Monday, March 06, 2006

aha,penalti!

Dulu di flat polis bukit aman tahun 1988.Tingkat 3 depan lif.aku,adik eda,emon dan mamat toyol.Kami gila main bola tepuk.Alah,yang kau buat pakai kotak ubat nyamuk shelltox tu,gunting jadi empat segi panjang lepas tu lipat jadi dua.Lepas lipat dua,jadikanlah dia pertahanan kau,penyerang idaman kau atau penjaga gol kegemaran kau.Tiang gol,kau lipat kertas buku matematik macam sampan jadilah dia!.Bola pula pakai kertas timah dalam kotak rokok.Tugas buat bola selalu untuk aku sebab bapak aku yang hisap rokok.

Emon selalu jadi champion dan biasanya aku jadi paling tak champion,selalu kena titik dengan mereka bertiga.Selalu emon jadi champion sebab dia kuat mengelat,ada sahaja undang-undang baru dicipta untuk memastikan pasukannya sentiasa menang.Mamat toyol adalah seteru utama dia.

Mula-mula emon cipta undang-undang balingan ke dalam.Letak bola kat hujung kad yang diterbalikkan kemudian kau somersaultkan pemain kau.Nah!,bola dikira lontaran ke dalam tapi selalunya bola tu keluar padang belah sana pula!. Undang-undang itu kami boleh terima lagi kemudian emon cipta perangkap offside pula!.Aduhai,mana dia tahu semua ni?.Kalau kau bubuh kad pemain kau lebih dari kad pemain lawan dalam kotak penalti itu maksudnya offside.Nak tak nak kena shoot dari luar kotak penalti.

“Kami protes,kita bubuh pemain ikut suka kita”. aku cakap.

“Ok,macam mana caranya?.”

“Kita campak pemain dari atas biar dia jatuh kat mana-mana dalam padang tu!.”

“Woiii!”.Emon protes. Hahaha.

Lama-kelamaan,kami bosan dengan undang-undang itu. Mamat toyol lagi angin sebab selalu kalah dengan emon bila final disebabkan undang-undang tu.

Satu hari tu tengah ,final kali ke berapa ntah antara mereka berdua.

“aha,penalti!,penalti!”. Mamat toyol menjerit.
“mana-mana?”.
“tu,pemain aku terjatuh dalam kotak penalti kau.pemain kau tolak tadi!”.
“bila pulak pemain aku tolak pemain kau?”. Hahaha.

Ya,pemain emon betul-betul menghempap pemain mamat toyol!.

Sudahnya,emon terpaksa akur dengan undang-undang baru tu.
Rahsianya?,mamat toyol berpakat dengan aku. Aku senyap-senyap tambahkan pemain dalam padang tanpa emon sedari.Asalnya untuk senang nak score tapi aku tak sempat nak bubuh elok-elok sebab aku terperanjat di sergah adik eda dari belakang dan kad tu betul-betul jatuh atas pemain emon dan nak jadikan cerita menghempap kad tambahan tu.Nasib baik emon tak kira berapa kad ada masa tu!.

No comments: