Tuesday, September 26, 2006

cerita terawih


Semalam

Aku dengan permaisuri, pergi terawih di surau taman perumahan abang ipar aku.

Oh, suraunya baru dibina. Banyak lagi "default" yang kena baiki tentang struktur binaannya. Takpelah, niat nak tambah pahala, asal bersihdan selesa jadilah.

Isya' dan Terawih.

2 rakaat
2 rakaat
2 rakaat
2 rakaat
2 rakaat
1 rakaat

Habis dah. Masa tengah siap-siap nak balik. Dengar pak imam tengah cakap

" Saya minta tuan-tuan dan puan-puan redhalah dengan bacaan saya yang panjang, saya "target" nak perabih setengah juzuk sampai hari ke 27."

Aku berhenti. Mendengar lagi. Agaknya dia dengar rungutan dari makmum kot?.

"Kalau di masjid Putrajaya tu, semalam saya boleh dapat RM 200 sekali buat terawih tapi untuk tuan-tuan dan puan-puan, saya buat "free" sahaja. Ikhlas kerana ibadah".

Hati aku dah berdetak. Kalau ikhlas kenapa kena beritahu tentang bayaran yang kau dapat?. Diam-diam sudahlah. Terasalah penduduk taman tu. Seolah-olah mereka memaksa kau pula?.

Bukankah pahala setiap malam tu lagi maha bagus dari RM 200 yang kau dapat tiap-tiap malam tu?.

Atau memang kau nak RM 200 tu buat modal balik kampung?. Pergilah ke Putrajaya tu!.
Susah kalau agama dah dicampur aduk dengan wang. Susah.

Thursday, September 21, 2006

Puasa weh!



Geng, aku ucapkan selamat berpuasa penuh sebulan. Semoga amalan kita diberkati olehNya. Errr, moreh kat tempat korang sedap tak?. ;)


Gambar atas gua pinjam kat sini

Thursday, September 07, 2006

iklan tepi bahagian bawah televisyen anda sebelum cerita band that couldn't make it.



Tadi, masa tengahari, masa makan tengahari, masa makan tengahari sambil tengok DVD HardBall lakonan Keannu Reeves. Cupak bercerita dengan aku. Aku pun sambil makan dengar cerita dia. Lepas habis makan terus aku jadi angin taufan satu badan.


Kasihan dekat Cupak. Dia tersepit. Ditelan mampus, Diluah pun mampus. Nak gigit-gigit?, lagilah tercekik sampai mati nanti!.


Aku betul-betul tak faham. Apa kerana mamat ini muda dari kau, kau nak tunjuk kuat?. Apa kerana mamat ini tak kahwin lagi, kau nak tunjuk handal?.


Aku kasihan dengan cupak.


Pasal tempat letak kereta pun boleh jadi gaduh, bongok punya Melayu!.


Apa-apahal aku memang tabik dengan cupak. Sejuk habis!. Kalau aku memang dah berdas-das kena carut.


Soba aje lah jang oi!.