dan aku ke kota seremban.
ada dua sebab kenapa aku membawa diri ke kota seremban.
pertama : kerana kekecewaan aku kepada cik SHE
kedua : kerana aku tidak berpuas hati kepada PDRM ketika itu yang menukarkan bapa aku ke melaka.
sungguh-sungguh aku kecewa.
kehidupan aku di kota seremban ketika itu memang tunggang-langgang.duit gaji yang diterima banyak dihabiskan di kedai game ataupun kedai snooker.kadang-kadang di wayang atau pusat bowling.
malam selalu dihabiskan dengan menjadi penghuni setia terminal one.mengusik anak-anak tak dara berkeliaran mencari mangsa.kadang-kadang berkelahi dengan muda-muda melayu mabuk mencari mangsa.
aku selalu ditemani oleh pian.sahabat baik aku ketika itu.apa cerita dia sekarang,aku tak tahu.
dalam tempoh aku berpantang tidak akan jatuh cinta lagi (konon!) maka dia datang lagi.
dan aku namakan dia cik HER.
aku masih lagi ingat hari itu.
pertama kali aku terpandang wajahnya.
habis hancur berderai kaca yang sedang aku ukir.
pertama kali dia menjejak kaki ke pejabat pakcik aku kerana menemani kakaknya yang berkerja di situ.
aku hanya mampu memandang tanpa berkelip pun.
gulp!.
seperti biasa naluri jantan (eh,lelaki lah!) aku pun memberontak untuk melanggar janji ku pada diri sendiri.
maka
proses men"yubmitt" borang di jalankan dengan menggunakan kakaknya.
takde halangan dari kakaknya.
dan aku pun meneruskan perjuangan aku.
dan aku ingat lagi.
hari aku mengajaknya bercinta.ala,budak-budak zaman sekarang panggil declare tu!.
ketika itu aku dan dia berjalan kaki menuju ke terminal one menghantar dia pulang ke jelebu.
"saya betul-betul suka awak,saya nak ajak awak bercinta dengan saya,sudi tak?".
dan dia hanya mengangguk sambil tersenyum.
dan aku menjerit kegembiraan di situ juga!.
dan selebihnya sejarah seperti pasangan bercinta yang lain.
semuanya kembali bersinar.
hidup aku kembali teratur.
no more video games.
no more snooker.
sometimes wayang with her.
sometimes bowling with her.
dan aku pertama kali.
belajar bertandang ke rumah bakal mertua.kononnya!.
bagai nak pecah jantung aku bila bersalam dengan bapaknya.
yalah,masa tu memang selekeh habis.
rock tak ingat punya.
dia dahlah best student kat sekolahnya masa tu
sedangkan aku?.lepasan SPM yang masih mengagau mencari tempat.
dah namanya cerita cinta sedih.
maka badai pun melanda.
aku dapat kesan bila kakanya mula tidak rapat dengan aku.
sentiasa melarikan diri.
dan dia pun tidak mahu lagi bercakap dengan aku seperti biasa.
aku pelik.
apahal lak ni?.
dan pian menjadi perisik tak berlesen untuk aku.
kebenaran terserlah.
rupa-rupanya kakaknya sendiri menjadi duri dalam daging.
kakanya yang menamatkan noktah cinta kami.
fikirnya,adik dia tidak sesuai dengan aku.
dia lulusan SPM 9A1.sedangkan aku masih mengagau mencari tempat.
aku dilihat tidak punya masa depan.
dan yang paling sedih.dia juga termakan dengan racun berbisa itu.
aku ingat lagi.
tapi
kali tidak ada lagi kekecewaan untuk aku.
aku seolah-olah merasakan bahawa takdir telah tertulis bagi aku untuk tidak boleh bercinta lagi.
dan aku redha dengan takdir itu.
hari terakhir kami bercakap
dia meminta putus.
dan aku hanya membalas dengan "ok" sahaja.
dan bertanyakan adakah aku sedih dan akan menangis?.
aku balas.
bukan aku yang meminta ini semua.
kau yang minta.mengapa aku perlu bersedih sedangkan kau mampu tersenyum gembira?
dan talian putus.
kerana tidak mahu kota seremban mengejek aku lagi.
aku nekad kembali ke melaka.
nekad untuk melangkah kaki ke sekolah kembali.
tingkatan enam.
dah rezeki aku agaknya.
aku dapat panggilan di kota shah alam.
kali ini aku sekali lagi menabur janji pada diri sendiri.
di kota shah alam.
aku tidak akan lagi mahu mengucapkan acpm ini.aku mahu buktikan pada mereka-mereka yang selalu memandangaku sebelah mata.aku tidaklah terlalu gelap untuk masa depan aku!.
aku bergerak ke kota shah alam.
dah namanya cerita cinta sedih yang banyak episod.
nantikan episod IIInya pula nanti ya!.
11 comments:
bagus. sudah ada episod dua.
errr...aku harap ianya hepi ending.
tak sabar tul aku nak tunggu citer episod 3 nie..
banyak tu.. citer nyer.. hehehehe
Waduh, ada sequel pulak.
Kisah cinta kau ni, takde special effects ke? Mcm light saber ke, kapal angkasa ke, resaksa kepala tiga ke...
Aisey, itu kisah cinta aku la..
hahahahha, aku sukala cter ko nih ayob, sedih2 pun aku suka gaks, auccchh
banyak episod lah pulak lip.. macam Sembilu kat tv2 tu pulaks..-ummie-
tak perlu akhir yang indah, yang penting kepuasan dapat membuktikan MEREKA salah!
Bestest!
tragis jugak kisah cintan kau ye lip.. huuuuuuu (lap ayaq mata)
tuan tanah : mintak2 lah happy ending ek?
long : ko memang!.
zack : aku ingat last episod nanti ader ler sket kot.hari tu george lucas dah call aku.
muna : nah,amik tisu dari aku.
ummie : ni bukan sembilu ler,nie sembelit
jigo : hari nie sudah terbukti mereka salah!.hahahaha
mamatinie : nah,amik tisu dari aku gak.share ngan muna ek?.
layan yobb... layan...
Ni suda kes antara 2 darjat...
Zass!
usop selam tak leh lwn cite kau. next pls.
emm .. sedih tul .. emm.. sad but true .. reality hidup ..
Tapi apa2 pun .. ko xnak tambah citer pasal life ko ngan aku ???
Hihih .. nanti kan sequelnya ..
Hanya ko dan aku tau...
*** DEFIDA ***
:)
Post a Comment