Lama sangat cuti mengadap benda alah ini menyebabkan nak bubuh tajuk pun boleh kering idea kan?. Dasyat betul orang yang boleh cerita macam-macam, hari - hari dalam blog mereka kan?.
Nak buat entri sempenan hari bapa macam tak kena gaya pula. Kang orang cakap gila meroyan ke apa?.
Nak buat entri ala-ala tarekat, konpom ada kutuk yang petik cakap aku ni nak buka cawangan Abdul Kahar DUN Tanjung Bidara pula.
Nak buat entri ala-ala jiwang, haihh, marah Eddie Vedder dengan aku kang!.
Aku ingat
Aku nak buat entri riak lah. Boleh ke kawan-kawan?. Bukan selalu aku riak pun, rasanyalah!. Ha ha ha.
Apa yang aku nak riak ni eh?.
Cuba tanya peminat Manchester United!.
Terima kasih.
Monday, October 26, 2009
Monday, October 05, 2009
Mortimer dan kalkulatornya.
Seingat Mortimer
kali terakhir dia melihat bapanya.
Bapanya telah berpesan
Jaga kalkulator ayah
Kalkulator ini mampu mengubah sejarah.
Seingat Mortimer
kali pertama dia mencuba kalkulatornya.
kalkulatornya mengubah sejarah
bukan Nagasaki mangsanya
tapi kota London sasarannya.
Seingat Mortimer
kali pertama dia nekad mengubah sejarah
kalkulatornya gagal menerimanya.
Inginkan Marikh untuk dijejaki
tapi Bulan yang digapainya.
Seingat Mortimer
kali pertama dia menangis kerana sejarah
kalkulatornya menghadirkan bidadari.
bidadari dari dunia seni agong
berbibir tebal, bikin berahi hati.
Seingat Mortimer
kali kedua dia mengulang sejarah
kalkulatornya membawa neraka
mahukan Hitler sebagai pelukisnya
Perang Dunia Ketiga hasilnya.
+++
Aku kekeringan sejarah. Jadi ia kena berhenti takat situ dulu. Tak nak ganggu dulu tetapi kalau kalian ada sejarah yang mahu ingin kalian tukar. Silakan tambah barisan cerita ini. Harus mulakan dengan "seingat Mortimer". Mari kita lihat, sejarah apa yang benar-benar merunsingkan kita sebagai manusia.
Jadi
Tunggu apa lagi?. Cubalah!.

Wednesday, September 16, 2009
Kalau nak raya jangan guna duit rakyat.
Diam tak diam, nak raya dah ek?. Aku tengok semua orang ke hulu ke hilir, beli barang macam-macam, selagi tak raya, selagi tu tak berhenti-henti keluar duit, dah raya nanti, lagi banyakkkkkkk keluar duit!. He he he.
Tahun ni, aku raya rilek-rilek saja, seronok beli baju dengan kasut untuk Ain Safiyyah. Boleh pula mengamuk nak baju t-shirt Ben 10. Siap cakap dengan pelatnya : - "Plissshh, plishhh,plishhh". Ikut aku, ok saja baju Ben 10 tu tapi bini aku dah buat signal "TIADA TIDUR BERSAMA SAMPAI RAYA". Aku pujuk Ain Safiyyah beli baju ala-ala Barbie Doll sikit. Memang terserlahlah kefemininannya bila jalan raya nanti.
Inilah, satu benda aku nak tanya, buat semua wakil rakyat kat kawasan aku dan sekitarnya, korang buat "banner" ucapan merdeka + puasa + raya + jemputan rumah terbuka tu pakai duit apa eh?. Duit pembangunan ker, duit kemajuan ICT kampung ker, duit untuk bagi fakir miskin ker?. Kalau takat satu "banner" seorang tu, aku tak beberapa nak hairan sangatlah tapi kalau dah setiap simpang dari hujung kampung sampai masuk bandar, muka korang saja bersepah. Pelik gak tu!. Jangan rembat duit rakyat buat "banner" tampal muka korang. Tak baik tau!.
Bayangkan, satu "banner" busuk-busuk mau makan dalam dua tiga ratus, yelah, bukan kecik anak punya "banner". Orang buta lalu sebelah pun, boleh toleh belakang balik nak cek ejaan mana yang salah kat "banner" tu. Kalau seorang wakil rakyat pakat nak bubuh dalam 5 "banner" seorang?. Berapa ribu dah makan tu kan?.
Jangan jimat sangat, nak buat "banner" tu bukan masuk dalam "skt" korang tiap-tiap tahun, rakyat tak amik port sangat pun kalau korang tak naikkan atau naikkan "banner". Apa korang ingat kalau dah upkan "banner" tu, konpom rakyat suka?. Silap tu makrop, silap besar!.
Dari membazir duit tu buat "banner" semata- mata nak jemput orang datang rumah terbuka korang, baik duit tu bagi saja kat orang-orang yang memerlukan paling tidak pun duit tu simpan untuk buat persediaan kot-kot ada bencana menimpa kawasan ker, kot-kot ada rakyat datang ketuk rumah malam-malam, nak pinjam duit nak buat beraya. Kan lagi afdal?. Pahala pun korang boleh dapat apa?. Tak nak pahala apa ke korang ni semua?.
Ala, kalau korang "wakil rakyat" yang baik lagi berhemah maha popular, tak payah buat "banner" pun konpom orang serbu rumah korang nak beraya. Toksah risau sangatlah YB sekalian. Korang pun seronok tengok rakyat berbondong serang rumah korang.
Ini belum aku tanya duit sedia rumah terbuka kat rumah korang tu, pakai duit mana pulak?. Ada berani nak jawap?.

Subscribe to:
Posts (Atom)