Wednesday, March 16, 2005

bila kau merenung jauh

aku percaya.

semasa dalam proses menulis untuk di hantarkan kepada "post hari ini" dalam blog masing-masing.korang pasti akan mencari sebarang idea atau ilham untuk dijadikan rencah cerita korang.

idea atau ilham itu kadang-kadang datang tanpa diundang.kadang-kadang diundang tapi tak kunjung tiba.kadang-kadang datang dengan pelbagai lenggok dan lenggang menyebabkan cerita hari itu menjadi agak meraban.

pengaruh-pengaruh di sekeliling korang selalunya akan menjadi modal untuk memulakan cerita untuk hari itu.masalah,kegembiraan,terujaan,ke"JIWA KENTAL"an,ke"LANTIT"an --- ini semua menjadi rencah untuk cerita hari itu.

pelbagai bentuk cerita hari itu dikeluarkan.bentuk lab report, meeting report,questionnaires,survey songsang,ulasan filem,ulasan buku,ulasan seni dan juga luahan jiwang karat makan tanah.

bentuk- bentuk "post hari ini" itu akan mempengaruhi pembaca-pembaca korang untuk membentuk mood mereka hari itu.mungkin ada yang tersentuh,tersakit hati,tergembira,tersedih,terinsaf mahupun terpengsan ataupun tercirit-birit.

pokoknya,harus ditebang.

silap,pokoknya,semasa proses menghasilkan cerita hari itu.

apa yang membuatkan korang rasa nak menulis?.apakah sumber inspirasi korang semasa menulis?.

sebagai contoh,kalau aku lah.bila mana aku terpandang si "MAY MAY" aku,akan menyebabkan aku bersemangat untuk menulis kerana "MAY MAY" aku lah yang memberi aku inspirasi untuk menulis pada hari itu.

dapat tak semua orang?.

saya akan beri tugasan kepada anda semua sebelum mengakhiri kelas motivasi dan mentaliti kita hari ini. apakah sumber inspirasi anda?.sila tinggalkan dalam komen dibawah atau diatas.terima kasih.kelas boleh bersurai.jumpa lagik besok.

3 comments:

atenah said...

for me....children, they are so suci bersih

Anonymous said...

esemen lagik... ingatkan dah keja nie.. takyah buat esemen lagik.. ghupernyer kena buat gak.. maleh ler kalau camni..

Anonymous said...

esemen lagik... ingatkan dah keja nie.. takyah buat esemen lagik.. ghupernyer kena buat gak.. maleh ler kalau camni..