Kiranya masing-masing dalam "mood" raya lagi. Kalau minggu lepas kau datang kerja , topik-topik tipikal yang akan kau dengar tak lain tak bukan ialah mengenai harga barang yang tinggi, kemalangan yang kaw-kaw paling tidak pun cerita "collection" duit raya anak-anak, hahaha!.
Aku bukan nak sentuh pasal cerita-cerita ini, aku pun masih sembang-sembang benda ini dengan kawan-kawan aku yang lain. Aku nak cerita benda lain.
Raya tahun ini aku rasa kehilangan. Kehilangan tradisi berhari raya yang sebenar.
Aku risau jika tradisi ini tidak diteruskan, lambat laun ianya akan hilang. Generasi zaman sekarang perlu disedarkan. Adik-adik aku memang kaw-kaw kena marah dengan aku sebab tak nak ikut tradisi ini.
Apakah tradisi yang aku maksudkan?. Tradisi ziarah. Maaf cakap, generasi sekarang lebih pentingkan ziarah ke rumah kawan-kawan/awek/balak lebih dari sanak-saudara.
Bagi aku, peluang setahun sekali inilah yang perlu kita "grab" untuk merapatkan kembali jurang-jurang yang semakin melebar. Walaupun agak klise kerana sanak-saudara ini katanya selalu kita jumpa terutama sekali dalam kenduri kahwin/kematian tapi tidak salah bukan kita meluangkan masa untuk mereka pada hari raya yang mulia itu?.
Kalau ikut pun, kejap sahaja duduknya. Nak-nak kalau rumah sanak-saudara yang agak jauh hubungannya. Bagi aku, hari raya inilah peluang yang digunakan sebaik mungkin. Kau sendiri fikirlah, ada ke hari lain selain hari raya yang kau boleh lepak berjam-jam dekat rumah sanak-saudara kau?. Aku sendiri pun kalau hari biasa, paling kuat lepak pun dalam 45 minit sahaja lepas tu minta diri.
Nak-nak zaman sekarang ini, kotak elektronik bermacam saiz berlumba-lumba tayang cerita-cerita yang membuatkan kau kena "paku" pada kerusi. Sanggup tunggu cerita tu habis dulu baru nak ikut ziarah. Ikutkan cerita-cerita tu memang berulang-ulang lagi nanti takpun kau beli cd kat lanun, kau tengoklah sampai muntah.
Pakcik aku pun dah merungut bila dia ajak pusing Shah Alam,Kuala Selangor,PAndamaran rumah sanak-saudara,tak semua orang nak ikut.
Kalau dulu, memang seronok, konvoi 5-10 biji kereta sampai ke tengah malam. Sekarang, kalalu dapat 3 biji kereta dah cukup baik. Menyedihkan bukan?.
Aku doa, raya akan datang semua stesen tv terbakar jadi takde siaran maka orang akan kembali ke tradisi ini.
Inilah tradisi yang paling aku rindu sekali bila raya. Macam aku cakap dengan bapak aku, biar badan penat memandu tapi aku puas hati dapat tengok pak long itu, pak ngah belah nenek ni,tok cik adik atok ini semuanya masih sihat,hidup untuk mereka berkongsi cerita hidup mereka dengan aku. Itu yang paling aku suka. Itu yang membuatkan aku rindu setiap kali raya.
No comments:
Post a Comment