Thursday, April 07, 2005

what does lifes mean?

hari ini.

aku rasa macam hendak berpatah balik pada tujuh tahun lepas.aku nak kembali kepada masa tujuh tahun lepas.tujuh tahun lepas yang aku suka sangat.tujuh tahun lepas yang aku paling ingat dalam sejarah aku hidup di muka bumi ini.

aku nak abadikan tempat aku tujuh tahun lepas di sana sebagai satu "never-never land" untuk aku dan mereka-mereka yang pernah bersama aku.

kalau boleh.

aku nak masa duduk bersama aku,tidak mengubah haluan walau sedetik pun supaya aku terus kekal bersama mereka-mereka disana.

kami akan bina satu kehidupan.kami akan bina satu impian bersama-sama di "never-never land" kami.kami akan terus menjalani kehidupan dengan cara kami sendiri.

lupakan.

lupakan "never-never land".

lupakan keabadian kehidupan.

kerana hidup terus menjadi satu tanggunjawab.hidup terus menjadi satu perjalanan yang masih panjang.hujungnya masih belum lagi boleh terungkai dengan jawapan.

hidup mesti terus --- klise giler ayat nie kan?.

kau.

yerlah,kau lah!.toleh belakang buat apa?.

macam mana dengan kau dah hidup kau?.tinggalkan kat komen atas bawah tu.

1 comment:

Unknown said...

kalau kita pulang balik ke belakang, dan pilih yang lain dari yang pernah kita pilih dedulu..

samada kita akan tidak jadik apa yang kita sekarang,

ataupun kita masih tetap sama macam sekarang.

sebab, apa yang tetap jadik.. tetap akan jadik jugak.

setuju?