Tuesday, December 04, 2007

lari dari bayang-bayang



Kau tengok gambar kat atas ni.

Cool bukan bendera Iran dikelilingi dengan ikon nuklear?. Barangkali bagi kita, memang nampak hebat tapi bukan untuk negara US dan A tu. Ketakutan mereka melampui batasan. Mereka berfikir bahawa Ahmadinejad telah bersiap sedia untuk menghancurkan mereka. Walhal dia membangunkan teknologi nuklear itu adalah sebagai pemangkin kemajuan negaranya. Dalam erti kata lain, dia hendak menunjukkan kepada negara yang angkuh itu bahawa negara yang ditadbirkannya mampu setanding dengan mereka tanpa meminta satu sen pun daripada negara angkuh tersebut.

Paling aku tabik spring kat Presiden Iran ini ialah sikap coolnya (Horation Caine jatuh nombor 13 tang kecoolnessannya) tapi kalau datang masa dia menyampaikan hujahnya,memang takde kesian US dan A tu kena kaw-kaw dengan dia.Sesungguhnya dia mempunyai pendirian yang tegas dalam melayan kerenah US dan A itu.

Isu nuklear ini masih lagi berterusan dengan bersilih ganti pegawai-pegawai dari US dan A mencari apa yang dikatakan sebagai Weapon Of Mass Destruction (WMD) tetapi keputusannya selalu mengecewakan. Kedudukan si George Semak semakin terancam dek kerana sikapnya yang rakus dan gelojoh itu. Rakyatnya sendiri percaya bahawa WMD itu sebenarnya tidak wujud, takat dalam kamus mulut si tuan presiden yang bahlul itu.

Apa yang boleh disimpulkan bahawa Presiden Iran yang baru ini patut dicontohi oleh mana-mana ketua negara yang menerajui negara yang berpayungkan agama Islam. Bukan takut dengan bayang-bayang sendiri ataupun rakyat sendiri!.

Eh, kenapa aku tulis topik berat bagai lak hari ini?.

Oh, ya

Sebab nama saya Rain (tiru stail pakcik ni)

No comments: