Kadang-kadang mereka yang berada sekeliling aku tidak mengerti dengan tindakan yang aku buat. (Baca:Mereka yang tak beberapa kenal aku) Bukan aku nak puji diri sendiri tapi itulah hakikatnya.
Mereka tidak faham kenapa aku sanggup bersusah payah menolong rakan-rakan yang masih tidak bernasib baik untuk meraih rezeki yang boleh menampung segala hal ehwal kehidupan duniawi ini.
"Kau dah ada kerja tetap, buat apa nak sibuk-sibuk bantu?".
Itu soalan yang biasa aku dengar. Ya, aku tak tipu, masih lagi ada orang yang baru keluar dari gua.
Bagi aku, rezeki yang aku kunyah selama ini bukan milik aku selamanya. Semuanya adalah milik Dia. Aku hanya meminjam sahaja dan Dia boleh tarik bila-bila yang Dia suka.
Jadi,
Aku cuba sedaya upaya aku berkongsi dengan mereka yang tidak bernasib baik macam aku. Walaupun kadang-kadang itu, kawan-kawan yang aku cuba bantu ini, rezekinya jauh lebih baik dari aku. Aku tidak ada masalah tentang itu. Untung-untung bila jumpa, dia boleh belanja secawan neskepe tarik kurang manis.
Mentaliti "janji lepas tengkuk" inilah yang menyebabkan aku memang sungguh tidak selesa, sedari atau tidak, mentaliti ini sudah jadi semacam satu rukun bila kehidupan kau menginjak ke arah yang lebih baik. Mereka yang bermentaliti ini, aku rasa lupa bahawa ada yang lagi kuat, lagi hebat dari kau.
Entahlah, kadang-kadang mentaliti macam ini pun sekali-sekala hinggap dalam badan aku, sama ada sedar atau tidak, kalau aku sedar, aku buang jauh-jauh semula.
Kepada mereka yang bermentaliti seperti ini, aku harap cubalah hentikan. Melainkan kau memang mahu lihat aku, aku dan kamu serta kami kelaparan kerana mati berangan meminta-minta dari kau. Minta maaf, kau memang layak duduk di bawah sekali.
"Korang punya rezeki korang makan, dia punya rezeki dia makan, apa salah kita kongsi sama-sama?".
"Alah singh, lu bahasakan gua nampak".
No comments:
Post a Comment