Thursday, April 27, 2006

ranting

Kau fikir hanya duduk berteleku mengadap laptop ini di tengah-tengah malam akan membuahkan hasil untuk kau humbankan ke dalam so call diari ini?.
Jangan kau cuba membunuh malam dengan keluh kesah kau ini. Kau bayangkan nun jauh di sana berapa ramai lagi manusia yang tidak mampu mengadap malam dengan hati yang tenang?.

Kau selalu mengatakan malam adalah masa yang terbaik untuk kau berfikir tentang kehidupan.

Ya, itu hak kau untuk mengatakan kenyataan sedemikian rupa tapi

Boleh blah!.

Sedangkan manusia sedang enak diulit mimpi mahupun isteri (kau ukir smirk di sini), kau pula masih lagi melongo berdiri tegak di balkoni mewah mu merenung bulan dengan harapan bulan sudi mendengar keluh kesah mu. Laptop mu barangkali ada wireless untuk capaian internet di balkoni mu itu.

Hoi, bulan pun dah naik muak tahu!.

Nanti, jangan terlalu cepat melatah ataupun melenting. Aku tidak pentingkan diri tapi bukankah lebih baik kau dambakan keluh-kesah itu ke saluran yang betul. Bukan hanya menanti malam setiap malam tanpa membuahkan sebarang hasil.

Lupa aku, hasilnya ada iaitu kau akan penat mengharung hari siang kerana sibuk berkeluh-kesah dengan malam.

Kan aku dah kata?.

Aduh, aduh, kau tidak pernah dengar lagu “Malam”?. Bukan lagu yang acapella itulah!.

Tidak, malam aku diiringi dengan lagu Man of the Hour. Hahahaha!.

“There is nothing clear – Syarul (Love Me Butch). “

Dimana kita sepatutnya tadi?. Lupa seh.

Sepatutnya di saluran betul untuk keluh-kesah kau itu. Janganlah kau bebani malam dengan cerita-ceriti mu itu. Letih beb!.
Beri peluang pada malam untuk berjasa dengan mereka yang betul-betul memerlukan malam. Mereka yang hidup pada waktu malam sahaja (termasuk kupu-kupu malam, separuh kupu-kupu malam ataupun mayat hidup). Malam akan membolehkan kitaran hidup ini berterusan.Barangkali dunia mahu kiamat.

Kau masih lagi tidak mahu mengalah?.
Masih lagi mahu setia menanti setiap malam?.
Baik, aku tidak akan kisahkan hal itu lagi.
Jangan kau ketuk pintu ku untuk menganggu tidur malam ku dengan kisah seribu satu malam mu itu!.

8 comments:

Romantis Selatan said...

saya cuma ada desktop...

Anonymous said...

separuh kupu-kupu malam?

muheheheheh aku dok pikir separuh tu pada yg 2 alam atau separuh pada 'tugasnya'

blackpurple @ jowopinter said...

Aku suka lagu 'malam' nyanyian sifu..

malam-malam (saat dan tika aku blogging ini dah pun masuk pagi..!) masa untuk aku bermimpi...!!!

dan pungguk pun dah jemu merindukan bulan....

Anonymous said...

dah malam yob! tido oi hehe.

Sir Mute Key Chicks said...

kau kurus macam ranting ker atau kau rapuh macam ranting tuh?

Sir Mute Key Chicks said...

kau kurus macam ranting ker atau kau rapuh macam ranting tuh?

Zack said...

Uih banyaknya spam kat sini. Don, buat word verification la.


Malam2 gini bagus buat solat tahajud.

popularz said...

just keep
blogger