Dia masih setia menunggu
Menunggu di platform bernombor 3A.
Menunggu kembalinya suatu harapan
yang menjanjikan sesuatu.
Keretapi dari destinasi telah tiba.
Hatinya berdebar-debar, adakah ini namanya?.
Dia menegakkan badan, memluruskan tangan
Menghentak sedikit keras pada kaki
tanda sudah bersedia.
Berikan sedikit keyakinan, hati kecilnya bersuara.
Keretapi itu berhenti.
Gerabak bernombor 57B berhenti betul-betul di depannya.
Ketepikan kegelisahan
Mulakan kemesraan.
Pintu keretapi terbuka,
orang ramai menyusup keluar
memerhatikan dia berdiri menghalang pergerakan.
(Pada bahagian ini, dunia berhenti berpusing selama 5 saat)
Dia membuang bunga di tangan ke dalam tong sampah.
Melangkah pergi meninggalkan platform
Menyalakan sebatang rokok, disedut dalam-dalam
Ah, punk rock mana boleh sedih-sedih!
Kata hati pada dia.
Salji pun turun dengan lebatnya
Tiba-tiba sahaja.
No comments:
Post a Comment