Tuesday, February 14, 2006

off komik dan kekeluargaan


aku suka baca komik.sebarang komik yang aku suka.
terutama sekali mini-mini komik yang ada dekat suratkhabar kita.

salah satu comic strip yang aku suka ialah seperti di atas.

comic strip babyblues.

Babyblues mengisahkan keluarga mcPherson yang terdiri daripada si bapa bernama darryl,mak bernama wanda dan anak perempuan sulung mereka,zoe,adiknya hammie dan yang bungsu (untuk sementara waktu ni kot?) yang aku tak tahu namanya.

komik ini selalu mengutarakan hal ehwal kekeluargaan dari sudut pandangan si bapa hingga ke anaknya.

yang menjadi fokus selalunya zoe.kakak yang serba ingin tahu.

aku jumpa keratan komik ni semasa aku bercuti di Port Dickson tempoh hari.tertarik dengan cerita kali ini menyebabkan aku simpan keratan ini hinggalah semalam,aku baru berkesempatan untuk scan dan simpan dalam blog iaitu hari ini.

membaca keluhan bapa melihat ruang tamannya yang porak peranda akibat kelasakan anak-anaknya menyebabkan aku terfikir.

betulkah,"parenting is really a hard job"?.


aku pun akan menjadi seperti darryl tak lama lagik,sungguh aku rasa sangat-sangat execited untuk ini semua.

persoalannya ialah mampukah aku?.

betahkah aku
kalau-kalau anak-anak aku nanti
jahanamkan komputer aku?.
conteng-conteng dinding rumah aku?.
koyak-koyakkan hasil kerja aku dengan alasan "kakak/abang nak buat kapal terbang kertas".
buat terjun tiruk di kerusi kesayangan isteri aku?.

menjeritkah aku dengan kata-kata standard modified seperti
"jangan panjat!".
"jangan main hujan!".
"masuk tidur".
"lekas mandi".
"bangun-bangun,dah siang dah!".

apabila melihat anak-anak aku membesar di depan mata aku.

aku kurang pasti.aku takut aku tidak boleh menjadi darryl yang baik,yang begitu setia melayan kerenah anak-anaknya (aku baca cerita mereka sejak aku tahu baca suratkhabar omputih).

seperti darryl yang mengeluh melihat anak-anaknya.aku juga mungkin jadi begitu.

tapi

kalau kau tengok pada kotak terakhir komik diatas.

kau akan tersenyum seorang diri.percayalah!.

seperti darryl dan wanda.

aku juga percaya

anak-anak adalah anugerah yang paling tak ternilai untuk kita semua.

17 comments:

Anonymous said...

nak
kahwin
juga
lah

nanti. bukan sekarang. tunggu yaaaa..

Anonymous said...

citer babyblues ni progressing. start dari depa xder anak lagi. masa tu citer pasal ngandungkan si zoe tu. pahtu citer zoe membesar, then ngandung kat hammie. dah lama tak baca katun ni. si zoe dah dpt adik lagi sorang yer? hehe...

abdullahjones said...

dulu, lama dulu, saya beli The Star hari minggu untuk komik ini. terima kasih yop. Malang sedikit akhbar british kedekut komik.

Anonymous said...

akum.

dpt berita kehilangan baby ko.
takziah diucapkan.
moga tabah.

Anonymous said...

betul ke apa yg iwan cakap??? I'm speechless...

Anonymous said...

dapat info dari blog Mamikmal. Takziah di atas kehilangan.

Nazim Masnawi said...

dood, you dunno me but still, takziah...

Unknown said...

bro. takziah. tabah. berserah.

Anonymous said...

mungkin dia dilahirkan bukan untuk kita di dunia ini. tapi untuk akhirat nanti.

takziah dan lebih dari itu. Tahniah, saham ko terlalu besar di akhirat nanti. aku cemburu.

Unknown said...

yob,

takziah. aku baru tau..

al-fatihah.

Anonymous said...

Erk sungguh ke nie??

takziah dude!
Be strong, ur time will come.

Anonymous said...

sori sebab lambat dpt tau. takziah utk ko. byk2 sabar.

dugaan tuhan kat dunia.

Anonymous said...

yan tak ternilai tu aku belum dapat :)

ayobkelubi said...

to all: terima kasih atas ucapan.appreciated it.

cik easy said...

aku kat lumut... ada masa call aku ..kalau aku masih di hat_96...takziah atas pemergian

easy
o19-six six two 3 6 9 zero

ayobkelubi said...

easy : tq.

Anonymous said...

aku paling lewat/lembab/lemau, baru hari ni tau (27 feb 06). takziah don...