Aku rasa aku kehilangan sesuatu.
Macam dah tumpul sahaja kebolehan itu semua.
Cuba juga aku tepuk-tepuk otak aku, mana tahu benda tu boleh datang balik tapi sayang tak berkesan malahan otak aku bertambah bengap jadi nya.
Sindrom apa yang membawa penyakit untuk aku ni?
Lagi difikirkan lagik serabut jadinya tapi ...
kalau tak difikirkan, barangkali aku sudah mahu mati.
Mungkin di luar sana mampu membantu aku.
Bantu aku selesaikan kekusutan ini. Aku belum mahu lagi digelar orang gila.
Aku mahu terus hidup, tidak mahu tenggelam, lemas tidak bernesan.
Aduh!.
"Woi!"
Alah, siapa pula ni?.
"Aku suruh kau hafal skrip, yang kau buat skrip sendiri kenapa!!".
Eh, skrip apa pula ni?.
"Yang kau dok membebel lemas tidak bernesan bagai tu apahal, dah nak mati?"
Eh, skrip apa lak ni?.
" Itulah, lain kali jangan ikut sangat, orang nak buat blog, kau nak buat juga, tapi kau punya tak berupdate"
Err....
" Kau ingat kau dah famous sangat ler tu, kalau tak berupdate orang tunggu?"
"Mabuk betul kau ni!".
Errr, yelah aku mabuk pula hari ni. Mabuk yang tah apa-apa.
" Lain kali tak ada idea, jangan dok merapu, dok dendiam!"
Yelah, he he he, minta maaflah, aku tak ada idea nak tulis apa sebenarnya ni...
" Jadi, memang tak adalah update hari ni?"
Itulah, minta maaf sekali ek untuk korang, hari ni takde update!.
1 comment:
Chait...
tekene!
Post a Comment