Saturday, January 31, 2009

Kena sebijik!





Kawan-kawan, sila tabik hormat untuk Perdana Menteri Turki ini!. Memang "cool" habis betul masa dia "tiaw" si celaka Peres tu!. Terdiam semua orang. Liga Arab?. Tak berani nak buka mulut beb!.

Walaupun dia tahu, keputusan untuk "blah" dari forum tersebut tidak memberi kesan kepada Peres dan sekutunya sekurang-kurangnya dia dah menjalankan tanggungjawab membela saudara seagamanya. Itu yang kita kena tabik dekat Encik Edrogan ni!.

Konpom segala tok nenek enjin carian kat internet penuh dengan nama dia!. Ha ha ha ha.

Baru tahu tinggi rendah langit tu beb!. Pergi jahanam dengan OIC, dengan NAM, dengan Liga Arab, dengan PBB tak berguna tu semua!.

Agak-agak bulan Mac nanti, ada orang berani buat tak macam tu masa acara memuja pemimpin yang kononnya membela bangsa sendiri?. Kalau ada, dia akan jadi hero aku untuk 15 bulan akan datang!.

Tuesday, January 20, 2009

Syiok!



Ada sesiapa yang sudi?

Ha ha ha!.

Kalau nak "lanun"kan sangat, bawak bertanyalah dulu kan?.

+++

Update



Kalian tahu kan?. Aku memang emo bila baca berita pasal anak-anak kecil yang tak berdosa ini dibuang.

Kepada mak bapak budak kecil yang comel-tak berdosa ini.Korang berdua memang besar punya haram!!.
Apa salah anak ini sampai kalian hendak buang dia?. Apa dosa dia terhadap kalian?. Kalau betul ia bukan anak yang diingini, kenapa mesti tunggu dia umur 3 bulan?. Memang dasar manusia lupa diri. Celaka betul!.

Kalau kalian tak boleh nak bela, apa tak reti-reti nak hantar ke rumah kebajikan ker?, cari orang yang lama nak anak yang sudi nak bela dia ker?. Paling busuk pun,tinggalkanlah depan pintu rumah orang bukannya dalam tong sampah. Bodoh piang tak ada akal apa kalian berdua!!!.

Macam sial, buat anak hendak, jaga anak tak nak.

Pakcik doakan kamu, anak kecil yang comel ini,semoga kamu akan menjadi manusia yang berjaya dan tunjukkan pada ibu-bapa kamu bahawa kesilapan paling besar dalam hidup mereka ialah membuang kamu.

*Sigh*

Mana perginya sifat kemanusiaan kita ini?. Mana?.

Baca

Monday, January 12, 2009

Benarkah kita?

Apa guna kau membakar bendera mereka
Jika minyak itu kau beli di stesen Amerika
Apa guna kau menjerit hilang suara
Jika tekak mu di basah air Coca-cola?.

Apa guna kau protes berjalan kaki
Tamat protes, kau balik naik Camry
Apa guna kau menderma sejuta
Derma mu dicanang seluruh dunia?.

Bukankah doa ikhlas itu lagi mustajab?
Agar saudara kita dilindungi dari azab
Bukankah doa ikhlas itu lagi mudah?
Agar yang kejam itu terus diludah.

Jangan jadikan kisah ini sebagai agenda "tersembunyi" kamu
Kerana kita seharusnya bersatu
Agar mereka tidak lagi membelenggu
Agama kita yang sememangnya satu!.