Wednesday, September 16, 2009

Kalau nak raya jangan guna duit rakyat.

Diam tak diam, nak raya dah ek?. Aku tengok semua orang ke hulu ke hilir, beli barang macam-macam, selagi tak raya, selagi tu tak berhenti-henti keluar duit, dah raya nanti, lagi banyakkkkkkk keluar duit!. He he he.

Tahun ni, aku raya rilek-rilek saja, seronok beli baju dengan kasut untuk Ain Safiyyah. Boleh pula mengamuk nak baju t-shirt Ben 10. Siap cakap dengan pelatnya : - "Plissshh, plishhh,plishhh".  Ikut aku, ok saja baju Ben 10 tu tapi bini aku dah buat signal "TIADA TIDUR BERSAMA SAMPAI RAYA". Aku pujuk Ain Safiyyah beli baju ala-ala Barbie Doll sikit. Memang terserlahlah kefemininannya bila jalan raya nanti.

Inilah, satu benda aku nak tanya, buat semua wakil rakyat kat kawasan aku dan sekitarnya, korang buat "banner" ucapan merdeka + puasa + raya + jemputan rumah terbuka tu pakai duit apa eh?. Duit pembangunan ker, duit kemajuan ICT kampung ker, duit untuk bagi fakir miskin ker?. Kalau takat satu "banner" seorang tu, aku tak beberapa nak hairan sangatlah tapi kalau dah setiap simpang dari hujung kampung sampai masuk bandar, muka korang saja bersepah. Pelik gak tu!. Jangan rembat duit rakyat buat "banner" tampal muka korang. Tak baik tau!.

Bayangkan, satu "banner" busuk-busuk mau makan dalam dua tiga ratus, yelah, bukan kecik anak punya "banner". Orang buta lalu sebelah pun, boleh toleh belakang balik nak cek ejaan mana yang salah kat "banner" tu. Kalau seorang wakil rakyat pakat nak bubuh dalam 5 "banner" seorang?. Berapa ribu dah makan tu kan?.

Jangan jimat sangat, nak buat "banner" tu bukan masuk dalam "skt" korang tiap-tiap tahun, rakyat tak amik port sangat pun kalau korang tak naikkan atau naikkan "banner". Apa korang ingat kalau dah upkan "banner" tu, konpom rakyat suka?. Silap tu makrop, silap besar!.

Dari membazir duit tu buat "banner" semata- mata nak jemput orang datang rumah terbuka korang, baik duit tu bagi saja kat orang-orang yang memerlukan paling tidak pun duit tu simpan untuk buat persediaan kot-kot ada bencana menimpa kawasan ker, kot-kot ada rakyat datang ketuk rumah malam-malam, nak pinjam duit nak buat beraya. Kan lagi afdal?. Pahala pun korang boleh dapat apa?. Tak nak pahala apa ke korang ni semua?.

Ala, kalau korang "wakil rakyat" yang baik lagi berhemah maha popular, tak payah buat "banner" pun konpom orang serbu rumah korang nak beraya. Toksah risau sangatlah  YB sekalian. Korang pun seronok tengok rakyat berbondong serang rumah korang.

Ini belum aku tanya duit sedia rumah terbuka kat rumah korang tu, pakai duit mana pulak?. Ada berani nak jawap?.

Monday, September 14, 2009

Konpom memang gua hensem kalau pakai baju ni.

Lepas ni, rileks-rilek je pakai baju ni bawa pergi sembahyang jumaat. Pastikan dapat sembahyang dalam kawasan berkarpet kalau tak bau badan naik akan mencemarkan kualiti baju ni.

Lepas ni, mana-mana pasukan yang menang dengan pasukan ni, kena guna modal lain dah. Tak boleh kutuk player asyik mabuk saja. Mungkin anda boleh guna modal player tak habis bayar hutang kad kredit.

Lepas ni, mana-mana pasukan yang kalah dengan pasukan ni, kena guna modal lain dah. Tak boleh kutuk player jadi kuat sebab mabuk saja. Mungkin anda boleh guna modal player dah habis bayar hutang kad kredit.

Lepas ni, siapa-siapa pergi beli yang versi siam, konpom aku mesti maki hamun punya. Hehehe.

