Sebenarnya bukan kau tak boleh nak berkongsi apa-apa dengan manusia lain dalam dunia ini. Sebenarnya kau terlalu mementingkan diri. Kau telah berada dalam "zon selesa" sehingga kau takut untuk keluar dari zon itu.
Kau terlalu takut untuk menghadapi masa depan sehingga kau tunduk pada keadaan. Bila keadaan telah mengawal kau, kau mengaku kalah sehingga kau "menjual" masa depan kau!.
Bila kau cuba luahkan apa yang kau takutkan "konon"nya tanpa kau sedari bahawa apa yang kau takutkan sebenarnya ialah bayang-bayang kau sendiri.
Bila mana ada orang cuba membantu, kau fikir bahawa bantuan itu hanya semata-mata untuk mengambil kesempatan. Kesempatan fuck you!.
Oleh itu, aku beritahu pada kau, cuba-cubalah fikirkan tentang manusia-manusia lain yang selama ini kau fikirkan menganggu hidup kau. Sebenarnya kau yang sempitkan fikiran kau sendiri bukan manusia-manusia itu yang bikin kacau.
Kalau betul manusia-manusia itu bikin kacau, macam biasa, "biarkan si luncai terjun dengan labu-labunya". Tidak untung, tidak rugi kalau kau tidak terlalu memikirkannya. Kau yang silap sebenarnya.
Sekali lagi, jangan biarkan keadaan kawal kau, kerana keadaan itu ibarat pil biru atau pil merah. Pandai-pandailah kau pilih pil yang mana satu. Faham?.
3 comments:
Tok tak berapa nak faham. Tapi tok suka frasa KESEMPATAN FAK U! Bawak bertenang.
Friendly Reminder: Yob, deadline 1 April sudah dekat.
Pengarah Gangguan Teksual.
tok, roger n out. terima kasih kerana ingatkan deadline..
tak yah nolong de org gitu. biar dia karam.
Post a Comment