Thursday, March 31, 2005

up to the hill,through the fog

humph.

hati dia berdesis lagi.

hari semakin kelam.sang suria tidak lagi menunjukkan cahaya garangnya.

perutnya berbunyi,berirama lagu senandung minta di isi.

humph.

dari bawah,kedengaran suara-suara yang bising,seolah-olah hendak berebutkan dunia ini.
mana pergi kemanusiaan?.fikirnya lagi.

wajahnya kelat.

semakin kelat.untuk apa harus ditunggu lagi ini semua?.

saat ini,kalau boleh,dia idamkan paul therox sebagai teman untuk berbicara ataupun timur waja sebagai teman berkongsi kuasa.mana mungkin dia duduk berseorangan begini lagi?.

kabus kelihatan memanjat tinggi terus menujuk ke puncak bukit dihujung sana,di daerah yang tidak diketahui namanya.

kelam.

semakin kelam.

sudahlah!.

dia bosan.jemu ataupun getting tired kata penjajah tanah airnya dulu.dia tahu dia tidak sebijak dulu.dirinya semakin kosong.sentiasa terisi dengan hal-hal yang tidak sepatutnya.temboloknya diisi dengan ruji-ruji yang tidak sepatutnya.mana mungkin lagi ini semua terus-terusan berlaku lagi?.

rintis-rintis sang air semakin mencurahkan segalanya.

bertindaklah sekarang.

cahaya dipadamkan.angin diberhentikan.dia menoleh ke belakang untuk kali terakhir pada hari itu.

hujan pun hujanlah.janji aku boleh balik!.

redahnya perlahan,meluncur sepi menuju ke daerah yang dirinduinya.

Monday, March 28, 2005

@#$%^&*()!!!

"don,kalau boleh pc aku nak ler dua hard disk dengan ram 512 sekali ek?".

"kawe punye pc kalau boleh dok boleh pase thumbdrive masuk dale tu sekali ek?".

"ni hard disk kalau nak tambah dia jadi lagi beso boleh tak?"

"bila boleh siap ek?"

"kalau boleh nak hari nie lah,petang nie ker".

"akak punyo pc apo lak tak elok tibo-tibo nie jang,buek copek,jahanam lak".

abah korang lah.ingat aku bukak kedai komputer ker?.

satu-satulah bikin!.

kok kalau aku ada 8 ker.ok gak cakap macam tu.

aku ingat aku nak jadi student balik ah.

senang.

boleh?.

Wednesday, March 23, 2005

365 hari mencari huruf

jadon : ya berjumpa kembali dengan saya yang riak dan sombong lagi macho dalam
rancangan 60 saat bersama bongok bloggerok (blogger yang rock).

ayokelubi : hai mak,ayah,kawan-kawan,eh ni tengah live ke siaran rakaman jek?

jadon : oi mangkuk,aku belum habis cakap lagik ko dah menyampuk kenapa?.ya bersama saya kali ini ialah saudara ayobkelubi iaitu ketua juruteknik untuk blog ayobkelubi.

ayobkelubi : hai mak,ayah,kawan-kawan,eh ni tengah live ke siaran rakaman jek? roccckinnnnggggg!!!.(sambil jelir lidah macam KISS).

jadon : suka hati ko lah,baiklah para pembaca sekalian.tujuan kita menjemput saudara ayob ini ialah untuk memperkatakan tentang pengalamannya bekerja selama 365 hari dalam blog ayobkelubi ini.

ayobkelubi : ya,saya telah mula berkerja secara rasmi pada 23hb mac tahun lepas tapi masa tu saya masih takde permit yang sah lagik.kira masuk dalam negara pakai mesin fax jek.skang ni saya dah sah.dah ada legal paper bak orang putih kata.

jadon : baiklah,kira kerja-kerja ko yang pertama dalam blog ini apa ek?.

ayobkelubi : o0o0o0o0o0o,banyakkkkkkkkkkkk,menyapu,mengemop,buat air nescafe untuk bos,masuk meeting tapi yang paling best ialah tukang tulis alasan-alasan atau cerita sedih pihak pengurusan kat dalam bloglah!.seronok,tengok orang lain baca cerita-cerita yang aku tulis!.

jadon : dipahamkan blog pertama bukanlah berada pada kedudukan sekarang ni?.ko paham tak apa aku cuba tanya nie?.

ayobkelubi : mangkuklah si penemuramah ni,mestilah aku paham.saya tahu dunia ini indah,macam-macam ada kat luar sana..errr betul ker aku jawap nie?.

jadon : itulah ko!.aku tanya blog nie sebelum ni memang ada kat blog ni ker?.

ayobkelubi : o0o0o0o0,tak tak,kanda main import export sahaja.hehehe..gurau senda dipagi raya kejap.sebelum ini blog ini berada di kawasan jajahan tripod yang amat sempit lagi ketat untuk diuruskan.jadi pihak pentadbiran telah ambil langkah panjang dan drastik lagi spastik untuk memindahkan ia ke blogspot ini.

jadon : baik-baik,perasaan ko mula-mula masuk kerja kat tempat ni pulak camner?.berbaur-baur ke?.berterabur ker?.berirama senandung semalam ker?.ber....

ayobkelubi : eeeeeeeii,berapa banyak ber dah ko nak pakai?.baiklah.perasaan tu kira macam takde perasaan sangatlah.yelah.kita makan gaji.kenalah ikut pihak pengurusan apa yang diorang nak.kalau diaorang hari tu nak makan mcD,kenalah pergi runner beli mcD.kang kalau beli sate kajang kena buang kejer lak!.ko paham tak?.

jadon : ikut kat ko lah.soalan seterusnya pula,apa yang menyebabkan ko nak berkerja dengan blog ayobkelubi ni?.maksud aku,ada sesiapa dibelakang ko yang membuatkan ko tergerak nak berkerja disini?.

ayobkelubi : ada orang belakang aku ker?.mana dia?.tak nampak pun?.hahahaha.kena,satu kosong!.ok,serius sebenarnya ada sekali tu aku tengah surfing the net,aku tercome across site ni http://honeybiru.org ,jadi aku pun macam terujalah nak tengok apakejadah benda alah tu,lepas tu aku pun pergi buat survey kat sini http://maxolon.tripod.com ,alih-alih sedar-sedar aku dah mintak kejer kat blog ni.lepas tu bak kata orang putih lagik,the rest is history,belen-belen is sejarah.gitulah.

jadon : o0o0o0o00.dipahamkan,selepas ko berkerja dengan dengan blog ini,orang macam dah kenal ko ke ko yang perasan lebih?.

ayobkelubi :wah-wah sedap gusi dan langit-langit jek sound aku perasan!.siku nak?.perasan mak san,yang aku tahu sejak aku kejer dalam blog ni.aku telah ramai jumpa mereka-mereka yang sama level ngan aku.ada jugak yang tinggi level dia dari aku.semuanya dapat menerima aku seadanya.kitaorang ada persatuan tau!.

jadon : persatuan?.maksud ko persatuan juru-juru teknik blog?.

ayobkelubi : bukanlah hawau!.kira persatuan ni macam menyatukan kami yang bekerja di dunia korporal eh silap korporat bloglah.kalau ko nak,ko pun leh join gak,takde bayau apa-apa pun cuma bila datang kemaruk nak berpesta tu,adalah buat collection sikit.ko boleh rujuk kat http://jurnal.biz .ini halaman asmara rasmi persatuan tu ler.

jadon : ko mesti boringkan kalau hari-hari kerja kat blog ni?.jadik,selalunya ko lepak mana kalau time lunch ker,ngulor ker?.

ayobkelubi : eleh,macamlah dia tak pernah ngulor.ok,selalunya aku lepak kat banyak tempat.maklumlah orang terkenal ni payah sikit nak lari dari peminat.hehehe.selalunya aku suka lepak kat opis mamat kembara ni:http://fikirandalamkembara.blogdrive.com,mamat truttt truttt ni :http://irwandy.com ,minah senget ni :http://delima.blogdrive.com dan ramai lagilah.

jadon : leh tahan gak ko nie eh?.

ayobkelubi : tengok bulu kaki ler brader oiii!.itu port lepak,kalau urusan-urusan rasmi untuk blog ni,aku selalu deal dengan mereka ini,blog ni untuk dapatkan bekalan anggur fresh : http://kroni.biz/jj,yang ini untuk dapatkan mood kerja dan pandangan ahli akademik yang biol tahap cipan beranak lapan :http://tokrimau.tk manakala yang ini nak tahu peratusan ketebalan salji ada ke tak kat blog dia : http://joeperantau.blogspot.com tapi berurusan dengan blog ini paling gerek ah aku cakap ko,rasa macam ko tengah tengok kabel tv jek! : http://nizamzakaria.blogspot.com.

jadon : fuh,hebat betul ko ek?.aku ingat cacai biasa jek.

ayobkelubi : lahanat betul,ader ke aku ni cacai jek?.weeiii,aku pun amik SPM lah!.

jadon : ok,penerbit kata masa dah time,soalan terakhir,apakah harapan ko terhadap blog ni dan harapan ko sendiri.

ayobkelubi : jap,aku ada tulis skrip untuk soalan tu.(carik dalam poket,celah helmet,).jumpa dah!.harapan abang untuk mak dan ayah..eh ni skrip mintak maaf raya aku!.hehehe.

jadon : hentam sajalah mangkuk!.

ayobkelubi : jap,ada tadik aku tulis masa berak dalam toilet,wangi ek toilet ko?.ni hah,kat celah rambut aku rupanya.ok,harapan aku ialah semoga blog ini akan terus bertahan dengan jayanya,jangan hot-hot chicken shit jek,nanti aku nak makan apa weh? serta kepada pihak pengurusan naikkanlah gaji saya dan tukarlah sikit persekitaran blog ni.cam tak best jek aku rasa.itu sahaja.

jadon : itu saja?.ok terima kasih ayob kerana sudi membuangkan masa anda untuk pihak kami.saya akhiri dengan ucapan semoga cik ayob dan blog ini akan terus maju jaya.selamat menyambut ulang tahun yang pertama untuk anda dan warga blog ayobkelubi!.

ayobkelubi : hek eleh,dah tahu buang masa,bagilah makan-makan ker,minum ker.kedekut taik hanyut betullah company ko ni.

jadon : yalah,yalah kang aku bagilah ko makan!.penerbiittttttt,tengok ni dia pulas tengkuk aku!.arrgghhh tolong!!.

p/s: dah setahun beb gua mem"blog"lan diri!.yay!

Monday, March 21, 2005

cobak jangan tak cobak


aishah:yang sulung belah keluarga aku.



anis adila: belah kak lang sweetheart aku.
Posted by Hello





Friday, March 18, 2005

SSDD dan mencari

entah.

hari rasa macam entah.

sukar untuk diklasifikasikan.

hari yang aku rasa sukar sekali.

aku tak boleh nak tentukan hala tuju ataupun rekabentuk hari ini.
aku tak boleh nak tentukan discount ataupun megasale hari ini.

tidak.

tidak boleh mengeluh tapi itulah dia

SSDD.itu sahaja aku boleh cakap.

+++

SHUKHAIRMAN B MD ZAIN ---- pulanglah.rakan-rakan seronggeng,sekepala,sebantal dan segala sesetan merinduimu sangat.jangan kecewa dengan hidup.angkatlah telefon bila berbunyi.

pasti ada sinar yang sedang menanti mu.

oohhhhhhhhhhhhhh!!!.

Thursday, March 17, 2005

pelantar ego

ketuk microphone

"tuk,tuk,testing mike,mike check one two".

ok.system set to go.

action!.

orait then,first of all.let me ask all of you.ever watched the NUTTY PROFESSOR?.

you watched it but don't like it?.

as i would care then mate!.

in that movie,the massive=huge=big=oh my gosh!=what a rounder! fat professor had his own version of alter ego.the very bad,arrogant alter ego named BUDDY LOVE.

get the picture?.

yes,it is me.

JADON.

make sure the name are well kept in all of you mindless head!.hahahaha.

the useless AYOBKELUBI are not in town today.i am taking over this crap of him.just want to steal the limelight of his or does he ever had those limelight?.

hold on.

who the heck am i?

i am "BUDDY LOVE" of AYOBKELUBI.

muahahahaha.

do not afraid of me.just be aware of me.

hold on again.

what the heck am i doing in this blog?.

nothing.just want to see why did the useless ayob of nothing so crazed about blogging.what so great having your own blog?.

say what?.

blog is the place for you to spit it all?.the whinning,complaining and others negative -ing that you can imagine?.

oh bugger!.

no wonder that kid (the moron ayob) so fanatic about blog.he is one sure loser you all ought to know yah!.

ops,did i hear someone say that i'm crazy?.

wait until you hear this.

i would never,again never let the moron ayob whining or any others negative -ing his blog!.as if i'm taking care of this blog.i will make sure ayob will write down something more nice.something more bubbly? or something more fishyyyyyyyyyyyyyyyyyyy and smellyyyyyyyyyyyyyy.

muahahahaha.

speak nice people said.yep,i will speak nice later.when i got the total control of ayob's body and soul.i'm halfway through it.

well.

that's all folks.

later.

jadon out.

