Polis-polis moral alam siber
Sibuk berkata siapa masuk syurga mahupun neraka
Sedangkan mereka sendiri lupa
Mereka juga masih hamba
Polis-polis moral alam siber
Asyik mendabik dada
Kata mereka, bangsa akulah paling hebat
Eh, facebook ni bukan yahudi yang buat?
Polis-polis moral alam siber
Bila ditegur mula melenting
Menafikan yang batil katanya
Eh, facebook ni bukan melekakan ker?.
Polis-polis moral alam siber
Katanya mahu kita fikirkan yang positif
Ambil situasi yang kondusif
Bila di tegur kenapa sensitif?
Polis-polis moral alam siber
Bukan nak mengata cuma berkata
Jangan mendabik dada
Bila mula terkena
Baru tahu apa maksud derita
Baru tahu siapa mereka
sebenarnya.
1 comment:
Sapa polis2 alam siber ni ek?
Post a Comment