maka aku menuju ke kota shah alam dengan aku yang baru.
tidak mahu lagi terjebak dengan kerenah acpm yang merungsingkan kepala.
untuk satu tempoh,aku rasa semuanya berjalan lancar dengan apa yang telah ku rancangkan awal-awal.
kawan-kawan baru,persekitaran baru malahan aku lebih seronok di sini.
tiada acpm yang membingitkan kepala dan otak.
aku cuma "go with the flow".
tapi disebabkan ianya cerita cinta yang berepisod bagai.
aku terjebak sekali lagi.
dan kali ini,aku sedar.aku sendiri yang mencari acpm ini kembali.
untuk ini.
aku namakan dia sebagai cik LADY.
asalnya dia merupakan rakan sekelas aku.
aku yang sangat punk rock (dah upgrade sket) ketika itu begitu tidak mengemari dia.
yalah.
dahlah kecik,suara halus,terkenot-kenot lembap nak mampus pula.
asyik ketinggalan sahaja masa kelas.
satu kelas kena tunggu dia untuk proceed ke subjek seterusnya.
macam mana aku tak angin?.
dia selalu jadi mangsa jerkahan aku.
dia selalu jadi mangsa kutukan aku.
ada sekali tu,sampai menangis dia aku jerkah.
mula-mulanya kawan-kawan aku tak ambil port sangat tapi lama kelamaan,
kawan-kawan mula memainkan peranan.
selalu menasihatkan aku agar jangan terlalu berkeras sangat dengan dia.
dah memang lahiriah dia macam tu,ko tak boleh berkasar sangat.
erk?.
perlahan-lahan rasa bersalah menyelinap dalam diri aku.
terlajak perahu boleh diundur.
terlajak kata?.
lalu aku menyusun strategi.
bagaimana aku nak meminta maaf atas semua kesalahan yang aku lakukan?.
mula-mula aku buat stail biasa aku,direct selling approach aku.
alamak.dia jual mahal pula.tak nak terima maaf aku.
aku angin balik.berlagak pula perempuan ni!.
tapi kawan-kawan sekali lagi memainkan peranan.
kalau takleh buat direct freekick,ko buat indirect freekick.
pulak dah!.
lalu aku perlahan-lahan mula rapat dengannya.
belajar bersabar dengannya.
selalu menolongnya kalau dia stuck with something in the class.
walaupun kadang-kadang ada juga dua tiga das kemarahan aku kepada dia tapi aku cepat-cepat cover balik.
mula-mula dia memang jual mahal,tapi lama-kelamaan dia akur.
dia faham aku sedang cuba menebus dosa-dosa aku terhadap dia.
dan kami jadi rapat.
sekali lagi kawan-kawan memainkan peranan.
eh,korang dah baik balik ni.ko takde hati kat dia ker?.
erk?.
sudah.
mula-mula aku cuba menafikan.aku sekadar ingin menebus dosa sahaja,
tapi lama kelamaan,wujud satu perasaan yang susah nak aku fahamkan.
aisehmen,gua ingat gua dah syok dengan dialah geng.
sekali lagi,kawan-kawan memainkan peranan.
menolong aku seberapa daya yang boleh dan pecahnya berita satu kolej.
aku gilakan cik LADY.
dan aku terharu.mereka semua menyokong aku 100%!.
mereka menganggap aku dan dia amat cucuk.
aku sang panas yang akan sentiasa disejukkan oleh dia.
tapi
malangnya
cerita cinta kami tidak kesampaian.
pecahnya berita itu menyebabkan dia tidak boleh menerima itu.
dia tidak boleh menganggap aku lebih dari kawan.
aku ingat lagi,bila aku cuba minta gambar darinya.
dia balas.
dari taruk gambar kita atas meja study awak,baik awak taruk gambar sid vicious tu.
adeh.
malahan,dia mula melarikan diri dari aku dan aku menjadi sang pemburu cinta yang tegar.sentiasa menagih cinta darinya dan hasilnya selalu mengecewakan.
dan aku ingat lagi.
kali pertama aku keluar berdua dengannya di tasik paling glemer di kota shah alam.
aku dan dia duduk disitu,bicara hal-hal jiwa.
dunhill 7 dan 14 ku habiskan dalam tempoh 20 minit sahaja!,belum campur air soya,air tebu,jagung dalam cawan,roti kaya,burger big mac lagi tu.
keputusannya tetap mengecewakan aku.
aku balik dengan harapan yang putus.
kawan-kawan menunggu untuk mendapatkan berita gembira hanya mampu mengeluh sahaja.keras hati betul dia ek?.
