengan aku sebab tak nak ikut tradisi ini.

Apakah tradisi yang aku maksudkan?. Tradisi ziarah. Maaf cakap, generasi sekarang lebih pentingkan ziarah ke rumah kawan-kawan/awek/balak lebih dari sanak-saudara.

Bagi aku, peluang setahun sekali inilah yang perlu kita "grab" untuk merapatkan kembali jurang-jurang yang semakin melebar. Walaupun agak klise kerana sanak-saudara ini katanya selalu kita jumpa terutama sekali dalam kenduri kahwin/kematian tapi tidak salah bukan kita meluangkan masa untuk mereka pada hari raya yang mulia itu?.

Kalau ikut pun, kejap sahaja duduknya. Nak-nak kalau rumah sanak-saudara yang agak jauh hubungannya. Bagi aku, hari raya inilah peluang yang digunakan sebaik mungkin. Kau sendiri fikirlah, ada ke hari lain selain hari raya yang kau boleh lepak berjam-jam dekat rumah sanak-saudara kau?. Aku sendiri pun kalau hari biasa, paling kuat lepak pun dalam 45 minit sahaja lepas tu minta diri.

Nak-nak zaman sekarang ini, kotak elektronik bermacam saiz berlumba-lumba tayang cerita-cerita yang membuatkan kau kena "paku" pada kerusi. Sanggup tunggu cerita tu habis dulu baru nak ikut ziarah. Ikutkan cerita-cerita tu memang berulang-ulang lagi nanti takpun kau beli cd kat lanun, kau tengoklah sampai muntah.

Pakcik aku pun dah merungut bila dia ajak pusing Shah Alam,Kuala Selangor,PAndamaran rumah sanak-saudara,tak semua orang nak ikut.
Kalau dulu, memang seronok, konvoi 5-10 biji kereta sampai ke tengah malam. Sekarang, kalalu dapat 3 biji kereta dah cukup baik. Menyedihkan bukan?.

Aku doa, raya akan datang semua stesen tv terbakar jadi takde siaran maka orang akan kembali ke tradisi ini.

Inilah tradisi yang paling aku rindu sekali bila raya. Macam aku cakap dengan bapak aku, biar badan penat memandu tapi aku puas hati dapat tengok pak long itu, pak ngah belah nenek ni,tok cik adik atok ini semuanya masih sihat,hidup untuk mereka berkongsi cerita hidup mereka dengan aku. Itu yang paling aku suka. Itu yang membuatkan aku rindu setiap kali raya.

Wednesday, October 10, 2007

Tuesday, October 09, 2007

sebelum raya

Dalam banyak-banyak iklan raya, iklan raya yang ini paling aku suka. Semoga aku boleh jadi yang ayah yang terbaik.




Oh ya, kad raya untuk kalian semua belum siap lagi,kalau dah siap,esok boleh datang sini balik.

Selamat berbuka puasa dulu ek?.