Friday, December 28, 2007

yang susah nanti kita juga

Malam semalam, seluruh dunia mengeluarkan breaking news. Bekas Perdana Menteri Wanita yang pertama dalam negara Islam iaitu Benazir Bhutto telah mati dibunuh semasa mengadakan kempen pilihanraya.

Impaknya?. Besar kemungkinan dunia Islam akan mengalami masalah yang sama seperti peristiwa 9/11 tidak lama dulu. Bekas PM ini merupakan seorang pro US dan A itu. Sudah tentu negara yang berlagak sebagai polis dunia ini tidak akan duduk diam. Ini boleh dijadikan satu isu untuk memerangi keganasan pelampau ataupun si George Semak akan duduk diam buat bodoh sahaja kerana Benazir Bhutto tidak ada lagi kepentingan untuk negara beliau.

Ini secara tidak langsung akan menyusahkan semua negara yang agama rasminya ialah Islam.

Apa pun, Benazir Bhutto tetap saudara seagama kita, sedekahkan fatihah untuk beliau.

Bacaan lanjut boleh di dapati di sini, sini, sini

Wednesday, December 26, 2007

label pengumuman



Jangan lupa!,Sesiapa yang mahu kenal sama mereka-mereka yang mewarnai dunia blog Malaysia ini, anda semua dijemput hadir.

Tahniah kepada mamaikmal atas kelahiran adik lelaki Ikmal pada malam Krismas hari tu. Akhirnya penantian dah berakhir. Zack, lepas nie boleh ah Ikmal dan adiknya team up untuk Supernatural versi Malaysia. Hehehe.

Wednesday, December 12, 2007

tidak suka langsung!


Tak suka, tak suka, tak suka
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Tak sukanya nak kerja.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

p/s : Inilah akibatnya kalau dah cuti lama sangat. Ha ha ha.

Wednesday, December 05, 2007

ek eleh

Kalau hujan saja, mesti diulang mesti otak aku jadi tepu. Macam kesejukkan hujan yang turun tu menyelinap masuk ke segala ruang sistem badan aku untuk jadikan orang paling malas sekali dalam dunia mahupun seluruh semesta.

Tetapi

Untuk tidak mengecewakan segala harapan orang-orang yang rajin singgah di sini. Aku tetap merajinkan diri untuk menghasilkan satu entri. Entri aku hari ini ialah


cash advance



Mentang-mentang aku tengah sambung belajar. Macam tahu-tahu saja!. Hahaha (gelak untuk diri sendiri).

Sekian sahaja entri untuk hari ini.

Tuesday, December 04, 2007

lari dari bayang-bayang



Kau tengok gambar kat atas ni.

Cool bukan bendera Iran dikelilingi dengan ikon nuklear?. Barangkali bagi kita, memang nampak hebat tapi bukan untuk negara US dan A tu. Ketakutan mereka melampui batasan. Mereka berfikir bahawa Ahmadinejad telah bersiap sedia untuk menghancurkan mereka. Walhal dia membangunkan teknologi nuklear itu adalah sebagai pemangkin kemajuan negaranya. Dalam erti kata lain, dia hendak menunjukkan kepada negara yang angkuh itu bahawa negara yang ditadbirkannya mampu setanding dengan mereka tanpa meminta satu sen pun daripada negara angkuh tersebut.

Paling aku tabik spring kat Presiden Iran ini ialah sikap coolnya (Horation Caine jatuh nombor 13 tang kecoolnessannya) tapi kalau datang masa dia menyampaikan hujahnya,memang takde kesian US dan A tu kena kaw-kaw dengan dia.Sesungguhnya dia mempunyai pendirian yang tegas dalam melayan kerenah US dan A itu.

Isu nuklear ini masih lagi berterusan dengan bersilih ganti pegawai-pegawai dari US dan A mencari apa yang dikatakan sebagai Weapon Of Mass Destruction (WMD) tetapi keputusannya selalu mengecewakan. Kedudukan si George Semak semakin terancam dek kerana sikapnya yang rakus dan gelojoh itu. Rakyatnya sendiri percaya bahawa WMD itu sebenarnya tidak wujud, takat dalam kamus mulut si tuan presiden yang bahlul itu.

Apa yang boleh disimpulkan bahawa Presiden Iran yang baru ini patut dicontohi oleh mana-mana ketua negara yang menerajui negara yang berpayungkan agama Islam. Bukan takut dengan bayang-bayang sendiri ataupun rakyat sendiri!.

Eh, kenapa aku tulis topik berat bagai lak hari ini?.

Oh, ya

Sebab nama saya Rain (tiru stail pakcik ni)