Dua hari lepas, pukul 4 pagi lebih kurang.
"Bang, bangun bang, tolong susukan Ain ni"
Aku terpisat-pisat, gosok-gosok mata. pandang tempat tidur anak aku.
"Yelah"
Aku angkat anak aku sambil mata aku tertutup
Eh,apa pasal anak aku ni ringan semacam jek?.
Rasa macam kain selimut jek ni?.
Aku panik!.
"Bukaklah mata tu bang oi!,yang awak angkat tu kain selimut, Ain kat sini hah!"
Aku buka mata.
Hek eleh, aku tengah dukung kain selimut rupanya. Aku pandang permaisuri. Senyum kambing.
Permaisuri?, dah gelak barai tak ingat.
Aku rasa modal kutukan kain selimut mahu bertahan sampai anak aku setahun nanti. Korang percayalah!.
No comments:
Post a Comment