[________________ ] <--- masukkan ayat introduksi ikut suka hati kau.aku malas nak mulakan ayat introduksi.
darjah 1 : aku dapat 50 sen.
ikat kat hujung saputangan.jarang dapat bawak balik duit lebih walapun mak aku selalu pesan beringat masa belanja.macam mana nak beringat,kat sekolah aku dulu ada jual sambal kentang macam wedges tu campur dengan ikan bilis.beli 30 sen pastu masuk dalam plastik,picit-picitkan dia kat hujung plastik pastu nyonyot ikut lubang yang dibocorkan.sedap,cam nyonyot sumi jeli manis.belen 20 sen beli air sirap.kenyang beb!.
darjah 2 :aku dapat 60 sen.
sambal kentang masih lagi makanan rutin waktu rehat tapi duit belen kena bagi adik aku yang darjah satu.adik aku kuat makan.duit belanja dia tak cukup jadi aku sebagai seorang abang yang baik selalu bagi duit lebih.selalu togok air paip belakang kantin tempat orang basuh tangan cover duit belen yang sepatutnya beli air sirap.masa tu sambal kentang dah tak boleh beli dengan harga 30 sen.tokei kantin nak cepat kaya :P
darjah 3: aku dapat 80 sen
punca aku dapat kenaikan sebab aku memberontak tak nak pergi sekolah,alasan aku nak beli getah pemadam yang ada huruf-huruf ABC tu.aku kumpul pemadam tu dimana waktu rehat nanti aku dan geng akan lawan jentik-jentik getah pemadam tu.kira cam judi lah ni.
darjah 4-6: aku dapat RM 1
alasan aku untuk dapat kenaikan sebab aku jadi pengawas sekolah.kena jaga standard.masa tu sekolah aku ni terbahagi kepada 2.satu klik dimana kami anak-anak polis dan satu klik lagi anak-anak orang kaya yang duduk area bukit tunku dan sekitarnya.jadi aku rasa tercabar bila seorang anak kaya tu cakap mak dia bagi duit belanja 2 ringgit.masa tu golongan anak-anak polis jadi pengawas tak ramai.cikgu-cikgu pun double standard semacam jek.kalau anak-anak polis buat salah,denda dia bukan main cam lahanat kalau anak-anak orang kaya tu buat salah,tak kena marah pulak.eh,tersasar cerita pulak!.
tingkatan 1: RM 2
waktu ni,aku tak duduk bukit aman lagik.bapak aku kena pindah ulu klang jadi nak pergi sekolah kena naik bas.kira seringgit cover duit tambang bas.seringgit lagi duit makan.selalunya duit makan tu memang aku dapat bawak balik sebab kami pakat-pakat bawak bekal makan bawak pokok ceri depan dewan besar.seronok beb!.
tingkatan 2 : RM 2.50
dapat kenaikan,sebab masa tu bas srijaya naikkan tambang,jadik aku jadikan alasan.walhal tambang aku masih macam dulu juga.tempoh 2.50 untuk aku ni pendek jek sebab lepas tu aku kantoi dengan bapak ponteng sekolah.terus kena potong jadi RM 1!.pergi sekolah dan balik bapak aku jemput.dia tak percaya kat aku!.hahaha.
tingkatan 3 : RM 1.50
akibat peristiwa ponteng sekolah tu,aku mengalami tempoh kemelesatan ekonomi yang teruk,nak-nak masa ni tengah gila layan punk.mana nak cekau duit beli kaset?.selalunya aku dan geng rembat kaset-kaset yang ada kat perpustakaan.kira kaset-kaset cam linguaphone tu kami tukar jadi kaset kompilasi kumpulan punk yang kami suka.
tingkatan 4: RM 3
yahooo!.aku dapat RM 3 sebab aku berjaya mengatasi ramalan mak bapak aku tentang keputusan PMR aku.kalau ikut perkiraan SRP,aku dapat dalam 12 aggregatlah.kira okaylah tapi aku buat silap.aku tak nak pindah sekolah kerana sayangkan kawan-kawan.(yang ni cerita lain nanti) masa ni pun dah belajar merokok.RM 1 masih untuk tambang ( badan aku kecik masa tu,selalu tipu konduktor bas mini 16 yang aku ni tingkatan 1 lagi!).RM 1 untuk makan dan RM 1 untuk buat tong-tong beli DUNHILL 7.
masa ni,aku dah tinggalkan kumpulan punk aku.aku dah terjebak dengan game 20 sen.selalunya main game MACROSS tu dan end up aku selalu balik jalan kaki sebab duit tambang habis kat game.
korang bayangkan aku jalan kaki dari CHOW KIT ke AU3,ULU KLANG.gila tak?.hehehe.
tingkatan 5 : RM 5
masa nie,mak dah tak bagi duit belanja hari-hari,dia bagi segedebuk untuk sebulan,pandai-pandailah aku buat belanjawan.dapat kenaikan sebab aku dah pergi tuisyen.selalunya minggu pertama sahaja aku boleh survive.masuk minggu kedua hingga keempat,aku mampus!.macam mana tak mampus,dapat duit,tanam saham dekat game MACROSS campur duit rokok(masa tu dah upgrade DUNHILL 14) dan masa ni juga aku terjebak dengan kisah ini.nasib baik ada ija dengan tenuk.diaorang berdua nie lah yang selalu cover aku.mereka berdua merupakan kawan baik aku.selalunya kami tong-tong beli maggi ataupun nasi ayam yang sedap kat flat pekeliling dan makan di rumah tenuk.(yang ni cerita lain nanti lagi.)
