Tuesday, September 08, 2009

Catatan harian seorang pegawai

kubangunkan diri
dari tidur tohor
yang bergerak
di atas mimpi ngeri:
bahawa lalu lintas tidak
membenarkan aku lewat,
seluruh hidupku
terkurung dalam
kota kereta kerajaan,
yang merangkak di jalan tol
diselubungi asap petrol
dan tenggelam dalam biadab orang malaysia.

setelah suara parau
memaki pemandu
dan diri yang memilih kerja ini
aku tiba setengah jam terlewat
di majlis pembukaan,
mujurlah pembesar sudah berucap
(aku tahu apa yang dikatakannya
kerana aku menulis setiap barisnya),
dan seperti orang lain aku juga bertepuk,
lega bahawa ucapan sudah berakhir,
dan gantinya kuih,
mi dan bihun dingin,
sarapan pagi yang belum kukecap.

hari mengelak bosan
dan berhenti pada titik meracau.
aku cepat makan
seluruh kenduri dalam seperempat jam,
kerana aku harus berada di dewan lain
untuk mendengar menteri lain
atau wakilnya yang dilantik serta-merta.

sekali lagi aku tiba lewat
tapi hanya seperempat -
sekali ini wakil menteri belum tiba -
aku sempat gembira.
jadi aku duduk sepi menunggu.

dalam beberapa waktu upacara bermula
wakil menteri tidak pandai membaca
dan ertinya tersangkut pada sebutan aneh.

tapi itu biasa
selesai upacara
istiadat memakan kata-kata persidangan pula.
hari pun tua
pejabat sudah ditutup.
pintu kereta kubuka
untuk bergelut di jalan celaka.

esok pagi, kalau tak salah
pembukaan di hotel shangrila
insya-allah.


Sajak dari Sasterawan Negara Muhammad Haji Salleh dalam koleksi buku yang bertajuk aksara usia. Aku terjumpa dalam bilik buku tadi masa tengah cari CD recovery untuk komputer orang pentadbiran.

Soalan aku untuk korang semua, sementara korang baring-baring kat surau karang, Muhammad Haji Salleh ni sasterawan negara yang ke berapa dan apa nama pena beliau?.

Kalau handal, jangan gugel ah. Terus tulis jawapan saja!. He he he.

5 comments:

haza said...

en alip. he he

sy nak cube..

nama pena beliau : Muhammad Haji Salleh

dan beliau sasterawan ke 6.

betul ke ke x..

Anonymous said...
This comment has been removed by the author.
FdausAmad said...

Gua berbaring kat rumah ni ayob..gua risau dengan diri sendiri yang malas ke surau.

Salina said...

pegi surau je kejenye. hahah. oi oi..kebaya pendek tu yg ko nampak dulu ek? hahaha

ayobkelubi said...

hajar : yer ker?. gugel lah nie!!

daus : lu baring?..gua golek2 aje.

salina : peewwwiiitttt!