Friday, April 08, 2005

sungai itu sejuk!.

petang tu.

lepas tamat majlis konvokesyen.lepas tamat jerih payah campur suka duka dan senang-lenang selama tiga tahun.semuanya suka walaupun kami sedih kerana ada yang tidak berjaya.

sungai di belakang hostel memang telah lama aku tahu.memang aku geram dengan sungai tu sejak aku tiba disitu.sejuk dan menyenangkan.indah sungguh!.

kali pertama aku pergi,aku tak buat apa-apa.hanya tengok geng balah the pres memancing.memancing anak-anak ikan sambil melihat anak-anak orang putih bermain disitu.
aku berazam nak kembali di sungai itu kembali.

akhirnya.

petang itu.lepas konvo,aku memberi idea.

"jom piknik kat sungai belakang spar tu nak?."

responnya baik sungguh!.

aku,along,linda,geng ebbw enam (ikin,cidot dan yani),awie bakhtiar,azrin itik,sojar dan taty.

berdondon kami turun ikut bukit belakang hostel merentasi spar dan padang bola.
kami bawak sedikit makanan sebab tujuan asal ialah untuk mandi sungai tu!.

yahoooo!.dendam aku terbalas.aku dapat mandi puas-puas walaupun sejuk.gila betul.masa tu memang gila.orang tempatan tengok dengan mata tak berkelip-kelip.gila apa budak-budak ni?.buang tebiat?.

kebetulan di hujung sungai sana ada macam satu pelantar.kami dari hujung batu besar berenang ke arah sana.taty bagitau tengah-tengah tu dalam sikit.aku tak peduli!.

gedebush!.aku terjun.

yang aku ingat lepas tu ialah aku perlahan-lahan tenggelam.aku tak panik.cuma pelik.kenapa aku tenggelam makin kebawah.adeh!.aku lemas rupanya!.

aku cuba naik ke atas tapi ada orang pijak kepala aku makin ke bawah.ah,sudah!.

lepas tu.sedar-sedar aku ada kat pelantar tepi tu.termengah-mengah.taty dan awie bakhtiar tengah tarik aku ke atas.

rupa-rupanya,masa tu sojar yang lemas dulu.kebetulan aku ada di tepi dia.dia tarik aku untuk tolak diri dia ke atas,sudahnya aku yang tenggelam!.taty cuba tarik aku ke atas tapi tak berjaya sebab masa tu aku dah mula menggelupur macam dugong baru belajar berenang.awie bakhtiar dari atas batu tu terus terjun ke arah aku dan tarik aku bila tengok taty tak berjaya nak buat.

itu cerita taty kepada aku.

awie bakhtiar hero of the day!.

sudahnya.aku trauma.duduk aku atas pelantar tu sambil tengok diaorang mandi-manda.mengigil badan aku.

nasib.kalau tak,mak aku dapat tengok mayat aku jek turun dari kapal terbang!.

malam tu.

badan aku mengigil.along dan adah panik.last-last bawak aku ke hospital.aku tak ingat apa doktor cakap tapi balik hospital,aku sihat dah!.diaorang semua hangin satu badan.ingatkan betul-betul nak mati tapi attention seeker!.hahaha.

cerita aku lemas terus tersebar dengan pantas.bukan simpati tapi kutukan yang aku dapat!.malaun todi betul budak-budak ni!.hehehe.itu jadi salah satu memori yang mereka akan simpan betul-betul.

itulah.sungai tu.kalau aku pergi sana balik.konpom aku nak jerit kat sungai tu.

oiiiii sungai,ko ingat aku lagik tak?.

geng.mandi sungai jom?.

No comments: