Thursday, August 16, 2007

eh, aku silap!

Malam semalam, sementara aku menunggu siri tv Earl Hickey & Gang, aku tengok Grey's Anatomy, kawan aku cakap cerita ini, cerita doktor asyik beromen dalam stor saja. Ha ha ha!.

Episod semalam fokus tentang "kesilapan". Setiap watak utama dalam GA semalam telah melakukan kesilapan. Kesilapan yang membuatkan mereka menyesal dengan tindakan mereka itu semua.

Cerita mengenai kesilapan. Sepanjang hidup kalian, apa kesilapan paling besar kalian pernah buat dan selepas itu kalian merasa sungguh-sungguh-sungguh menyesal?. Berapa banyak kesilapan yang kalian pernah buat dan tidak menyedarinya sehingga ada sesuatu yang "memetik" kalian dan menyedarkan kalian akan kesilapan itu?.

Dalam GA semalam, aku lupa nama doktor yang merawat pesakit lumpuh (aku rasa kena stroke) dan pesakit itu mati dimana anak pesakit itu tidak boleh terima hakikat kematian itu. Anak dia mahukan ibunya hidup.

Doktor tu cakap kat anak pesakit bahawa mak dia pesan mahukan anak dia jangan takut untuk membuat kesilapan. Jangan terlalu mengejar kesempurnaan hinggakan kau takut nak buat kesilapan. Kesilapan sebenarnya yang mematangkan kau. Begitulah lebih kurang yang aku boleh rumuskan.

Jadi

Berapa ramai dalam dunia ini yang berani melakukan, bukan mengakui kesilapan diri sendiri?. Berapa ramai yang mahu mengambil iktibar dari kesilapan diri sendiri?.
Aku sendiri tidak mampu nak akui semua kesilapan yang pernah aku lakukan.

Aku sendiri pernah buat kesilapan dimana kesilapan ini aku rasa sungguh-sungguh-sungguh menyesal kerana aku melakukannya. Aku menolak masuk ke Em-Ar-Es-Em semata-mata atas dasar persahabatan. Kalau aku masuk ke tempat itu barangkali, barangkali aku cakap, aku kerja kat TM rasanya. Barangkali aku sudah jadi Jurutera Sistem Kanan bagai. Ha ha ha!.

Tapi

Bila difikirkan kembali kesilapan itu, aku rasa bertuah. Jika aku tidak melakukan kesilapan itu, mungkin rezeki aku menjejakkan kaki ke tanah inggeris tidak tercapai, mungkin rezeki aku nak tengok konsert Pearl Jam Live In Cardiff tak tercapai sampai sekarang. Ha ha ha!.

Tapi

Walau banyak mana kesilapan yang kita lakukan, jika kita tidak mengambil iktibar darinya, kita tidak akan kemana-mana. Tahap pemikiran kita mungkin akan berada ditakut yang sama.

Dan

Sesungguhnya, kita hanya mampu merancang, Dia yang menentukan segalanya, bukan teori Efek Rama-Rama bagai tu. Yo yo o jek teori tu. Ha ha ha!.

3 comments:

Kumprinx said...

Greys Anatomy ceritanya mmg sawan.

ayobkelubi said...

hahahaha. sawan?.bukan ler,mengawan jek lebihhhh...

Amyz! said...

Haha. Mengawan ke?

Kalau buat silap sekali tak apa. Jangan buat silap banyak-banyak kali. :-)