Ya. Nama itu bunyinya macam melayu klasik bukan?. Kisahnya bermula pada abad ke 12...hehehe takdelah, dulu masa mula-mula kenal apa itu email. Aku dan rakan-rakan yang gila internet buat akaun email yang bermula dengan nama Ayob, kawan aku nama Apat buat Ayobseman, seorang lagi buat Ayobtulakang dan aku buat Ayobkelubi. Kira nama belakang tu kitaorang belasah apa yang terlintas kat kepala otak masa tu. Lagi satu, masa tu aku guna nick vedder dalam dunia chatting, aku terlalu bosan guna nama orang putih, nampak macam aku ni terlalu memuja orang putih jadi nick Ayobkelubi ni sedikit sebanyak mengingatkan aku tentang asal-usul aku. Aku Melayu!. Begitulah kisahnya kehadiran Ayobkelubi di dalam dunia maya yang serba mencabar ini. Fuh!.
2) Bila mula berblog? Macam mana boleh terjerumus ke dunia blog?
Kalau ikut takwim Romani, aku mula berblog pada 23hb Mac 2004 tapi blog aku masa tu dekat tripod. Dia punya cekadak, helemek boleh bikin hati panas. Setelah mendapatkan beberapa pandangan beberapa orang blogger yang aku kenal masa tu terutama sekali mamat ni. Aku pun ambil keputusan tukau ke blogspot pada 17 Februari 2005 dan kemudian bak kata orang, the rest is history, belen-belen tu sejarah.
Seterusnya, macam mana minat berblog boleh timbul?. Satu hari di pejabat sambil mencuri tulang, aku sedang browsing internet kemudian aku tercome across dengan satu blog minah ni. Mula-mula aku ingat website tak senonoh sebab ada biru kat belakang dia. Rupa-rupanya blog. Aku baca dan terus baca dan terus jatuh cinta dengan blog minah ni. Kemudian aku cari lagi blog yang serupa dengannya dan aku jumpa blog doktor ni dan jatuh cinta dengan blog dia juga. Satu hari, masa tengah baca blog. Aku terfikir,jika orang lain boleh menulis kenapa aku tidak?. Aku sendiri minat menulis. Aku pernah tulis diari dari Tingkatan 3 hingga umur aku cecah 18. Hasilnya, aku disini. Menulis dan akan terus menulis. Kalau makcik ni kata memasak adalah terapi jiwanya maka menulis adalah terapi jiwa untuk aku. :D
3) Blog macam mana yang kamu suka baca?
Bila kita cakap pasal sesuatu yang kita suka, payah nak tafsir suka tu, adakah kita hanya baca blog kawan-kawan yang kita suka sahaja?. Secara individu, aku bahagikan pembacaan blog yang aku suka kepada tiga bahagian. Pertama, blog individu bercerita mengenai kehidupan harian mereka dari berak dalam tandas yang tiada air hinggalah kepada kisah cinta duka lara mahupun kisah anak-anak mereka. Kedua, blog individu yang memberi cerita kepada pembaca sebagai contoh menyediakan e-novel ataupun hal ehwal semasa negara secara serius. Ketiga, blog bangsa Melayu yang menulis dalam Bahasa Inggeris yang menceritakan bahagian pertama dan kedua.
4) Blog macam mana yang kamu tak suka baca?
Tidak ada blog yang aku tak suka baca. Secara jujur, aku lebih suka guna entri yang aku tak suka baca. Entri-entri yang barangkali boleh mengguris hati pembaca jika penulis tidak sensitif dengan keadaan sekeliling. Contoh, barangkali entri yang menyentuh isu perkauman. Selalunya, bila kita tegur, jawapan standard modified yang selalu kita dapat ialah "Suka hati akulah, blog aku!". Aku nak jelaskan disini. Jika kita tidak bersedia untuk ditegur akan gaya mahupun isi penulisan kita, aku rasa baik kita fikir semula tujuan asal kita menulis.
5) Apakah blog-blog ini ada peranan dalam masyarakat?
Bagi aku, blogging di Malaysia masih lagi baru tapi semakin berkembang. Blog sedikit sebanyak telah berjaya mencambahkan kembali budaya membaca yang semakin pupus. Aku sendiri pun sudah rajin membaca selepas membaca blog-blog yang mencadangkan buku-buku yang baik untuk dijadikan bacaan.
Blog juga boleh dijadikan medan untuk kita, rakyat-rakyat bawahan ini untuk meluahkan isi hati kita, bersuara demi masa depan negara tapi selalunya kena pangkah kot?. ;-) dan aku pernah baca yang blog juga telah berjaya membantu polis menyelesaikan satu kes pembunuhan. Aku baca dalam blog tok rimau rasanya.
Mungkin satu hari nanti, blog boleh digunakan untuk memberi pengiktirafan secara umum kepada masyarakat berdasarkan blog yang ditulisnya itu. Harap-harap begitulah. Blog bukan lagi sekadar tempat luahan perasaan.
6) Beberapa perubahan telah dilakukan dalam JURING musim ini. Apakah cadangan perubahan dan komen-komen lain yang ingin kamu kongsikan untuk program JURING musim depan?
Orang kata, pertama kali adalah eksperimentasi, kedua kali penambahbaikan manakala yang ketiga untuk mengekalkan yang terbaik. JURING yang ketiga haruslah menjadi yang terbaik. Barangkali peringkat saringan boleh dilakukan dan mungkin pertandingan JURING ini boleh dipecahkan kepada beberapa kategori seperti JURING : CERPEN, JURING : POLITIK ataupun JURING : KISAH HIDUP KU YANG DUKA LARA.
7) Kalau kamu sepohon pokok, kamu nak jadi pokok apa? Mengapa?
Aha, aku suka nak jadi pokok tebu!. Walaupun di luar nampak macam hodoh tapi isinya amat manis sekali jika di makan atau hisap. Seperkara lagi, pokok tebu ni pun senang nak ditanam bukan?. Tanamlah kat mana-mana tanah yang sesuai, Insya-allah akan cepat dapat hasilnya. Kira macam aku ni walaupun tak macho tapi amat berhemah dan manis dipandang orangnya!, aku juga boleh berkawan dengan sesiapa sahaja tanpa ada batasan. Kira aku ni ultra peramah sikitlah!.Hahaha. Apalah ditanya nak jadi pokok, tanyalah nak jadi kereta apa ker, stadium apa ker.
+++
An Interview with
Still lots of chapter need to be cover. To all my friends, pray for me, pray for a nice good result.
Thank you.
1 comment:
saya tertarik dgn pandangan bro tadi.. memang btol.. saya pun takut gak nak dropby blog org lain ni.. nampaknya bro ayobkelubi tak kisah saya singgah jap sini... deng! dasat ye, blog solved crime.. hmm..
Post a Comment