dalam aku mengalami kekecewaan kerana cinta ku untuk pertama kali di tolak.
aku dikejutkan dengan berita aku terpilih untuk melanjutkan pelajaran ke negara orang!.
sedikit sebanyak kekecewaan aku dipulihkan semula.
aku kembali sibuk membuat persediaan tapi dalam waktu yang sama aku masih mencuba mencari kepastian darinya.
jawapannya masih tergantung.
kawan-kawan naik bingung.
kadang-kadang lihat aku dan dia seperti pasangan bahagia.
kadang-kadang lihat aku ke timur,dia ke barat.
kemuncaknya.
sebelum aku berlepas.
kawan-kawan semua hadir menghantar ku untuk kali terakhir.tapi dia tidak datang.
aku sungguh-sungguh kecewa.
aku ingat lagi.
bila ernie datang berjumpa aku.
dan memberi aku sekeping surat darinya dengan sebuah buku cerita cinta.
aku ingat masih ingat lagi tajuk buku itu : CINTA ABADI.
aku sedih.
aku tidak pasti adakah aku akan menemuinya lagi?.
kawan-kawan menyokong aku supaya aku jangan berhenti berharap.
tapi untuk diri aku sendiri.aku kecewa.
sungguh-sungguh kecewa lebih teruk dari kisah cinta terdahulu.
kerana aku lebih mengerti betapa peritnya bila cinta di tolak.
suratnya aku baca dalam perjalanan.
dan aku sungguh-sungguh mengerti kenapa dia menolak cinta ku.
biarlah rahsia surat itu menjadi rahsia kami berdua sahaja ok?.
tapi masa tu jauh di lubuk hati aku.
aku tetap terus berharap dengan cintanya.
di sana pun,aku masih menjadi penunggu setia.
surat-suratnya aku tunggu.
lama-kelamaan tiada lagi surat darinya.
aku kecewa lagi.
kecewa aku sampai tahap seminggu tak mandi,seminggu makan apa sahaja yang ada.seminggu tak bersosial.seminggu tak main PS.semuanya seminggulah!.
hinggalah pada satu peristiwa.
pecahnya berita dia beroleh gading bertuah.
aku terkejut sangat dan
aku hampir kehilangan nyawa.
senipis itu pendiriannya terhadap aku?.
mujur ada kawan yang menyelamatkan aku.
terima kasih long!.
aku nekad.
tidak mahu menagih cinta darinya.
aku tulis surat kepadanya meminta dia lupakan aku terus.
biarkan aku bahagia bersama kawan-kawan di sini.
dan dia terus hilang dari kotak ingatan dan hati aku untuk selamanya.
fuh.panjang pula kali ni ek?.
takpe.tinggal satu lagi episod pastu takde dah.
so?.
tunggulah! (kalau nak tunggu).
10 comments:
...
waiting
...
*jangan bikin cherita kelakar atau suspen thriller dah lah..
aku nak tunggu final story nie.. pastu settle semua.. har har har..
cam citer lord of the ring lak.. tapi lord of the ring 3 episod jer.. nie sampai 4 episod lak
cam citer dongeng omputih.. final nyer.. mesti "happily ever after"...
ahsuez : serius.takde lawak or suspen mahupun thriller.
long : hek elek,lord of the ring apa.chronicle of narnialah.
wahhhh, mesti yg last happy ending. hiskk, letih ek kechiwa nih? :(
muna : expect the unexpected, huahuahauhauahua
alahai...
Perlukah aku panggi ko JR?
Nope.. bukan JR ewing cam dlm siri dallas tu.
Tapi JR yg satu lagi tu...
tak tahu?
Jejaka Reject! muahahahaha!
heh heh
Nasib baik lu panggil minah tu Cik LADY. Kalau KAK LADY... Nak mampus? Hubby dia garang tau...
Sambung yob. Sambung.
hawau ko mat.
hahaha.
sib baik ko org melaka.
yelah,aku tgh susun ayat.
next (episode) please!
(ala2 minat kaunter pulak) :)
apa2 pun tahniah... sbb kepayahan kau menyebabkan kau bersemangat dan berjaya ke oversea :)
tuan tanah : terima kasih.rezeki tuhan bagi.terima jeklah yer dak?
lip, citer kau lebih sedih dari kassim selamat punya citer...
kassim selamat tuko nama sebab kekeciwaan dia ngan sabariah mansor, tuko nama osman jailani..
kau nak tuko nama apa lip.. ?
aku nak kau abisskan citer acpm nie.. cepat... tak sabo aku..
Post a Comment