15 Februari 2006
12.00 tghmalam
aku baru selesai menonton DAVID BLAIN : FROZEN IN TIME.
selepas matikan segala suis didalam rumah,aku bergerak menuju ke bilik tidur.
serasa baru sahaja aku lelapkan mata kemudian bini aku kejutkan aku.
"bang,bangun bang,kenapa tilam ni rasa basah semacam jek".
aku terpisat-pisat bangun.
"eh,sayang terkencingkah?,takpe,jom abang teman pergi bilik air."
aku masih terpisat-pisat.
di bilik air,
"bang,darah bang!.darah!".
mata ku terbeliak.
ya,aku lihat darah sedang menitik-nitik dari kelangkang bini aku.
ya tuhan!.
"lekas siap,kita ke hospital".
dan aku sempat menjeling ke arah jam dinding.
12.45 pagi.
+++
"cik,rahim isteri encik dah terbuka dan tali pusat anak cik dah nampak".
aku terkedu.
di bilik rawatan kecemasan,terdengar suara bini aku meraung-raung.
"masukkan balik anak saya doktor,masukkan balik".
teriakan itu menyiat-yiat hati aku.
"kalau dia lahir,10% harapan untuk dia hidup cik".
aku memandang lesu doktor muda berpangkat kapten itu.
"doktor,tolonglah buat apa yang boleh menyelamatkan dia".
dan bini aku dihantar ke wad bersalin.
waktu di telefon menunjukkan 1.30 pagi.
+++
bang mokhtar dan mak aji tiba.
aku dipanggil doktor sekali lagi.
"kandungan isteri cik berusia 25 minggu.memang tidak boleh diselamatkan lagi.kalau seminggu lagi,mungkin harapan dia untuk hidup tinggi".
aku terdiam.
oh,seminggu sahaja lagi anakku!.
aku masuk ke labour room.
"maafkan sayang,halal makan minum.sakitnya bang!".bini aku mengenggam erat tangan aku.
"ya,ya abang maafkan".
dan masa tu mata ku mula bergenang.
aku terpaksa keluar.
dan waktu menunjukkan 3.00 pagi.
+++
15 minit kemudian.
doktor memanggil ku semula.
"alhamdulilah,bini cik selamat".
"anak saya doktor?".
dan ketika itu doktor menunjukkan arwah anak aku.
oh,oh!.sungguh comel dan bersih kulitnya.ikut warna kulit ummi mu!.
rambutnya,telinganya,tangannya,kakinya,mukanya dan
ya tuhan!,dia anak lelaki ku!.
yang seperti ku inginkan!.
kerana dalam tempoh bini ku mengandungkan dia,ramai orang beranggapan dia perempuan!.
oh,oh!.aku terus terduduk dan terdiam.sebak.
kasihan anak ku.kau dilahirkan untuk tidak dapat bersama kami.
"dia hanya mampu dapat bernafas untuk tempoh 10 minit sahaja".
kenapa 10 minit?.kenapa tidak 10 jam?.kenapa tidak 10 hari?.kenapa tidak 10 minggu?.
tapi.
itu takdir yang telah ditentukan untuk aku dan isteri.
aku terima dengan redha.
"doktor,bersihkanlah anak saya dan biar saya uruskan pengebumiannya".
dan sewaktu aku lihat anak ku dibawa masuk ke bilik nursery.
aku terdengan suara-suara nurse di belakang.
"suami dia cool jek."
cool kepala bapak dia!.
+++
siangnya urusan pengebumian dijalankan.
aku ikut mandikan dia.
dan ketika tok imam membalutkan dia.
aku sebak lagi.bini ku masih dihospital.
+++
dan hari ini.trauma yang dialami oleh bini aku masih belum sembuh.
air mata selalu menjadi teman.
aku sudah kehabisan modal untuk memujuknya.
bagaiamana hendak ku pujuk sedangkan aku sendiri masih lagi tak keruan.
walaupun di luar.
orang nampak aku masih seperti dulu.
dan nampaknya Daryll mcPherson terpaksa berseorangan dulu melayan kerenah anak-anaknya.
p/s : entri ini personal.
No comments:
Post a Comment