Friday, January 28, 2011

Getaran Jiwa

2011 merupakan tahun  Ain dan Aleesya melangkah ke dunia serba baru. Kalau dulu, masa Ain sorang-sorang. Siangnya di jaga oleh Mak Teh tapi sejak berpindah ke rumah sendiri. Tiada lagi Mak Teh untuk di harapkan. Semuanya kena berdikari sendiri termasuklah Ain.

Ain suka pergi sekolah. Masalahnya ialah untuk bangun pagi!. Kena berperang bagai nak kejutkan dia bangkit dari katil tapi lepas bangun, terus capai "beg sekolah" dan buku "teknik". Buku teknik ialah buku cara guna abacus untuk darjah 1. Semangat betul Ain nak pergi sekolah!.

Cuma sejak akhir-akhir ni, jiwa Ain sensitif sikit. Mahu dibelai, mahu dimanjai, kalau aku dukung Aleesya duduk di riba. Ain pun sama sibuk nak tumpang sama. Aku faham, dia mahu perhatian juga. Ain sayang adik dia. Dia tak pernah pukul adik dia. Kalau Aleesya nangis, aku dan permaisuri sibuk, dia orang pertama akan tepuk-tepuk bontot adik dia sambil jerit kat aku

" Ayah, adik nak susu, 3 aun!". Sekarang pun Ain dah sibuk nak tolong susukan adik dia. 

Di sekolah Ain ok, aktif, tak menangis waktu di tinggalkan berbeza betul dengan ayah dia dulu!. Ha ha ha!.
Balik kerja, jemput dia dan adik. Hari-hari akan cakap belajar ABC, kira satu sampai dua puluh tapi bila aku suruh kira, masuk nombor sebelas jek, dah kantoi. Takpe, aku tak risau sangat lagi. Biar dia "enjoy" dunia kanak-kanak dia sebelum dia melangkah masuk ke dunia "student" yang bakal meletihkan dia hari-hari. 

Diam tak diam. Ain semakin membesar, kejap saja rasanya bila mana aku selalu dukung dia, lambung-lambung sambil buat pusingan kapal terbang. Lawan-lawan bantal sebelum tidur. Ah, itu memori sentimental aku bila Ain ambil keputusan untuk berdikari dewasa nanti. *Klasik*.

Apa-apa pun, The Saffiyah's sekarang ni adalah jiwa aku. Getaran jiwa aku. Mereka adalah harta aku yang paling bernilai sekali. Tiada wang yang mampu menggantikan mereka berdua. Semoga kalian berdua terus dirahmatiNya.


Wednesday, January 26, 2011

Kenapa revolusi tak akan berlaku di Malaysia.

  
Bagi mereka yang ambil tahu hal ehwal dunia semasa. Tentu kalian akan kenal dengan lelaki di dalam gambar di atas. Yer, betul. Lelaki inilah yang mencetuskan revolusi Jasmin di Tunisia baru-baru ini yang membawa kepada kejatuhan Presidennya yang sangat korup dan busuk. Al fatihah untuk Mohamed Bouazizi. Semoga beliau ditempatkan sebaris dengan para syahid. 

Ok, kepada mereka yang tak tahu apa yang kejadahnya Revolusi Jasmin. Revolusi ini terjadi apabila rakyat Tunisia bersatu menuntut keadilan untuk mereka. Mereka bersatu dengan menggulingkan Presiden mereka yakni Zine al-Abidine Ben Ali. Secara harafiahnya, revolusi ini berlaku atas kesedaran anak-anak muda Tunisia yang bangkit menentang kezaliman. Revolusi ini bermula dengan kematian Mohamed Bouazizi. Anak muda berumur 27 tahun berkelulusan MBA dari sebuah universiti elit di Tunisia. (Baca sini untuk kisah yang lebih menyayat hati).

Sekarang, mari kita lihat, kenapa revolusi sebegini tak akan berlaku di sini. Di tanah tumpahnya darahku. 

Revolusi selalunya akan membawa kepada jalan raya. Maka disini, tidak akan terjadi revolusi kerana jalan raya di sini adalah hak milik mat rempit. Kalau dah berlaku revolusi, celah mana lagi derang nak test power motor masing-masing?. ( Kadang-kadang mamat WIRA poser LANCER pun claim jalan raya tu milik mereka, golongan ni lagilah bahaya).

Revolusi juga selalunya akan menyebabkan aktiviti perniagaan akan lumpuh seketika. Ianya tidak akan berlaku di sini kerana kebanyakkan shopping complex kat sini memerlukan anak-anak muda yang menjadi pengunjung setia, melepak sambil mengayakan fesyen emo-punk-hardcore-nasyid-boria-wannabe bagi menaikkan taraf bintang shopping complex tersebut.

