2011 merupakan tahun Ain dan Aleesya melangkah ke dunia serba baru. Kalau dulu, masa Ain sorang-sorang. Siangnya di jaga oleh Mak Teh tapi sejak berpindah ke rumah sendiri. Tiada lagi Mak Teh untuk di harapkan. Semuanya kena berdikari sendiri termasuklah Ain.
Ain suka pergi sekolah. Masalahnya ialah untuk bangun pagi!. Kena berperang bagai nak kejutkan dia bangkit dari katil tapi lepas bangun, terus capai "beg sekolah" dan buku "teknik". Buku teknik ialah buku cara guna abacus untuk darjah 1. Semangat betul Ain nak pergi sekolah!.
Cuma sejak akhir-akhir ni, jiwa Ain sensitif sikit. Mahu dibelai, mahu dimanjai, kalau aku dukung Aleesya duduk di riba. Ain pun sama sibuk nak tumpang sama. Aku faham, dia mahu perhatian juga. Ain sayang adik dia. Dia tak pernah pukul adik dia. Kalau Aleesya nangis, aku dan permaisuri sibuk, dia orang pertama akan tepuk-tepuk bontot adik dia sambil jerit kat aku
" Ayah, adik nak susu, 3 aun!". Sekarang pun Ain dah sibuk nak tolong susukan adik dia.
Di sekolah Ain ok, aktif, tak menangis waktu di tinggalkan berbeza betul dengan ayah dia dulu!. Ha ha ha!.
Balik kerja, jemput dia dan adik. Hari-hari akan cakap belajar ABC, kira satu sampai dua puluh tapi bila aku suruh kira, masuk nombor sebelas jek, dah kantoi. Takpe, aku tak risau sangat lagi. Biar dia "enjoy" dunia kanak-kanak dia sebelum dia melangkah masuk ke dunia "student" yang bakal meletihkan dia hari-hari.
Diam tak diam. Ain semakin membesar, kejap saja rasanya bila mana aku selalu dukung dia, lambung-lambung sambil buat pusingan kapal terbang. Lawan-lawan bantal sebelum tidur. Ah, itu memori sentimental aku bila Ain ambil keputusan untuk berdikari dewasa nanti. *Klasik*.
Apa-apa pun, The Saffiyah's sekarang ni adalah jiwa aku. Getaran jiwa aku. Mereka adalah harta aku yang paling bernilai sekali. Tiada wang yang mampu menggantikan mereka berdua. Semoga kalian berdua terus dirahmatiNya.
2 comments:
satu je..?? yg lg stu??
kalau ada teknik kejutkan bangun pagi yg terbaik,share la..aku pun ada masalah sama ni.
Post a Comment