Dalam sepanjang aku hidup, tahun ini, tahun yang ke dua puluh sembilan merupakan tahun yang paling aku rasa cukup-cukup complete sebagai seorang manusia.
Bukanlah maksud aku ingin mengatakan dua puluh lapan tahun sebelum itu aku tak complete, cuma belum install sepenuhnya.
Tahun ini, tahun ke dua puluh sembilan, Dia telah mengurniakan aku seorang permaisuri yang sentiasa jatuh bangun bersama aku, menyokong aku untuk terus maju selama empat tahun dan selamanya.
Tahun ini, tahun ke dua puluh sembilan, Dia telah mengurniakan aku si comel yang sentiasa bersemangat untuk explore benda baru dalam dunia barunya ini.
Tahun ini, tahun ke dua puluh sembilan, Dia telah memberikan aku rezeki yang lebih untuk aku menyara tanggungan ku bermula Julai ini.
Tahun ini, tahun ke dua puluh sembilan, Dia telah memberi aku peluang berbakti pada kedua orang tua ku, membalas jasa mereka yang tidak ternilai itu.
Aku amat-amat complete sekali, Insya-allah.
Semoga tahun ini, tahun yang ke dua puluh sembilan buat aku hidup di dunia ini terus dirahmati dan dilimpahi kurniaNya.
Selamat Hari Lahir Alip!
p/s : Kepada semua yang memberi ucapan, terima kasih geng!
p/s : Kepada Ummi dan Ain Safiyyah, Ayah love you!
.jpg)