nak balas jasa mereka.kadang-kadang kerja sekolah mereka aku buatkan.maksudnya,aku buat dulu pastu diaorang tiru.selalunya subjek sejarah.aku suka subjek sejarah kalau subjek matematik,kitaorang bertiga pakat-pakat kerumun fitri.(balik-balikyang ni pun cerita lain nanti!.).
itulah dia.kronologi duit belanja sekolah aku.bila aku tengok anak-anak saudara aku sekarang ni,belanja sekolah memang kasar.sekolah pagi RM 2 untuk darjah 6 campur sekolah agama pula RM 1.
bila aku persoalkan benda ni.alasan paling koman ialah itu duluuuuuuuuuuuu!.
alasan intelektual sikit,barang makan sekarang mahal lah pak busu.
ini bukan sebab barang mahal atau zaman dulu.ini mengenai kebolehan kau belajar hidup survival.
pada hemat akulah sebab tu budak-budak zaman sekarang tak boleh nak survive.mereka terlalu dependable.tak independent macam kita dulu-dulu kan?.
kalau nak beli apa-apa cuma cakap/teriak/meraung/menjerit kat mak bapak then mak bapak akan pergi beli.semuanya main duit.
eh?.macam lari topik pula penutup cerita ni.hahaha!.
p/s : ada orang kata,mak bapak zaman sekarang suka makan sisa makanan anak-anak sebab tu anak-anak tak nak dengar kata.betul ker teori tu?.
info kaki : aku sekolah di SKSHAS (belakang bank negara) dan SEK MEN MAXWELL (budak-budak KL mesti tahu sekolah ni!).
12 comments:
haha.. kelaka kalau ingat balik masa zaman sekolah. Aku penah curi keset meeting sekolah. tapi pelik, setiap kali aku jam dan dubkan, mesti sound dia tak berapa best. Kira macam hancurla... banyak kali aku curi. Betul la mencuri tu berdosa (baru tau? ark!!)
aku dari drjh 1-6 pergi sekolah x bawa duit belanja coz mak aku cikgu kat sekolah yg sama...makan amik je kat kantin nanti makcik tu claim kat mak aku..
sekolah menengah masuk boarding school..tapi x bnyk pun dpt duit belanja..monthly dptlah rm30...tapi tu mmg 100% utk duit belanja. Kalau ada kene beli benda lain aku akan claim kat parents.. MAsuk ITM masa diploma aku dpt rm100 je sebulan...sakit gak anyway since aku dok kolej ok lagilah..furthermore kolej yg aku duduk ada dewan makan & provide food for student..Amik degree definitely kene stay luar..dapatlah 1 bulan RM300 duit sewa rumah ramai2/api air/ bil telefon/ food..1 tahun je merasa..then aku dpt PTPTN..setahun RM7K...duit yuran ITM baper sngtlah kan..mmg sah makcik kayo time tu..dah le after 1 year baru dpt loan so dia kira dari awal aku study..masa memula check account tgk2 ada 10K dlm account...juling makcik kejap...hahhahaha
dah macam entry jek komen ni..
maxwelllll? gerunnnnnn tuuuuuuuuuuuuu kira top jugak la keganasan bebudak kat situ.aku tau aku tau ...
masa form 4/5 saya dpt RM50 sebulan. dgn duit itulah saya jimat kalau nak beli apa2, segan kat abah nak mintak duit lagi. :) kenangan....
zairi : masa tu dah akil baligh ker belum? :P
edryna : ko yg giler duit!.hahaha :P
space : jgn tak tahu.silakan buat entri dikomen box ini!.
mamatinie: mana ko tau?.ko dok asrama dulu-dulu?.mana ko tahu?.hahaha.
tuan tanah : RM 50?.hummm,sungguh survival gitu,baguslah! :D
mak bapak skarang terpaksa makan sisa anak sbb anak dah tak kuat makan atau selera aje lebih, nak pizza, nak kfc tapi makan sikit so dari membazir terpaksalah mak bapak yg abiskan...tu yg mak bapak skarang sihat2 tu..hehheee
Pergh, aku kagum sbb ko boleh mengingat semua barang yg lepas dgn begitu vivid sekali. Syabas, inspektor sahab..
Yg aku tau,aku dpt jimat quite a lot, sbb masa Form 2 agaknya, aku menang hadiah mountain bike dlm pertandingan Tong Garden. Dan duit poket yg paling tinggi pernah aku dpt masa Form 5 ialah lebih kurang RM5 utk seminggu. (ala, dok ngan mak ayah, makan pun free), tp takde le mewah mcm bebudak sekarang...
nina : sbb tu lah bahaya kot?.mak bapak tak sihat,sapa nak jaga anak?.neng?
zack : aku mmg begitu!hahahah.syabas betty!
puteri : ahahaha,adakah bagi duit belanja lebih so buleh rasuah perogol yg nak rogol derang nanti?.hehehe
wei.. ilang akal ke ko nie, jln kaki balik dr chowkit ke keramat,ulu kelang. Nasib ko jln reramai kalo sorg mau ko pitam.... heheehhehehhehehehe
duit singgit masa sekolah rendah.
sekolah rendah lima puluh sen. buat beli kacang dua puluh sen. simpan tiga puluh sen. kalau beli air dua puluh sen, simpan sepuluh sen.
sekolah agama lima puluh sen. bawak bekal. bukan sebab jimat, sebab ikut kawan-kawan. kalau tak de bekal, beli mee kari tiga puluh sen. kalau bawak bekal, lima puluh sen bulat-bulat buat simpan.
itu dulu. suatu masa yang amat dahulu.
xmen : tak ah,aku jalan sesorang ah.
ahsuez : ya itu dulu yang amat duluuuu.
Post a Comment