Kala hujan menitiskan rahmatnya
Kala itu manusia mula alpa
Mula meng"iskh" hujan pula
Macam mana nak main bola?
Apakah kerana hujan itu turun
Sebagai rahmat dariNya
Kau layak untuk menidakkan hak sang hujan?
Kerana kita sendiri adalah pinjaman.
Kala hujan mengalirkan jasanya
Kala itu manusia mula leka
Mula beranyam angan-angan basi
Tentang yang enak-enak duniawi
Apakah kerana hujan itu turun
Sebagai rahmat dariNya
Kau layak untuk mencuri peluang itu?
Kerana kita sendiri masih belum ketentuan.
Terima kasih hujan.
+++
Aku dah lama tak membebel mengenai apa-apa yang patut dalam ni. Selalunya lebih menjurus kepada bab-bab jiwa. Kadang-kadang perasaan untuk menulis panjang-panjang itu ada. Macam-macam, segala benda tok nenek hendak dituliskan tapi bila duduk saja mengadap "kerja". Adoi, lupa segala hal!.
Tulis panjang-panjang, penghabisannya di "draft"kan sahaja. Lepas tu, "sign off". Entahlah. Barangkali aku perlu fokus kepada apa yang aku suka untuk aku catatkan.
Apa yang berlaku sejak akhir-akhir ini adalah satu perkembangan yang positif terhadap dunia blog. Aku tumpang gembira dan sangat bertuah mengenali mereka ini semua. Ingat, hidup ini tidak perlu kasta. Kita bukannya tin dalam nenas yang menunggu masa tamat tempohnya.
Banyak-banyak hal dunia sekarang ini yang paling mengusarkan aku ialah cerita tentang orang hilang. Minggu lepas, seorang kakitangan tempat aku kerja tapi berlainan tempat telah kehilangan anak. Menangis-nangis bapanya dua hari lepas. Alhamdulillah, anaknya telah ditemui di selatan semalam.
Banyak-banyak hal dunia sekarang ini yang paling meng"annoying"kan aku ialah slot iklan AIM15 yang tunjuk mereka yang tercalon untuk anugerah industri muzik paling berprestij, kononnya. Aku paling angin bila dia pakai lagu "Tonight,tonight" oleh Smashing Pumpkins sebagai lagu latar. Kata Anugerah Industri Muzik MALAYSIA. Gunalah lagu artis-artis MALAYSIA, banyak lagu-lagu yang bagus-bagus untuk dijadikan lagu latar. Buat malu aje, anugerah MALAYSIA tapi masih guna musik luar. Come on lah!.
Yelah, kau bayangkan dia tunjuk muka Anuar Zain tapi lagu rock kat belakang. Bikin hati panassssss aje.
Banyak-banyak hal dunia sekarang ini yang paling mengujakan aku ialah bila...hehehe, LIVERPOOL akan lawan CHELSEA. Kepada THE BLUES, lupakan niat suci murni kalian semua. Ha ha ha ha!. Jap, aku dengar suara-suara anak ikan Arsene Wengerlah!. Bukan hari tu dah kena titik ker?. Dok bucu bilik diam-diam ok?.
Sekian saja untuk berita dunia anda hari ini. Ketemu lagi!.
+++
24 - Kaedah Berangka
27 - Struktur Data & Algoritma
02 - Pengkalan Data Lanjutan
Semoga lulus dengan cemerlang. Amin kan yah kawan-kawan?. Terima kasih.
3 comments:
hai kawan lama.
:)
ni yang aku malas nie.kawan2 lama jenis sembunyi identiti.hehehe,.
theeheeeheheee...
Post a Comment