Monday, October 05, 2009

Mortimer dan kalkulatornya.

Seingat Mortimer
kali terakhir dia melihat bapanya.
Bapanya telah berpesan
Jaga kalkulator ayah
Kalkulator ini mampu mengubah sejarah.

Seingat Mortimer
kali pertama dia mencuba kalkulatornya.
kalkulatornya mengubah sejarah
bukan Nagasaki mangsanya
tapi kota London sasarannya.

Seingat Mortimer
kali pertama dia nekad mengubah sejarah
kalkulatornya gagal menerimanya.
Inginkan Marikh untuk dijejaki
tapi Bulan yang digapainya.

Seingat Mortimer
kali pertama dia menangis kerana sejarah
kalkulatornya menghadirkan bidadari.
bidadari dari dunia seni agong
berbibir tebal, bikin berahi hati.

Seingat Mortimer
kali kedua dia mengulang sejarah
kalkulatornya membawa neraka
mahukan Hitler sebagai pelukisnya
Perang Dunia Ketiga hasilnya.

+++

Aku kekeringan sejarah. Jadi ia kena berhenti takat situ dulu. Tak nak ganggu dulu tetapi kalau kalian ada sejarah yang mahu ingin kalian tukar. Silakan tambah barisan cerita ini. Harus mulakan dengan "seingat Mortimer". Mari kita lihat, sejarah apa yang benar-benar merunsingkan kita sebagai manusia.
Jadi

Tunggu apa lagi?. Cubalah!.

No comments: