Friday, December 28, 2007

yang susah nanti kita juga

Malam semalam, seluruh dunia mengeluarkan breaking news. Bekas Perdana Menteri Wanita yang pertama dalam negara Islam iaitu Benazir Bhutto telah mati dibunuh semasa mengadakan kempen pilihanraya.

Impaknya?. Besar kemungkinan dunia Islam akan mengalami masalah yang sama seperti peristiwa 9/11 tidak lama dulu. Bekas PM ini merupakan seorang pro US dan A itu. Sudah tentu negara yang berlagak sebagai polis dunia ini tidak akan duduk diam. Ini boleh dijadikan satu isu untuk memerangi keganasan pelampau ataupun si George Semak akan duduk diam buat bodoh sahaja kerana Benazir Bhutto tidak ada lagi kepentingan untuk negara beliau.

Ini secara tidak langsung akan menyusahkan semua negara yang agama rasminya ialah Islam.

Apa pun, Benazir Bhutto tetap saudara seagama kita, sedekahkan fatihah untuk beliau.

Bacaan lanjut boleh di dapati di sini, sini, sini

3 comments:

el-Maaniq said...

mungkin juga ini propaganda dari USA.

Jorji said...

Entah kenapa aku rasa sedih dengan kejadian ni..

ayobkelubi said...

el : barangkali...barangkali...

ji : sebabnya ia melibatkan agama kita.