Monday, September 10, 2007

ini cerita patutnya cerita minggu lepas

Aku boleh terlupa pula nak ceritakan cerita ini. Nasib baik orang rumah aku sembang-sembang dengan aku semalam, termasuk pula cerita ini. Ini aku nak cerita lah ni.

Aku rasa aku ada dekat alam lain. Aku ushar "line" kiri kanan. Aku nampak padang yang menghijau. Aiseh, aku dekat mana ni?.

Aku cuba menjerit minta tolong tapi bukan perkataan TOLONG yang keluar tapi bunyi EMBEK yang panjang. Huh, aku terkejut?. Apa jadah pula ni. Aku pandang sekeliling, nampak anak sungai tepi padang tu, lekas-lekas aku lari menuju ke arah anak sungai itu.

Aku tunduk renung wajah aku ke dalam anak sungai itu. Tidak!!!.

Aku dah jadi kambing?, Oi,oi apasal aku jadi kambing ni?.

Aku dah mula menangis tapi bukan menangis bunyinya hu hu hu tu tapi lebih kurang bunyi macam ni bek,bek,bek dalam nada yang mendayu lagi sedih yang boleh meruntun jiwa kalau korang dengarnya. Eh, macam cerita novel cinta pula!.

Kenapa aku jadi begini?. Aku mula merintih, aku doa minta tukar jadi kambing ke?.
Adeh, musnah harapan aku.

Dalam aku sibuk-sibuk merintih mengenang nasib disumpah menjadi kambing. Tiba-tiba perut aku berbunyi keriang keriut minta diisi. Hek eleh, dalam waktu-waktu sedih macam ni pula perut ni minta diisi.

Aku tanpa buang masa terus sahaja meragut rumput yang ada dan ternyata skil meragut aku hebat walaupun aku baru bertukar jadi kambing. Aku mengunyah dengan penuh perasaan sambil menutup mata untuk mendapatkan kepuasaan tahap maksima.

Aku pun nyuh,nyuh,nyuh (betul ke bunyi kambing meragut macam ni ek?).

Tiba-tiba

*Pedepek*.

Terasa kepala aku ditepuk dengan kuat.

Hoi bang, yang awak kunyah rambut anak awak tu kenapa?

Aku buka mata,

Aku pandang anak aku tengah terkebil-kebil tengok aku. Aku syak dia mesti ingat aku ni ayah yang saiko.

Hahahahahaha. Sah, aku mimpi lagi!. Kali ini rambut anak aku jadi mangsa.

Dan cerita ini yang akan jadi modal bini aku sampai habis raya nanti,buat modal kutuk aku depan sanak-saudara. Hadoiiiii!.

8 comments:

Amyz! said...

Hahahaha.. Ape da? Belum puasa lagi dah lapar makan rambut anak.. Hahaha.

ayobkelubi said...

itulah pasal,nasib baik tak mimpi time sahur. hahaha

fajar said...

aduhai, sampai mcm tu sekali ke mimpinya! parah ni. hehehe.

ayobkelubi said...

fajar : itulah pasal, moralnya jika anda kuat mimpi masa tidur,jangan tidur sebelah anak.hahaha

roserose*MrsYusof* said...

Laaa...napalah nak jadi kambing..Mimpi tu mainan tidur katanya tapi sampai nak makan rambut Ain ni ...hishh...

Salam Ramadhan untuk Alip & family.

ayobkelubi said...

kak ros : itulah pasal,nama pun mimpi.selamat puasa untuk akak n family too

AHMOI said...

aiii...salam perkenalan.selalu dgr bluehikari n kaktiny bercerita hal mimpi awk ni..last2 saya pun gelak besar gak ngan mimpi awk ni...sian ank awk..tak fasal2 jd mangsa ayah.hahahahaa....

Kaktiny said...

huish. citer mimpi ayobkelubi ni jgnler dibaca kat opis.. nanti jadi mcm kaktiny aritu..

http://kaktiny.blogspot.com/2008/05/hari-ini-kerana-ayobkelubi-kambing.html

bahaya giler..