Cantik bukan?.
Dengan ini, baju ini akan menjadi resolusi aku untuk tahun 2010. Ha ha ha ha ha!.

Tuesday, September 08, 2009

Catatan harian seorang pegawai

kubangunkan diri
dari tidur tohor
yang bergerak
di atas mimpi ngeri:
bahawa lalu lintas tidak
membenarkan aku lewat,
seluruh hidupku
terkurung dalam
kota kereta kerajaan,
yang merangkak di jalan tol
diselubungi asap petrol
dan tenggelam dalam biadab orang malaysia.

setelah suara parau
memaki pemandu
dan diri yang memilih kerja ini
aku tiba setengah jam terlewat
di majlis pembukaan,
mujurlah pembesar sudah berucap
(aku tahu apa yang dikatakannya
kerana aku menulis setiap barisnya),
dan seperti orang lain aku juga bertepuk,
lega bahawa ucapan sudah berakhir,
dan gantinya kuih,
mi dan bihun dingin,
sarapan pagi yang belum kukecap.

hari mengelak bosan
dan berhenti pada titik meracau.
aku cepat makan
seluruh kenduri dalam seperempat jam,
kerana aku harus berada di dewan lain
untuk mendengar menteri lain
atau wakilnya yang dilantik serta-merta.

sekali lagi aku tiba lewat
tapi hanya seperempat -
sekali ini wakil menteri belum tiba -
aku sempat gembira.
jadi aku duduk sepi menunggu.

dalam beberapa waktu upacara bermula
wakil menteri tidak pandai membaca
dan ertinya tersangkut pada sebutan aneh.

tapi itu biasa
selesai upacara
istiadat memakan kata-kata persidangan pula.
hari pun tua
pejabat sudah ditutup.
pintu kereta kubuka
untuk bergelut di jalan celaka.

esok pagi, kalau tak salah
pembukaan di hotel shangrila
insya-allah.


Sajak dari Sasterawan Negara Muhammad Haji Salleh dalam koleksi buku yang bertajuk aksara usia. Aku terjumpa dalam bilik buku tadi masa tengah cari CD recovery untuk komputer orang pentadbiran.

Soalan aku untuk korang semua, sementara korang baring-baring kat surau karang, Muhammad Haji Salleh ni sasterawan negara yang ke berapa dan apa nama pena beliau?.

Kalau handal, jangan gugel ah. Terus tulis jawapan saja!. He he he.

Tuesday, September 01, 2009

Jangan cuba jual diri.

Ok, barangkali topik ini dah basi atau sudah dilupakan oleh orang ramai tapi yang pasti api dalam sekam itu semakin lama semakin membakar untuk mencetuskan satu kebakaran yang besar. Jangan lupa itu wahai kawan-kawan.

Aku sendiri tak faham, sampai nak kena arak kepala lembu bagai tu apahal?. Apasal mengelabah sangat?. Kecoh-kecoh sangat. Selama ini, aku rasa Bandar Anggerik tu memang mempunyai persekitaran yang harmoni. Kalau tak masakan "rock band" Love Me Butch yang datang dari Bandar Anggerik terdiri daripada satu Melayu, dua Cina, satu Singh. Okay saja aku tengok, takde pun nak buat isu-isu yang bangang-bangang macam korang yang arak kepala lembu tu.

Nak sudah terang lagi bersuluh?. Aku nak nasihatkan kepada geng AKL (Arak Kepala Lembu pergilah ke bandar Tampin, nak masuk bandar Tampin tu, betul-betul kat bulatan jalanraya tu, kalian akan nampak Masjid, Kuil, Tokong dan Kuil Singh sebelah menyebelah saja. Takde masalah langsung untuk penduduk Tampin tu.

Jangan sebab kalian dijanjikan sebarang seratus dua ringgit, kalian sanggup memperbodohkan diri sendiri atau paling tidak pun janganlah merosakkan lagi persepsi masyarakat tentang agama yang dijunjung oleh kalian. Buat malu saja!.

Kita marah bila orang memperkotak-katikkan fahaman kita tapi kita sendiri lalai dalam menjaga perasaan fahaman orang lain. Jadi, bagi tahu aku, mana keadilannya?.

Fikir sebelum buat!.