Thursday, January 19, 2006

lantak

yelah.

mentang-mentang semuanya bukan pakai duit kau,jadi kau boleh sesuka hati ayah kau ikut suka nak jaga barang-barang tu.

nak biar dia bersepah ker.
nak biar dia jahanam ker.
nak biar dia terlingkup ker.

kau punya alasan :- (seperti di bawah).

ala kerajaan punya,pergilah mampus.

kalau hilang boleh beli lagik.

takpe,kerajaan tanggung.

tapi

kalau macam ni gayanya.

tokeipajak tesco pun boleh bankrap.

apa-apahal pun mentaliti yang perlu disetkan balik.
kena didik balik semuanya ini.
berkatkah hidup nanti kalau asyik-asyik melepaskan tangan?.

kalau macam tu,kereta kau pakai loan kerajaan kan?.

kenapa nak poyo-poyo jaga?.

alah,kalau rosak nanti kerajaan boleh beli satu lagik!.

sekali lagi.

aku yang terperangkap.

hahaha.

Friday, January 13, 2006

resolusi



anybody can help me to get that "body of mine" back?.


serius.

setelah beberapa lama tidak mengamalkan cara hidup tidak sihat.
aku makin tidak sihat.
badan aku berat semacam.

ulu banat fc pun dah semacam nak berkubur jek.

masing-masing sibuk nak jadi pengantin.

nak buat camna lagik ek?.

p/s : aku tak minum teh tarik tapi masih rasa tak sihat jugak.

Wednesday, January 04, 2006

terkesan

mula-mula

tak guna kalau ada 4Mbps kalau tak boleh nak dimanupulasikan kepada semua tempat.buat sakit hati pengguna sahaja.kalau kau dah tahu benda ni satu benda yang besar,kau pun kena pikir secara besar-besaran juga!.

samdol wak akang betul!.

+++

hari pertama 2006 hari tu,meninggalkan satu kenangan yang cukup bagus untuk aku.

mata aku dapat tengok betapa tingginya mat jan dari aku.
mata aku dapat tengok betapa kecohnya daun. hahaha.

tangan aku dapat salam jigo!.ya aku kagum dengan ko bang!.
tangan aku dapat salam tokeipajak.siap ajak aku pergi rumah lagik!.
tangan aku dapat salam bluehikari!.

mulut aku dapat berbual dengan elmaaaniq.mamat nie memang best!.
mulut aku dapat berbual dengan basri.

telinga aku dapat dengar suara merdu nd.
telinga aku dapat dengar suara merdu kak ungku.
telinga aku dapat dengar lawak bean dan mat jan.

tahniah kepada semua pemenang dan aku rasa tahun ini adalah anugerah yang betul-betul dilandasan yang sepatutnya.

ada rezeki,kita jumpa lagi.

p/s : sultanmuzaffar tu memang senyap orangnya.
p/s 2 : kepada geng-geng lantit yang biasa aku jumpa.korang pun rock gak!.