Pertumpahan darah juga sering dikait dengan revolusi rakyat, malangnya, pertumpahan darah disini lebih menjurus kepada perjuangan membela nasib bangsa masing-masing akibat gejala "bodoh tak boleh diajar, cerdik tak boleh ditumpang". Oleh yang demikian, revolusi yang memerlukan iltizam rakyat tak akan terjadi kerana masih ada lagi retorik bersatu teguh, bercerai roboh, tampal simen dengan kepala batu masing-masing. 
Revolusi rakyat selalunya di tunjangi oleh pemuda-pemudi harapan bangsa yang belajar di peringkat lebih tinggi. Dalam erti kata lain, budak-budak U yang selalunya lantang bersuara, arakian suka dimaklumkan, disini revolusi yang selalu di perjuangkan ialah bagaimana kami boleh belajar jika tiada kemudahan asas yang sempurna, revolusi minta elaun lebih, sebab elaun kami selalu tak cukup nak tampung beli topup, rokok, belanja awek/balak makan, tengok wayang marathon hujung minggu. Paling ultimate, revolusi nak minta hostel ada ekon 1hp betul-betul kat kepala katil.

Paling ultimatum, kalau revolusi seperti revolusi Jasmin, benar-benar berlaku disini. bukan takut untuk mati memperjuangkan nasib bangsa tapi lebih kepada takut tidak dapat bermuka buku mahupun berkicau-kicau secara maya. Nak-nak kepada awek-awek perasan cun yang eksyen lepak Bangsar walhal asal dari Palong 3, konon-konon macam kerja kat New York.

Revolusi rakyat juga perlu ada modal, modal untuk memberi makan, membeli cat untuk di simbah, membeli kain untuk membuat poster, dalam erti kata lain, revolusi masih tetap perlukan duit. Jadinya, di sini, tanah tumpahnya darahku. Duit adalah tuan besar untuk kelangsungan hidup. Kalau berlaku revolusi, konpom akan berlaku adegan tolak menolak untuk siapa nak dahulukan duit untuk tampung semua benda di atas. Patutnya tak jadi masalah kerana kita ramai jutawan dari skim piramid macam-macam bentuk. Masalahnya, jutawan ni semua masa berlaku revolusi rakyat, pakat-pakat lari keluar mintak kerakyatan negara lain. (Konpom ada yang panas punggung).

Revolusi rakyat juga akan menyebabkan saluran media akan lebih fokus melaporkan apa yang terjadi dari hari ke hari.Maksudnya, tiada cerita lain melainkan dari berita revolusi, sebagai contoh hari ni mungkin melaporkan si polan musibat ni ditangkap kerana khianat atau esoknya, berita Menteri itu minta ampun nangis-nangis sembah kaki para revolusi. Masalahnya di sini, berita- berita sedemikian rupa telah jatuh ke tahap yang paling bawah sekali. Di sini, berita siapa kahwin siapa, siapa artis paling berbakat BESAR, malaun mana yang rembat artis paling cun merupakan sari berita utama. Program realiti busuk pun telah menjadi rancangan perdana kerana ingin memberi motivasi kepada pemuda-pemudi. Jadi, kalau berlakunya revolusi rakyat, musnahlah harapan para-para penyembah berita sensasi tadi untuk dijadikan kiblat. Gelaplah masa depan pemuda-pemudi harapan bangsa kerana hanya dengan menyanyi sajalah saya dapat bawak mak ayah pergi umrah.

Soalnya, benarkah revolusi rakyat tidak boleh berlaku di tanah tumpahnya darahku ini?. Boleh, masih boleh di lakukan tapi itu cerita lain. Nanti aku ceritakan, untuk sementara waktu ni, biar semua orang panas punggung kejap. Asyik nak suka jek kerjanya!.









Tuesday, January 18, 2011

Dua ribu sebelas

Choi!. Dah masuk dua ribu sebelas rupanya. Konklusi dua ribu sepuluh?. Biasa saja. Tak ke mana-mana lagi pun. Masih lagi di ulu banat yang makin tak seronok. Makin mengarut. Yang diperlukan di ulu banat ni ialah tonik keceriaan kembali. Sekarang ni dipenuhi dengan racun hasad dengki yang bersepah-sepah.

Tak tahulah bila nak insaf, kerja tabur racun ni, layaknya duduk kat ladang pokok getah aje. Baru seronok orang kampung nak toreh getah. Hmmm.

Semoga dua ribu sebelas jadi makin sukses. Moga-moga.