Sunday, November 20, 2005

acpm : episod I (bukan selamanya)

aku bukan hendak memberitahu aku ini hebat tapi cuma berkongsi cerita yang tak seberapa ini.sekadar membuka memori lama untuk dijadikan bahan cerita.

ikutkan sejarah hidup aku.awalnya aku membenci kaum berlawanan jenis aku nie.bagi aku mereka ni terlalu menyusahkan aku.aku rimas.aku siap jadi pelobi paling kuat mengutuk kawan-kawan yang tertarik dengan kaum hawa ini.sampaikan mereka syak aku nie adalah seed of gay society!.hahaha.

kemudian

aku namakan dia cik SHE

dia adalah cinta pertama aku.aku pun tak sangka,dia boleh jatuh cinta pada aku.ya,dia jatuh cinta pada aku!.bukan aku yang jatuh cinta pada dia.awalnya aku jadi adjuster untuk kawan aku.end up,dia syok kat aku.

aku ingat ayat aku ialah "saya tak hensem,gigi terabur"

dan dia jawap "saya memang suka tengok gigi terabur awak tu,asyik!".

hek eleh.

dan kami menjadi sungguh bahagia.

dia selalu memotivasikan aku.motivasikan aku yang pada waktu itu terlalu malas untuk memikirkan masa depan.aku masa tu terlalu taksub dengan hiburan palsu yang dihidangkan oleh kota kuala lumpur.

akhirnya,memang hendak dijadikan satu cerita klasik.emaknya membenci aku.aku hanya anak seorang polis yang dilihat sebagai tidak mempunyai masa depan.

aku ingat lagi.

hari terakhir memakai baju putih berlencana itu dengan mengenggam keputusan yang memeranjatkan semua orang.

aku tunggu dia dari pukul 1 petang hingga ke 6 petang di bus stop tempat kami selalu berjumpa untuk berkongsi kegembiraan tapi dia tidak datang.

risik-risik dari kawannya,aku dapat tahu.dia jatuh sakit.di bawa ke hospital dan emaknya tidak benarkan dia menelefon aku.

aku paham.aku mengerti.

kali terakhir aku bercakap dengannya.

dia menangis semahunya dan meminta maaf atas segalanya.

dan mengeluarkan kata-kata "apa yang kita selalu inginkan itulah selalunya kita tidak akan dapat".

diiringi ucapan yang bahawa dia akan ditunangkan dengan sepupunya,tukang masak di hotel station.

dan dia hilang dari hati aku.selamanya.

saat itu,aku mula mengerti saat kehilangan.
mengerti apa yang dimaksudkan dengan kecewa.
mengerti apa yang dimaksudkan dengan patah hati.

terlalu kecewa dengan kehilangan itu.

aku meminta izin kedua orang tua ku untuk merantau.

wah,ni dah macam azroy!.bapak ku mengusik.sabar jeklah aku.

aku membawa diri ke kota seremban.tinggal dan berkerja bersama pakcik pian aku.

dan aku tak sangka,kota seremban akan membuat aku mengucapkan kata acpm ini kembali.

ya,acpm --- aku cinta pada mu.

tunggu kisahnya di episod II.

p/s : aku akan ke osaka,kyoto,nagoya dan hiroshima mencari ilham untuk siri acpm ini.jadi bersabarlah!.

11 comments:

tuan tanah said...

Iskkk... bersambung pulak dah?

Unknown said...

hmmm...

Zack said...

Waduh...
Guane post mung sejak kebelakangan ini ada berbau cinta dan bernada sedih ?

Takpelah Yob, kita serupa. Aku pun pernah benci semua lelaki, dan motto aku masa tu- All Men Are Bas***ds !

Tapi

Sekarang pun mcm ada sikit la...

Anonymous said...

Ini cherita buleh bikin felem!

Anonymous said...

ouchh, touching, syahdu, asyik, i like (sengeh lebar)

Anonymous said...

wa boleh tahan best citer nih

Bukan Sepet said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...

'wah,ni dah macam azroy!.bapak ku mengusik.sabar jeklah aku' <--- muahaha!

Bukan Sepet said...

pergh! skali macam pilem hindustan da! cuma kurang dusyum dusyum aja!

heh heh!

eh.. episod ko guling guling kat tepi pokok bunga puding sebelah padang bola tu sambil salin menyalin baju, bernyanyi nyanyian ala saripah aini dan broery marantika "seiring dan sejalan" dan beraksi ala ala beromen ...

tak nak citer ker? haha!

lyan yob. layaaaan...

sinaganaga said...

Kyoto? Ermmm... Kau. Akan merinduinya. Apabila pulang. Ke Semenanjung Tanah Melayu semula. Nanti.

Percayalah!

Kumprinx said...

pehh..