mula-mula
tak guna kalau ada 4Mbps kalau tak boleh nak dimanupulasikan kepada semua tempat.buat sakit hati pengguna sahaja.kalau kau dah tahu benda ni satu benda yang besar,kau pun kena pikir secara besar-besaran juga!.
samdol wak akang betul!.
+++
hari pertama 2006 hari tu,meninggalkan satu kenangan yang cukup bagus untuk aku.
mata aku dapat tengok betapa tingginya mat jan dari aku.
mata aku dapat tengok betapa kecohnya daun. hahaha.
tangan aku dapat salam jigo!.ya aku kagum dengan ko bang!.
tangan aku dapat salam tokeipajak.siap ajak aku pergi rumah lagik!.
tangan aku dapat salam bluehikari!.
mulut aku dapat berbual dengan elmaaaniq.mamat nie memang best!.
mulut aku dapat berbual dengan basri.
telinga aku dapat dengar suara merdu nd.
telinga aku dapat dengar suara merdu kak ungku.
telinga aku dapat dengar lawak bean dan mat jan.
tahniah kepada semua pemenang dan aku rasa tahun ini adalah anugerah yang betul-betul dilandasan yang sepatutnya.
ada rezeki,kita jumpa lagi.
p/s : sultanmuzaffar tu memang senyap orangnya.
p/s 2 : kepada geng-geng lantit yang biasa aku jumpa.korang pun rock gak!.
Kagum apanya dengan aku?! Bukannya best pun.
Maaf, tak berbual mesra dengan kau. Kali pertama jumpa memang untuk salam-salam saja. Aku ni jenis lambat panas. Lama berjumpa baru mesra.
Ha ha!
Anyway, nice knowing you. Harap jumpa lagi di gathering akan datang. Rasmi ataupun tidak.