Thursday, August 30, 2007

Dah limapuluh rupanya

Negara ku
Tanah tumpahnya darah ku
Rakyat hidup
Bersatu dan maju
Rahmat bahagia
Tuhan kurniakan
Raja kita
Selamat bertakhta


Selamat Ulangtahun kemerdekaan yang ke 50, Malaysia

Dua tiga hari ini, bila dengar Negaraku, badan aku naik meremang. Yeap, semangat nasionalism aku masih ada. Aku akan doakan yang terbaik untuk bumi bertuah ini. Aku nak minta maaf pada Malaysia atas semua jenaka-jenaka sinikal yang pernah aku lontarkan pada kau, Malaysia. Aku nak kau maafkan aku atas kritikan-kritikan pedas lagi berasap aku kepada kau, Malaysia.

Hidup akan lebih meriah bukan?.

Tak lupa juga aku nak ucapkan terima kasih kepada :

Mereka yang berjuang dari 1511 hingga 1957 untuk mendaulatkan bumi bertuah ini.

Mereka yang gigih membangunkan bumi bertuah ini dari asal lombong-lombong biji timah, ladang-ladang getah dan sawit kepada pencakar-pencakar langit yang membuktikan sesuatu.

Mereka yang yang gigih menjaga bumi bertuah ini dari syaitan-syaitan jahat yang cuba merosakkan bumi bertuah ini.

Mereka yang tak kenal putus asa demi menjadikan anak bangsa bumi bertuah ini kepada bangsa yang lebih bermaruah.

Mereka yang berusaha untuk megharumkan nama bumi bertuah ini supaya Atlas dunia tahu bumi bertuah ini bukan sebarangan.

dan senarai terima kasih yang infiniti

Aku juga nak ucap jutaan tidak terima kasih kepada :

Mereka yang sanggup buat apa saja dari bumi bertuah ini demi kepentingan diri sendiri (yang ini patut mampus disula dengan buah durian se raga).

Mereka yang berpura-pura menegakkan keadilan tapi dalam masa merekalah kepala syaitan kejahatan yang hendak menjahanamkan anak bangsa bumi bertuah ini (yang ini patut dihumban ke jurang laut paling dalam dekat belah pasifik)

Mereka yang menganggap bumi bertuah ini tempat mereka mencari rezeki tapi rezeki yang dicari adalah dari reap off anak bangsa bumi bertuah yang benar-benar perlukan bantuan.

Mereka yang kononnya lantang bersuara tapi sebenarnya tidak lebih dari tin susu anlene yang kosong tinggal tunggu masa nak kena lenyek dengan lori.

dan senarai ini akan menjadi infiniti juga

dan
dan
dan
dan

Jutaan terima kasih kepada budak-budak yang bawah 23 yang handal main bola yang pengkritik kata tidak ada can nak menang semalam. Korang memang hebat!. Gua respek lu orang semua!. Lu orang sudah bikin abang-abang senior lu orang malu besar!. Gua suka!.

Boleh pergi sini untuk baca dari pandangan seorang hawa tentang bolasepak Malaysia.

Aku nak ulas tak beberapa nak reti, senang cerita siapa yang tak tengok semalam baik kat stadium atau tv, hemmm.. aku tak tahu nak cakap apalah!.Sendiri fikir ok?.

Sekali lagi

Malasia tanah air aku, selamat ulang tahun kemerdekaan yang ke lima puluh

Merdeka!,Merdeka!,Merdeka!.

Wednesday, August 29, 2007

Thursday, August 23, 2007

kantoi

Sialan, buat malu gua saja.

Sengal betul. Ha ha ha ha

sini

Gua buta sastera lagi beb!

Thursday, August 16, 2007

eh, aku silap!

Malam semalam, sementara aku menunggu siri tv Earl Hickey & Gang, aku tengok Grey's Anatomy, kawan aku cakap cerita ini, cerita doktor asyik beromen dalam stor saja. Ha ha ha!.

Episod semalam fokus tentang "kesilapan". Setiap watak utama dalam GA semalam telah melakukan kesilapan. Kesilapan yang membuatkan mereka menyesal dengan tindakan mereka itu semua.

Cerita mengenai kesilapan. Sepanjang hidup kalian, apa kesilapan paling besar kalian pernah buat dan selepas itu kalian merasa sungguh-sungguh-sungguh menyesal?. Berapa banyak kesilapan yang kalian pernah buat dan tidak menyedarinya sehingga ada sesuatu yang "memetik" kalian dan menyedarkan kalian akan kesilapan itu?.

Dalam GA semalam, aku lupa nama doktor yang merawat pesakit lumpuh (aku rasa kena stroke) dan pesakit itu mati dimana anak pesakit itu tidak boleh terima hakikat kematian itu. Anak dia mahukan ibunya hidup.

Doktor tu cakap kat anak pesakit bahawa mak dia pesan mahukan anak dia jangan takut untuk membuat kesilapan. Jangan terlalu mengejar kesempurnaan hinggakan kau takut nak buat kesilapan. Kesilapan sebenarnya yang mematangkan kau. Begitulah lebih kurang yang aku boleh rumuskan.

Jadi

Berapa ramai dalam dunia ini yang berani melakukan, bukan mengakui kesilapan diri sendiri?. Berapa ramai yang mahu mengambil iktibar dari kesilapan diri sendiri?.
Aku sendiri tidak mampu nak akui semua kesilapan yang pernah aku lakukan.

Aku sendiri pernah buat kesilapan dimana kesilapan ini aku rasa sungguh-sungguh-sungguh menyesal kerana aku melakukannya. Aku menolak masuk ke Em-Ar-Es-Em semata-mata atas dasar persahabatan. Kalau aku masuk ke tempat itu barangkali, barangkali aku cakap, aku kerja kat TM rasanya. Barangkali aku sudah jadi Jurutera Sistem Kanan bagai. Ha ha ha!.

Tapi

Bila difikirkan kembali kesilapan itu, aku rasa bertuah. Jika aku tidak melakukan kesilapan itu, mungkin rezeki aku menjejakkan kaki ke tanah inggeris tidak tercapai, mungkin rezeki aku nak tengok konsert Pearl Jam Live In Cardiff tak tercapai sampai sekarang. Ha ha ha!.

Tapi

Walau banyak mana kesilapan yang kita lakukan, jika kita tidak mengambil iktibar darinya, kita tidak akan kemana-mana. Tahap pemikiran kita mungkin akan berada ditakut yang sama.

Dan

Sesungguhnya, kita hanya mampu merancang, Dia yang menentukan segalanya, bukan teori Efek Rama-Rama bagai tu. Yo yo o jek teori tu. Ha ha ha!.

Thursday, August 09, 2007

keras

Blueh!, hari ini hari sangap. Aku pun tidak keruan, jadi ayat yang sangat klise yang boleh aku tulis dalam ini ialah "aku tidak tahu nak tulis apa".

Sekian

Wednesday, August 08, 2007

Aku, aku, kau, kau dan kamu serta kami

Kadang-kadang mereka yang berada sekeliling aku tidak mengerti dengan tindakan yang aku buat. (Baca:Mereka yang tak beberapa kenal aku) Bukan aku nak puji diri sendiri tapi itulah hakikatnya.

Mereka tidak faham kenapa aku sanggup bersusah payah menolong rakan-rakan yang masih tidak bernasib baik untuk meraih rezeki yang boleh menampung segala hal ehwal kehidupan duniawi ini.
"Kau dah ada kerja tetap, buat apa nak sibuk-sibuk bantu?".

Itu soalan yang biasa aku dengar. Ya, aku tak tipu, masih lagi ada orang yang baru keluar dari gua.

Bagi aku, rezeki yang aku kunyah selama ini bukan milik aku selamanya. Semuanya adalah milik Dia. Aku hanya meminjam sahaja dan Dia boleh tarik bila-bila yang Dia suka.

Jadi,

Aku cuba sedaya upaya aku berkongsi dengan mereka yang tidak bernasib baik macam aku. Walaupun kadang-kadang itu, kawan-kawan yang aku cuba bantu ini, rezekinya jauh lebih baik dari aku. Aku tidak ada masalah tentang itu. Untung-untung bila jumpa, dia boleh belanja secawan neskepe tarik kurang manis.

Mentaliti "janji lepas tengkuk" inilah yang menyebabkan aku memang sungguh tidak selesa, sedari atau tidak, mentaliti ini sudah jadi semacam satu rukun bila kehidupan kau menginjak ke arah yang lebih baik. Mereka yang bermentaliti ini, aku rasa lupa bahawa ada yang lagi kuat, lagi hebat dari kau.

Entahlah, kadang-kadang mentaliti macam ini pun sekali-sekala hinggap dalam badan aku, sama ada sedar atau tidak, kalau aku sedar, aku buang jauh-jauh semula.

Kepada mereka yang bermentaliti seperti ini, aku harap cubalah hentikan. Melainkan kau memang mahu lihat aku, aku dan kamu serta kami kelaparan kerana mati berangan meminta-minta dari kau. Minta maaf, kau memang layak duduk di bawah sekali.

"Korang punya rezeki korang makan, dia punya rezeki dia makan, apa salah kita kongsi sama-sama?".

"Alah singh, lu bahasakan gua nampak".