Thursday, September 13, 2012

Kita pun nyawa ayah juga!

Hai.

Tak sangka pula kita hari ni dapat masuk blog ayah kita ni. Khabarnya "famous" sangat. Kita tengok biasa aje. Takdelah sampai ratus ribu pengikut blog ayah kita ni!. Hi hi hi!. Kita kutuk ayah kita pula.

Oh ya, nama kita Aleesya Safiyyah. Semalam hari lahir kita yang kedua!. Punyalah lama ayah kita tunggu nak masukkan kita dalam blog dia ni. Tak patut, tak patut tapi kita ok. Ayah kita memang sayang sangatttttt dengan kita. Sama macam kakak kita.


Ayah kita beli kek Angry Bird sebab kita suka. 


Ayah cakap kita ni lahir masa raya ketiga, tengah siap-siap nak beraya, umi cakap dah nak bersalin. Alih-alih ayah raya dekat hospital aje tapi kita tahu ayah kita sayang sangaatttttt dekat kita.

Semalam kita makan kek dengan kawan-kawan kat taska. Ayah hantar aje kek kat taska lepas tu ayah blah. Ayah cakap dengan kita, malam nanti baru kita makan kek kali kedua dengan umi dan kakak sekali. Yeay!, dua kali makan kek!.


Kita ni buat "peace" tapi jadi 1Malaysia pulak, Cheh!.

Bila kita dua tahun ni, kita tengok ayah kita sangat suka, tak tahu lah kenapa tapi dari apa yang kita dengan ayah cakap dengan umi, kita ni klon ayah masa kecik, klon tu apa?. Kek coklat ke?.

Walaupun kita paling selalu kena marah dengan ayah tapi kita tahu ayah kita sayang sangatttttt dengan kita. Tiap-tiap malam lepas ayah buat susu untuk kita, mesti kita panggil ayah, tepuk-tepuk bantal suruh baring sebelah kita. Ayah kita mesti baring punya, lepas tu dengar ayah kita merepek-repek dengan kita, cakap pasal jangan sokong Manchester Unitedlah, cakap pasal kalau nak dengar lagu, lagu omputih lagi best, gangnam-gangnam tu ayah kita tak berkenan tapi kalau datang tebiat dia, dia boleh berjoget gangnam dengan kakak depan tv!. Kelakarkan ayah kita?.

Kita memang lasak, umi cakap kita ni brutal tapi dalam hati ada taman sama macam ayah. Lepas tu ayah kita terus cakap kat umi kita sambil herot-herot mulut dia.

Ayah cakap "Mana adaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa. Gua rock beb!." Sabar ajelah kan?.

Semalam lepas makan kek kat kfc, ayah kita cium kita sambil cakap kat kita. Macam-macam dia cakap. Kita dah sibuk makan ayam, anggukkan sajalah. Kita tahu, ayah kita nampak brutal tapi dia memang sayang kita dengan kakak sangat.

Kita pun sama, kalau ayah masuk naik tidur kat bilik atas lambat, mesti kita dah jerit panggil ayah. Siap dengan tangan kiri-kanan macam tarzan. Lepas tu ayah naik, kita tengok ayah ketawa tekan perut. Kita pun tepuk tanganlah.

Umi pun cakap kita memang kesayangan ayah no 1 dah!. Kakak pun naik jeles dengan kita, kalau main lepas tu gaduh, mesti kakak kena sound dengan ayah dulu tapi lepas tu ayah amik kita, ayah babab tapak kaki kita. Lepas tu kita mesti gigit tangan ayah balik, lepas tu kita tiga orang main wrestling depan tv!. Lepas tu umi yang pening kepala!. Hahahaha!.

Ayah selalu doakan kita dengan kakak lepas semayang supaya kita dengan kakak jadi manusia. Kita pun ikut semayang gak tapi sekejap je lepas tu kita kacau kakaklah, kacau umilah, tarik kain pelikat ayahlah. Lepas tu lepas abis semayang, ayah tarik kita, geletek perut kita.

Kita dah dua tahun semalam, patutlah kita rasa nak main dengan budak-budak besar aje tapi ayah selalu cakap jangan buli derang. Buli tu apa?. Air kotak susu ke?. Ayah cakap kesian kat kakak asyik kena beduk dengan kita je, nak-nak rebut remote tv. Ok, nanti kita nak suruh ayah beli satu lagi remote tv, senang kita nak minum susu sambil tengok ESPN.

Kita pun suka temankan ayah kita kalau hari minggu bila ada game bolasepak, tiap kali gol aje, kita ikut jerit macam ayah jerit. Kesian ayah, dia kata team dia sekarang dah tak power, tapi ayah tetap bagitau kita, jangan sekali sokong Manchester United. Apa eh, man..chessss untut?. Apa tu ek?. Bunyi macam biskut tiger aje.

Apa pun, kita nak ucap terima kasih kat ayah, umi dengan kakak sekali sebab makan kek semalam. Nanti kita sembang lagi dalam blog ayah kita ni. Terima kasih ya, jumpa lagi!.


Ni gambo kita jalan-jalan. 


2 comments:

Amy Z! said...

Happy 2 year old Aleesya Saffiyah. Semoga membesar jadi anak yg solehah dan kebanggaan ayah dan umi. :-)


Buli je ayah tu.. Kahkahkah.

DriveM7 said...

Hi, come on "like" us on facebook M7 Klang wit Aaron Aziz. There's various kind of merchandises.

http://kelabprotonsaga.blogspot.com
Twitter: @kelabprotonsaga
Facebook: M7 Klang