disclaimer : tajuk pontianak terpaksa ditukar kerana pihak potong-potong berpendapat ianya adalah satu agenda jahat untuk merosakkan filem melayu!.
lorong itu memang gelap.sangat-sangat gelap.walaupun dekat dengan jalan besar keluar dari kg delek tapi lorong tu memang gelap sangat.
lampu jalan hanya berupaya menerangi jalan masuk ke lorong itu.selebihnya gelap hingga keluar ke kedai keling dihujung lorong. (sila baca nada e taling).
lorong itulah tempat kami selalu berkumpul selepas maghrib.aku,jon,medot,cawak dan sekali-sekala edi anak wak leh.
lorong itu tempat kami buat kerja terkutuk.kerja yang boleh membuatkan ibu bapa kami mengamuk sakan kalau mereka dapat tahu.kami hisap rokok dekat lorong itu selepas balik sembahyang maghrib.
sebelum itu dah banyak cerita mengenai lorong wak zam tu.port kami hisap rokok tu berdekatan dengan sebuah rumah usang yang diduduki seorang nenek.kami tak pernah kenal nenek itu.kami tak pernah nampak nenek itu.yang kami tahu rumah usang itu memang ada penghuninya.
biasanya bila cerita-cerita macam tu org takut nak lalu lorong itu selepas maghrib tapi kami hati keras,kononnya!.kerana disitulah sahaja port paling clear nak hisap rokok.tempat lain terlalu bahaya.semua org kampung kenal sapa mahmud atuk kami.nanti kena report,naya!.
satu hari tu,seperti biasa.selepas maghrib kami ke situ.bermotosikal.aku naik motor jon,medot naik motor cawak,abangnya.edi wak leh takde malam tu.
kami sampai.kami keluarkan rokok.biasanya kami beli secara tong-tong.yalah,mudah remaja belia 4B lagik.mana ada duit!.
tengah-tengah sedap hisap rokok.tetiba jon bersuara.
"weh,malam nie malam jumaat kan?".jon tersengih.
"kiwak lah jon,ko gie tanya kenapa?'.medot marah.
"rileks ah dot," aku tokok-tambah.
tiba-tiba jon bukak citer langsuir lorong wak zam.
"minggu lepas awek kampuchea lalu sini nak pergi kedai keling,kena tegur,pengsan dia!".
jon ni.tak paham-paham bahasa ker?.
hisap rokok lagik.
cuma keadaan dah berubah.agak tense org kata.aura ketakutan telah menyelubungi kawasan itu.
aku tengok cawak rileks jek tapi peluh di ketiaknya jelas kelihatan.aku tahu cawak dah takut.
"ko nie jon.merepek jek ah". medot cuba mendangkal.
serentak itu.kami tercium bau busuk!.masing-masing terbau tapi buat bodoh.kontrol macho.dari hujung lorong satu lagik.kami nampak sesuatu tapi tak jelas.
tiba-tiba.
"LANGSUIRRR!!!!!!!!!!".aku menjerit.
serentak itu,motor cawak terus menonong ke depan meninggalkan adiknya si medot.
medot berlari mengejar abangnya.
"oii,tak guna punya abang!!".
aku tengok jon dah terkial-kial cuba menyetatkan motornya.panik.sumpah seranah toksah cakaplah.
aku dah gelak barai tak ingat.penakut nak mampus.
rupa-rupanya awek kampuchea lalu di situ baru pulang dari kedai keling.
tersengih-sengih aku tengok lenggang lengguk si awek kampuchea.
malam tu teruk aku di maki mereka bertiga.
sejak dari kes itu,kami tak hisap rokok di lorong wak zam dah.kami tukar port, hisap rokok di benteng.
yang menjadi misteri hingga sekarang.bau busuk tu dari mana?.awek kampuchea tu sikit punya wangi masa lalu di situ.hmmpphhhhh.
1 comment:
mmg kebah sungguh tok. senyap terus forum pilihanraya hehehe
Post a Comment