Wednesday, April 30, 2008

Ia datang kembali!




Ingat tentang projek JIWA KACAU yang pernah aku sertai dulu?. Ya, cubaan pertama aku untuk menjadi penulis. Sedikit menjadi, yang sadisnya, buku JIWA KACAU tu masih lagi berbaki 6 naskah. Ada orang cari lagi ker buku "rare" ni?. Ha ha ha ha!.

Ok, ok, tutup cerita JIWA KACAU. Kalian nampak gambar di atas?. Ya, gambar lipas terkangkang yang diberi nama Xena oleh makcik ni.. Ini cubaan kedua aku untuk menjadi penulis yang berjaya satu hari nanti. Satu hari nantiiiiiiiiii.

Oleh itu, harga buku ini hanya berjumlah RM20.00 sahaja. Jika kalian semua berminat untuk mendapatkan buku yang bakal menjadi "rare" dalam tempoh tiga bulan dari sekarang. Kalian boleh tinggalkan pesanan di kotak komen dibawah. Jangan malu, jangan segan, kalau aku, kalian anggap teman, belilah buku ini untuk tunjukkan sokongan!. Ewah, cakpong!, cakpong!.

Oh ya, tajuk buku kali ini ialah GANGGUAN TEKSUAL. Apa itu gangguan teksual?.Klik pada nama tersebut untuk modus operandinya.

Aku ucapkan jutaan terima kasih kepada sindiket separa "glamour" ini kerana menjemput aku untuk menjayakan projek blook kali ini. Apasal ucapan terima kasih aku ni macam ucapan bodek menteri ek?. *Garu kepala*.



Lu tengok gambar kat atas sendiri cukuplah, gua malas nak cerita, lu fikirlah sendiri!.

Kredit gambar semua rembat kat blog rasmi gangguan teksual.

Tuesday, April 22, 2008

Kala hujan menitiskan rahmatnya
Kala itu manusia mula alpa
Mula meng"iskh" hujan pula
Macam mana nak main bola?

Apakah kerana hujan itu turun
Sebagai rahmat dariNya
Kau layak untuk menidakkan hak sang hujan?
Kerana kita sendiri adalah pinjaman.

Kala hujan mengalirkan jasanya
Kala itu manusia mula leka
Mula beranyam angan-angan basi
Tentang yang enak-enak duniawi

Apakah kerana hujan itu turun
Sebagai rahmat dariNya
Kau layak untuk mencuri peluang itu?
Kerana kita sendiri masih belum ketentuan.

Terima kasih hujan.

+++

Aku dah lama tak membebel mengenai apa-apa yang patut dalam ni. Selalunya lebih menjurus kepada bab-bab jiwa. Kadang-kadang perasaan untuk menulis panjang-panjang itu ada. Macam-macam, segala benda tok nenek hendak dituliskan tapi bila duduk saja mengadap "kerja". Adoi, lupa segala hal!.

Tulis panjang-panjang, penghabisannya di "draft"kan sahaja. Lepas tu, "sign off". Entahlah. Barangkali aku perlu fokus kepada apa yang aku suka untuk aku catatkan.

Apa yang berlaku sejak akhir-akhir ini adalah satu perkembangan yang positif terhadap dunia blog. Aku tumpang gembira dan sangat bertuah mengenali mereka ini semua. Ingat, hidup ini tidak perlu kasta. Kita bukannya tin dalam nenas yang menunggu masa tamat tempohnya.

Banyak-banyak hal dunia sekarang ini yang paling mengusarkan aku ialah cerita tentang orang hilang. Minggu lepas, seorang kakitangan tempat aku kerja tapi berlainan tempat telah kehilangan anak. Menangis-nangis bapanya dua hari lepas. Alhamdulillah, anaknya telah ditemui di selatan semalam.

Banyak-banyak hal dunia sekarang ini yang paling meng"annoying"kan aku ialah slot iklan AIM15 yang tunjuk mereka yang tercalon untuk anugerah industri muzik paling berprestij, kononnya. Aku paling angin bila dia pakai lagu "Tonight,tonight" oleh Smashing Pumpkins sebagai lagu latar. Kata Anugerah Industri Muzik MALAYSIA. Gunalah lagu artis-artis MALAYSIA, banyak lagu-lagu yang bagus-bagus untuk dijadikan lagu latar. Buat malu aje, anugerah MALAYSIA tapi masih guna musik luar. Come on lah!.
Yelah, kau bayangkan dia tunjuk muka Anuar Zain tapi lagu rock kat belakang. Bikin hati panassssss aje.

Banyak-banyak hal dunia sekarang ini yang paling mengujakan aku ialah bila...hehehe, LIVERPOOL akan lawan CHELSEA. Kepada THE BLUES, lupakan niat suci murni kalian semua. Ha ha ha ha!. Jap, aku dengar suara-suara anak ikan Arsene Wengerlah!. Bukan hari tu dah kena titik ker?. Dok bucu bilik diam-diam ok?.

Sekian saja untuk berita dunia anda hari ini. Ketemu lagi!.

+++

24 - Kaedah Berangka
27 - Struktur Data & Algoritma
02 - Pengkalan Data Lanjutan

Semoga lulus dengan cemerlang. Amin kan yah kawan-kawan?. Terima kasih.

Tuesday, April 15, 2008

situasi

Oi mangkuk!. Ini dah tahun 2008 faham!. Kenapa manusia jenis macam kau ni masih wujud ek?.

Kalau kau nak sangat dengki bagai tu, kau pergi cari..eh bukan, kau pergi beli mana-mana pulau kat tengah pasifik tu, lepas tu kau duduk sana sorang-sorang!. Kau faham tak cakap aku ni?.
@#$%^&*!.

+++

Lupakan "shout out" di atas, status otak aku sekarang ni ialah kaedah berangka,struktur data dengan pengkalan data dengan inventori bongok dengan sukan semalaysianya lagi. Adoiiiiiii.

Yang paling penting, "soul renovation" aku pada 8hb lima nanti. Semoga dipermudahkan segala urusan olehNya. Amin.

p/s : cik amyz yang dikasihi, sudi kiranya ada mengemel/pos/fax soalan-soalan struktur data, takkan nak sorang-sorang dapat "four flat" kot?. Ha ha ha. Jangan marah ya!.

+++

Sekian, berjumpa lagi kita dilain hari.