Amat dengan Atan duduk serumah. Dalam erti kata lain, mereka menyewa rumah bujang kerana sudah tentu mereka masih lagi bujang.Dah lama mereka duduk bersama, semua aktiviti memang dilakukan bersama-sama, ibarat lagu dan irama, Amat dan Atan memang tidak boleh dipisahkan.
Satu petang hari Ahad. Kerana kebosanan yang amat sangat, mereka sepakat menonton rancangan muzik terbitan salah satu syarikat yang ada dalam kumpulan Media Prima Berhad. Entah apa tebiat mereka berdua menonton rancangan tersebut hanya tuhan saja yang tahu. Selalunya petang Ahad mereka berdua akan menghabiskan masa menunggu maghrib dengan bermain Winning Eleven.
Dalam khusyuk menonton rancangan muzik tersebut. Masa tu ada seorang penyanyi tengah menyanyi (itu sudah tentu) dengan menarik suara hingga ke peringkat nyaring menyebabkan kedengaran bunyi sumbang.
"Hurmm, ni sebab dia pakai suara dalam ler ni" gumam Amat tanpa memandang kepada Atan.
Atan menoleh terkejut.
"Eh, maksud kau memang tak payah pakai ke?" balas Atan sambil mengerutkan dahi. Fikirnya handal betul dak Amat ni. Macam pernah jadi penyanyi saja lagaknya!.
"Yelah, kalau dia pakai, alamatnya suara dia memang ke laut bro".
"Pergh, kalau macam tu Siti Nurhaliza ke, Ziana Zain ke memang tak pakai lah bro?" soal Atan lagi. Atan dah memang jadi konpius tahap gaban dah ni!.
"Yup, konpom depa berdua tak pakai pun" tegas Amat.
"Pergh, silap-silap JLO pun tak pakai kan bro?" balas Atan sambil menerbitkan sinar muka penuh kesyaitanan.
"Kalau JLO tu aku tak tahulah tapi lokal artis majoriti yang suara sedap memang tak pakai pun, kalau pakai, konpom suara sumbang!" panjang lebar Amat memberikan penjelasan yang kukuh sekali!.
"Lain kali kalau gua pergi tengok derang nyanyi, gua nak bawak kamera, boleh ambil gambar derang tengah menyanyi, untung-untung ada rezeki dapat wayang free!. Hik, hik hik!". Atan ketawa kecil macam syaitan baru nak akil baligh.
Amat pandang Atan pelik. Apa hal pula budak ni?.
"Eh yang kau beriya suka sangat ni kenapa?". Amat dabel kehairanan.
"Yelah, kalau dah derang menyanyi tak pakai seluar dalam, tak ke rezeki namanya tu!" balas Atan sambil ketawa besar.
Amat tepuk dahi!.
"Woi, aku cakap pakai suara dalam bukan seluar dalam, mangkuk!".Amat geleng kepala sambil bangun membetulkan seluar. Barangkali siap sedia untuk terajang Atan.
"Dah lu cakap pakai, lain kali cakaplah guna!". Atan pun nak menang juga!.
Malam tu juga jadi sejarah, Amat dan Atan tidur pisah tilam!.
3 comments:
Gua dah praktik dua-dua sekali. Tak pakai seluar dalam dan suara dalam. Suara ke laut jugak haa... hahha
hahaha..mmg bunyi nak sama kalau cakap ngan orang pekak!!!
nak pakai ke tak ni...?
Post a Comment