"oiiiii,tutup balik PA sistem tu!!!!".

Wednesday, March 16, 2005

bila kau merenung jauh

aku percaya.

semasa dalam proses menulis untuk di hantarkan kepada "post hari ini" dalam blog masing-masing.korang pasti akan mencari sebarang idea atau ilham untuk dijadikan rencah cerita korang.

idea atau ilham itu kadang-kadang datang tanpa diundang.kadang-kadang diundang tapi tak kunjung tiba.kadang-kadang datang dengan pelbagai lenggok dan lenggang menyebabkan cerita hari itu menjadi agak meraban.

pengaruh-pengaruh di sekeliling korang selalunya akan menjadi modal untuk memulakan cerita untuk hari itu.masalah,kegembiraan,terujaan,ke"JIWA KENTAL"an,ke"LANTIT"an --- ini semua menjadi rencah untuk cerita hari itu.

pelbagai bentuk cerita hari itu dikeluarkan.bentuk lab report, meeting report,questionnaires,survey songsang,ulasan filem,ulasan buku,ulasan seni dan juga luahan jiwang karat makan tanah.

bentuk- bentuk "post hari ini" itu akan mempengaruhi pembaca-pembaca korang untuk membentuk mood mereka hari itu.mungkin ada yang tersentuh,tersakit hati,tergembira,tersedih,terinsaf mahupun terpengsan ataupun tercirit-birit.

pokoknya,harus ditebang.

silap,pokoknya,semasa proses menghasilkan cerita hari itu.

apa yang membuatkan korang rasa nak menulis?.apakah sumber inspirasi korang semasa menulis?.

sebagai contoh,kalau aku lah.bila mana aku terpandang si "MAY MAY" aku,akan menyebabkan aku bersemangat untuk menulis kerana "MAY MAY" aku lah yang memberi aku inspirasi untuk menulis pada hari itu.

dapat tak semua orang?.

saya akan beri tugasan kepada anda semua sebelum mengakhiri kelas motivasi dan mentaliti kita hari ini. apakah sumber inspirasi anda?.sila tinggalkan dalam komen dibawah atau diatas.terima kasih.kelas boleh bersurai.jumpa lagik besok.

Monday, March 14, 2005

tayangan wajib : langsuir lorong wak zam

disclaimer : tajuk pontianak terpaksa ditukar kerana pihak potong-potong berpendapat ianya adalah satu agenda jahat untuk merosakkan filem melayu!.

lorong itu memang gelap.sangat-sangat gelap.walaupun dekat dengan jalan besar keluar dari kg delek tapi lorong tu memang gelap sangat.

lampu jalan hanya berupaya menerangi jalan masuk ke lorong itu.selebihnya gelap hingga keluar ke kedai keling dihujung lorong. (sila baca nada e taling).

lorong itulah tempat kami selalu berkumpul selepas maghrib.aku,jon,medot,cawak dan sekali-sekala edi anak wak leh.

lorong itu tempat kami buat kerja terkutuk.kerja yang boleh membuatkan ibu bapa kami mengamuk sakan kalau mereka dapat tahu.kami hisap rokok dekat lorong itu selepas balik sembahyang maghrib.

sebelum itu dah banyak cerita mengenai lorong wak zam tu.port kami hisap rokok tu berdekatan dengan sebuah rumah usang yang diduduki seorang nenek.kami tak pernah kenal nenek itu.kami tak pernah nampak nenek itu.yang kami tahu rumah usang itu memang ada penghuninya.

biasanya bila cerita-cerita macam tu org takut nak lalu lorong itu selepas maghrib tapi kami hati keras,kononnya!.kerana disitulah sahaja port paling clear nak hisap rokok.tempat lain terlalu bahaya.semua org kampung kenal sapa mahmud atuk kami.nanti kena report,naya!.

satu hari tu,seperti biasa.selepas maghrib kami ke situ.bermotosikal.aku naik motor jon,medot naik motor cawak,abangnya.edi wak leh takde malam tu.

kami sampai.kami keluarkan rokok.biasanya kami beli secara tong-tong.yalah,mudah remaja belia 4B lagik.mana ada duit!.

tengah-tengah sedap hisap rokok.tetiba jon bersuara.

"weh,malam nie malam jumaat kan?".jon tersengih.

"kiwak lah jon,ko gie tanya kenapa?'.medot marah.

"rileks ah dot," aku tokok-tambah.

tiba-tiba jon bukak citer langsuir lorong wak zam.

"minggu lepas awek kampuchea lalu sini nak pergi kedai keling,kena tegur,pengsan dia!".

jon ni.tak paham-paham bahasa ker?.

hisap rokok lagik.

cuma keadaan dah berubah.agak tense org kata.aura ketakutan telah menyelubungi kawasan itu.

aku tengok cawak rileks jek tapi peluh di ketiaknya jelas kelihatan.aku tahu cawak dah takut.

"ko nie jon.merepek jek ah". medot cuba mendangkal.

serentak itu.kami tercium bau busuk!.masing-masing terbau tapi buat bodoh.kontrol macho.dari hujung lorong satu lagik.kami nampak sesuatu tapi tak jelas.

tiba-tiba.

"LANGSUIRRR!!!!!!!!!!".aku menjerit.

serentak itu,motor cawak terus menonong ke depan meninggalkan adiknya si medot.

medot berlari mengejar abangnya.

"oii,tak guna punya abang!!".

aku tengok jon dah terkial-kial cuba menyetatkan motornya.panik.sumpah seranah toksah cakaplah.

aku dah gelak barai tak ingat.penakut nak mampus.

rupa-rupanya awek kampuchea lalu di situ baru pulang dari kedai keling.

tersengih-sengih aku tengok lenggang lengguk si awek kampuchea.

malam tu teruk aku di maki mereka bertiga.

sejak dari kes itu,kami tak hisap rokok di lorong wak zam dah.kami tukar port, hisap rokok di benteng.

yang menjadi misteri hingga sekarang.bau busuk tu dari mana?.awek kampuchea tu sikit punya wangi masa lalu di situ.hmmpphhhhh.

Friday, March 11, 2005

gezet :pontianak lorong wak zam

nantikan kemunculannya

lebih seram dari mistik yang tak mistik

lebih devilish dari constatine

lebih komedi dari senario

lebih hot n spicy dari KFC

lebih pening dari programming oracle

lebih sudu dari kuah

nantikan ia.

beware what you see ---- motto cerita.

Wednesday, March 09, 2005

respek

ko kena beli suratkabau hari ini.berita hariankah,utusankah,starkah ataupun metro.

ko kena kagum ngan minah ni.

17A1!.

giler babas hebat minah nie.rasa aku paling bodoh sekali.

syabas diucapkan kepada adik NUR AMALINA BT CHE BAKRI.

ko memang handal!.

Monday, March 07, 2005

masih berada dalam ruang kuantum

period.

minggu lepas minggu ujian untuk aku.semoga tuhan memaafkan aku.
ya aku bersalah!.

aku teruji kerana di uji untuk melihat sejauh mana keberkesanan aku menjadi tuan kepada rumah yang aku duduki selama dua tahun ini.

aku terlalu mengabaikan hiasan dalamannya selama ini.asyik nak renovate yang luar sahaja.akibatnya aku diuji minggu lepas.

oh,maafkan aku tuhan!.

period.

+++

itulah bila berada di dalam kumpulan yang berlainan pandangan sisinya memang susah nak ejaskan biologikal komposisinya.masing-masing cuba jadi jaguh tak terlawan,masing-masing cuba menjadi jaguh dengan kekuatan ultra yang maksimum (timur waja anyone?).

aku tidak betah untuk buat itu semua.kekuatan ataupun kelemahan yang ada akan cuba diatasi secara total dengan larian solo.tidak perlu bantuan siapa-siapa.

bukan.

bukan aku seorang angkuh.

cuma aku kurang selesa kalau menjadi seperti mereka.

mereka yang cuba jadi jaguh tak terlawan.

period.

+++

pesanan untuk orang yang nampak.

ada korang nampak si papan doodle aku nie?.aku tak nampak isinya atau si doodle ini yang memangnya biol tahap merembesnya enzim air liur korang mencarut kerana tak dapat conteng-conteng dalamnya?.

period.

p/s : period --- aku suka lepas tengok angela dalam constatine cakap ayat ni.tegas jek bunyinya.