Tuesday, September 26, 2006

cerita terawih


Semalam

Aku dengan permaisuri, pergi terawih di surau taman perumahan abang ipar aku.

Oh, suraunya baru dibina. Banyak lagi "default" yang kena baiki tentang struktur binaannya. Takpelah, niat nak tambah pahala, asal bersihdan selesa jadilah.

Isya' dan Terawih.

2 rakaat
2 rakaat
2 rakaat
2 rakaat
2 rakaat
1 rakaat

Habis dah. Masa tengah siap-siap nak balik. Dengar pak imam tengah cakap

" Saya minta tuan-tuan dan puan-puan redhalah dengan bacaan saya yang panjang, saya "target" nak perabih setengah juzuk sampai hari ke 27."

Aku berhenti. Mendengar lagi. Agaknya dia dengar rungutan dari makmum kot?.

"Kalau di masjid Putrajaya tu, semalam saya boleh dapat RM 200 sekali buat terawih tapi untuk tuan-tuan dan puan-puan, saya buat "free" sahaja. Ikhlas kerana ibadah".

Hati aku dah berdetak. Kalau ikhlas kenapa kena beritahu tentang bayaran yang kau dapat?. Diam-diam sudahlah. Terasalah penduduk taman tu. Seolah-olah mereka memaksa kau pula?.

Bukankah pahala setiap malam tu lagi maha bagus dari RM 200 yang kau dapat tiap-tiap malam tu?.

Atau memang kau nak RM 200 tu buat modal balik kampung?. Pergilah ke Putrajaya tu!.
Susah kalau agama dah dicampur aduk dengan wang. Susah.

20 comments:

Arena said...

Haiyyoh,
parah imam tu.. kenapa nak dimentionnya pasal duit tuh..parah..parah..

Amanitium Cho said...

macam kenal je kawasan taman perumahan tu? B**** ke?

pB said...

adoi..parah mcm ni...

ayobkelubi said...

arena : nie bukan parah dah, mati dah kot?.hehehe

aman : yer ker?.mana tahu nieeee ;)

PB : nak buek camno.payah kalau zaman skang manusia bertuhankan duit.

edrina said...

biasalah tu zmn skang..aku dah jmpa imam yg lagi teruk dpd ni...
borang nikah dia uruskan, setiap pasangan dia charge rm50...
than kalau dia kat luar daerah tetiba kat kg ada kematian etc dia akan claim duit petrol dr masjid...
ni bukan buat cerita tapi kenyataan...tak yahlah sebut imam kawasan mana... sekadar cerita utk jd panduan...

Anonymous said...

nak cakap susah, tak cakap susah.. susah nak menilai niat seseorang.. cuma terfikir tentang ni.. bila kita menggunakan kepakaran seseorang dalam bidang yang lain contohnya seperti doktor yang merawat pesakit, kita bayar kos perkhidmatan yang diberikan... tetapi kenapa bila golongan agama buat sebegini ada yang mempertikaikan.... bukankah mereka juga pakar dalam bidang mereka?? cuma saya rasa bila diungkit2 itu memanglah tidak manis mendengarnya...

apa pun, kalau salah, maafkan saya, saya juga masih jahil dalam urusan ini..

ayobkelubi said...

ed : tau takper.

amin bakish : tapi pernah tgk dr mengungkit pasal bayaran?.pernah tgk polis sembang pasal gaji dia?.itulah.golongan alim nie sepatutnya tak perlu ungkit

el-Maaniq said...

sekarang ini zaman duit. betullah kalau mahu bezakan dapat duit di sini dengan di sana. tapi tak perlulah uar-uarkan kepada khalayak.

"Islam the way of life" or "Put some Islam in your life"?

rudy bluehikari said...

yob, kita tak dpt tahu isi hati dlm diri manusia. kdg2 kita pk sepatutnya dia takperlu ckp, tpi dia ckp juga. inipun stau dugaan untuk dia.

redhalah. :)

JoeBangla said...

Itulah namanya Imam Pembangunan..... oooppssss

ayobkelubi said...

el : tu lah bang, nak buat camner kan?

rudy : tapi kalau siap ngan riak muka sekali camner tu bang?

murai : tahu takpe

joe : hek elehhhh. imam pembangunan pula,ingat bank ker apa?hhehehe

tuan tanah said...

imam di sini habiskan satu juzuk untuk lapan rakaat terawih.

eh, ini ayat penyata.

Unknown said...

Memberitahu tidak semestinya tidak Ikhlas... baca kisah2 Nabi. Dan Nabi juga ada memberitahu akan umatnya apa kebaikan dia lakukan.. Adakah perbuatan Nabi memberitahu makmum dan umatnya itu adalah suatu yang TIDAK IKHLAS?

semua terletak pada HATI.. Niat dan Keikhlasan itu terlalu subjektif samada di luahkan atau terpendam..

RENUNGKAN...

ayobkelubi said...

TT : hummmpphh.dasyat!

warih : memang ler tapi DUIT? kecik hati kariah masjid tu.

el-Maaniq said...

aku setuju dgn ayob. dan setuju juga dengan ayares.

mungkin pak imam tu tak reti gunakan perkataan yang betul utk menerangkan sesuatu.

dugongsenyum said...

eloknya kita bersangka baik sajalah...

OP Zaharin said...

pak imam tak pandai nak susun ayat kut. bersangka baik sudah hehe

Tok Rimau said...

Besar kecil pahala tidak bergantung kepada bilangan.

Mungkin 8 rakaat kau lebih baik dari 20 rakaat orang.

Mungkin surah lazim kau lebih baik dari 30 juzuk orang.

Ikhlas semampunya. Islam tidak menyusahkan umatnya.

ayobkelubi said...

bas : ya,ya sangka baik :)

OP : ya,ya sangka baik :)

tok : tu ler.barangkali kita terlupa.

Zack said...

Aku rindu sangat nak berterawih di surau atau masjid, tapi apakan daya, anak aku takde orang nak jaga.


(Komen ini personal)